24 Jun 2010

Sahabat Sejati, Mencari Atau Dicari

SHARING IS LOVING -"SAHABAT SEJATI , MENCARI ATAU DICARI"

Peringatan buat diri sendiri yang banyak kekurangan dalam persahabatan dan pada kawan2 juga...terasa terkena pada diri sendiri ..betapa lemahnya diri ini dalam bersahabat...ada dua tiga perkara yang perlu dibaiki...Marilah kita sama2 mula menghargai sahabat kita kerana ALLAH...amin

Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?
Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.

Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.
Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.

Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..
Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.


Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan"
Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup.


Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim ).

Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.

Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?

Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.


"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku".

Ciri-ciri sahabat yang sejati Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalikJika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan.

Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda,Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan,Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan :

Sahabat yang hipokrit ..Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.

Sahabat yang pengampu....Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah...Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.

Sahabat yang duniawi... Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.

Sahabat yang kedekut dan tamak....Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.


Article by http://sharemotivasi.blogspot.com/....May ALLAH bless you

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...