Sedikit pedoman buat tatapan semua.
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang
lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu
kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal
sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun
dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya.
Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana
di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia
menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.
Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan
keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.
Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka
begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama
bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan
tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang
lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat
cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu
terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang
kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus
bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar
menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk
mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan
bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para
jemaah pun mengangkat jenazah kearah liang lahad dan cuba menurunkan
keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati
binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.
Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya
kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan
jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh
liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan
keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan
tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas,
bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah
ada perbuatan yang buruk pernah di lakukan oleh si mati semasa
hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan
seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan
mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan
"mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar)
apabila dia mati, mereka ini akan di berikan pakaian hina dan
terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam.
Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah
azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa........
sila-silakanlah........
Wassalam.
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan