Mampukah Aku ?
Assalammualaikum...
Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah
cerita yang saya
dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh.
Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah
kolokium wanita di tempat saya baru2 ini. ustazah yg
menceritakan ini sekarang mengajar di Kisas.Ceritanya
begini:..................
Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan
dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg
mana pasangan suami isteri
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru
pen.kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini
sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami
isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa
orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg
mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda
masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor
masuk. Abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru
pulang utk
solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam,sewaktu dlm
rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur
lingkungan 8 tahun pulang.
Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang
solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah.
dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud
apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam,
dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg
tertinggal. subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini
sudah pandai masbuk...
ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar
mengucap memuji ALLAH.
Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini
menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan
kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa
disuruh2. Cerita tak berakhir di situ. ustazah
bermalam di rumah sahabatnya itu.
Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal
bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh
berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia
apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya
sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak
lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke
tujuh ntah berapa tahun sibuk menagmbil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si
ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar
sambil berzikir. mereka solat jemaah
sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula
solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi
(yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak
menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.
Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah
tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat
travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya
dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing
menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah
nak beri kuliah
mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk
si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg
disampaikan.subhanallah... bila ditanya kpd
si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya
dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya
sblm mati. Mereka berharap agar
anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan
sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan
mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka
semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup
melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...
cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai
keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga... berapa ramai
anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk...
berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami
solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai
ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian
rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan
dan pengawasan mereka
yg lebih dewasa...subhanallah...alhamdulillah... moga
apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar
buat kita semua yg rata2nya masih belum
berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHWAH. Inilah keluarga idaman.
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan