Kita sentiasa menerima surat tanpa nama pengirim dari semasa ke semasa. Surat ini juga ditabur di masjid dan tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’di dalam surat tersebut. Amat malang,kerana dalam dunia yang maju masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada akidah). Tidak dinafikan,naluri manusia mempunyai kelemahan dan akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu perkara.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan iaitu, “Bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh itu,jika kamu bersangka buruk jangan kamu percaya dan laksanakannya , dan jika berasa sial jangan kamu berhenti (daripada melakukan kerja yang dilakukan kerana terpengaruh) dan jika kamu hasad, jangan lanjutkan.”-Riwayat Tabarani
Jika ketiga-tiga perbuatan ini wujud,sebagai perasaan semata-mata yang tidak dipengaruhi oleh sikap dan perbuatan,ia dimaafkan oleh ALLAH. Diriwayatkan pula daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda, “Tathayyur adalah syirik.”. Dan Ibnu Mas’ud berkata, “Setiap orang akan ada perasaan ‘sial’,dan sebagainya tetapi ALLAH akan menghilangkannya jika anda bertawakal.” – Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi
Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu ialah, setiap manusia mempunyai perasaan seperti itu, tetapi ia akan lenyap jika sentiasa bertawakal dan tidak membiarkan perasaannya itu ada di dalam hatinya.
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat berantai ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974-1975 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunanArab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya ialah Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas pada usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah s.a.w di Madinah antara tahun 1967-1979, tidak ada penjaga makam bernama Syeikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Manakala penjaga makam di Madinah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- m1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932- m1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967- m1979).
Hal ini pernah berlaku pada bekas Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi apabila disuruh bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 20 orang kawannya. Peristiwa ini berlaku sebelum beliau meninggal dunia . Bekas kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang syahadahnya akan gugur (murtad) kerana perkara tersebut.
Setelah itu, Allahyarham Datuk Shafawi iaitu bekas Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa, “Barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini telah melakukan syirik dan tidak mustahil akan murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telah pun dikirimkan risalah ini.”
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, “Menyebarkan surat ini termasuk dalam menyekutukan ALLAH S.W.T dengan syirik yang besar (shirki-kubra) juga mempermainkan Rasulullah s.a.w. Tambahan pula, ia disebarkan dengan niat yang tidak baik dan mengelirukan umat Islam. Selain itu surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ajaran baginda kerana menggambarkan syeikh Ahmad sebagai perawi hadis sesudah kewafatan baginda.”
Demikian juga apabila Allahyarham Datuk Sheikhul Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8 mengatakan, “Surat ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja. Maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,maka dia dianggap mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Ulama juga berpendapat ia perbuatan syirik dan boleh mengakibatkan murtad.
p/s: Sumber diambil daripada buku ‘MUTIARA AKIDAH & IBADAT ’ oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman halaman 115-118.
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan