24 Jun 2010

Sharing Is Loving Dihari Jumaat Part 2

SHARING IS LOVING DI HARI JUMAAT PART 2

TIPS MERAPATKAN SILATURRAHIM

• Tingkatkan kasih sayang di antara sesama manusia.• Bertolong bantu antara satu sama lain dalam menegakkan kebaikan.

• Ziarah-menziarahi antara satu sama lain dan bertanya khabar.• Teguhkan ukhuwwah, elakkan mengumpat, fitnah-menfitnah, tuduh-menuduh,salah-menyalahkan, agar tidak merosakkan hati dan berlaku perpecahan.

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN

• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atausakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasabersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat.

TIPS MEMBUANG SIFAT EGO

• Sedar diri. Kalau tak sedar diri ada sifat ego, susahlah untuk membuangnya.

• Belajar tentang ilmu sifat hati.

• Mujahadah. Iaitu melawan sifat keji yang ada dalam hati. Sifat ego timbul bila kita rasa lebih daripada orang lain. Misalnya, bila diberi jawatan, hati rasa bangga. Untuk melawannya, ingatlah bahawa jawatan itu tanggungjawab yang akan disoal di Akhirat.

• Mujahadah hendaklah berterusan, kerana nafsu dan syaitan tidak pernah rehat dalam mengajak kepada kejahatan.

• Ada nasihat yang boleh membimbing dan menunjuk ajar cara-cara menangani ego.• Berdoa selalu memohon kekuatan dari Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...