Rejab sudah tiba, menandakan Ramadhan hampir tiba.Maka lakukanlah persediaan, yg mana "hutang" tu, "ganti2" lah sebelum dikenakan fidyah.Ini adalah contoh kes dan persoalan yg mungkin boleh menyelesaikan kekusutan khas bg wanita.
Kes : Kanak2 perempuan yg sudah baligh ketika umur 11 tahun, wajib berpuasa di bulan ramadhan. Dia tetap berpuasa di bulan ramadhan dan tidak puasa ketika haid 7 hari. disebabkan kejahilan utk menggantikannya, dia mengantikan pada tahun yg berikutnya ketika umur 12 tahun, tetapi dia wajibkan membayar fidyah tahun-tahun berikut setelah diberitahu wajib mengantikan puasa, dia mengantikan puasa seperti yg di tuntut.
Persoalan :-
Pertama:Hanya setahun dia terlewat mengantikan puasa, wajib membayar fidyah.Dgn umur yg begitu muda, berbanding sekarang umurnya 26tahun, adakah fidyah itu berganda? sedangkan pada umur 11 tahun, memandangkan ketika usia kanak2, kejahilan, masalah kewangan,mgkn ambil soal mudah tentang fidyah,.adakah fidyah itu perlu diganda sehingga usia 26 tahun ini? sedangkan hanya ketika umur 11-12 tahun itu sahaja tidak mengantikan puasa.
Kedua: Jika membayar fidyah, kepada siapa harus di berikan? rumah anak2 yatim?
Ketiga: Bentuk apakah dan jumlah yg perlu di bayar kepada mereka? cukup kah dgn sekampit beras?
Jawapan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus:-
1. Seorang yang meninggalkan ibadah puasa yang wajib hendaklah mengqadhanya dengan segera. Jika sengaja dilewatkan qadha tersebut maka wajiblah pula ke atasnya membayar fidyah dengan bilangan menurut bilangan hari yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Adapun jika diqadhanya segera yakni pada tahun selepas tahun ia meninggalkan puasa maka yang diwajibkan ke atasnya ialah mengqadha puasanya sahaja tidak wajib membayar fidyah.
2. Fidyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin dan tidak boleh dibayar kepada anak yatim melainkan anak yatim tersebut adalah fakir atau miskin.
3. Fidyah puasa bulan ramadhan ialah membayar secupak beras untuk sehari puasa yang ditinggalkan atau dengan wang yang senilai dengan harga secupak beras.
wallahua'lam .
p/s: Semoga dapat membantu kita semua dalam menyelesaikan masalah yg mungkin diambil remeh oleh sesetengah individu, tetapi sebenarnya ianya melibatkan hukum dan daripada hukum tersebut, maka ada jalan penyelesaiannya.Antara MAHU atau TIDAK.Tepuk dada, tanya Iman.Bukan tanya kawan...
Rujukan TS :http://ustazazhar.com/v1/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan