Adab Menuntut Ilmu:
SABAR
Setiap pelajar perlu mempunyai sifat sabar kerana bagi menuntut ilmu ia memerlukan masa yang panjang. Sesiapa yang mampu menempuhnya maka dia sesungguhnya berjaya mengharungi ujian ALLAH
IKHLAS UNTUK BERAMAL MELALUI ILMU YANG DIPEROLEHI
Apabila seseorang itu berjaya mengharungi segala kesusahan semasa menuntut ilmu, maka dia harus menggunakan ilmunya untuk membimbing masyarakat ke jalan kebenaran
BERAMAL DENGAN ILMU YANG DIPEROLEHI
Jika ilmu yang diperolehi tidak diamalkan ia sama seperti pokok yang tidak berbuah @ langit yang tidak menurunkan hujan apabila bumi memerlukannya
SENTIASA LAKUKAN PEMANTAUAN DIRI TERHADAP ILMU YANG DIPELAJARI
Orang yang menuntut ilmu tidak digalakkan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama
MANAFAATKAN WAKTU TERLUANG UNTUK BELAJAR
Masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi mereka yang mencari dan menuntut ilmu kerana tanggungjawab yang di pikul melebihi 24jam yang ada
BERWASPADA
Penuntut ilmu perlu berhati-hati melakukan sesuatu di dalam kehidupannya agar tidak merosakkan akidah dan akhiratnya
KETEKUNAN
Sifat tekun merupakan suatu nilai yang tinggi. Tanpa ketekunan ilmu tidak dapat diperolehi dengan sebaik-baiknya
SERING MEMBACA/MENTELAAH BUKU-BUKU PELAJARAN
Membaca dan mentelaah adalah adab yang mulia. Rujukan dapat menjamin ketepatan maklumat yang diperolehi
PILIH RAKAN YANG SESUAI UNTUK BELAJAR
Rakan merupakan faktor terbesar dalam pembelajaran. Ini kerana rakan akan menunjuk jalan yang sepatutnya apabila kita terpesong
BERADAB TERHADAP GURU
Guru merupakan orang yang menyampaikan ilmu. Guru seharusnya dihormati dan disayangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan