Nasihat Untuk Suami: Bila Masuk Tidur...
Kita, suami yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan persatuan ni,
kadang-kadang suka membawa kerja-kerja pejabat, masyarakat maupun jamaah
untuk dibereskan. Masa yang selalu kita gunakan ialah antara jam 10
hingga 1 tengah malam. Memanglah masa itu sajalah amat sesuai kerana kita pun
dah makan, badan terasa segar kembali, anak-anak pun dah masuk tidur dan
tidak menganggu lagi. Malah ramai juga dikalangan kita yang tidak membuat kerja
seperti di atas tetapi menonton TV. Biasanya cerita pada waktu-waktu ini
"khas" untuk orang macam kita yang profesional ni. Maka kita pun dengan
penuh perhatianlah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja atau menonton
TV. Bertambah lagilah penumpuan kita ini jika isteri kita datang menyediakan
minuman teh atau kopi kegemaran kita.
Apabila jam telah hampir 11.30 hingga 12.00 mlm, isteri kita akan
menghampiri kita seolah-olah berminat terhadap apa yang sedang buat itu.
Bagi isteri yang rajin bertanya, dia akan menanyakan sesuatu yang
berkaitan dengan kerja kita itu. Bagi isteri yang jenis pendiam pula, dia akan
menghampiri dan hampir bersentuh dengan kita. Kalau dia lihat kita masih
kusyu' dengan kerja atau menonton TV, maka dia akan memberi peringatan
dengan suara yang perlahan, " Dah jauh malam ni, tidurlah bang.." atau
yang sewaktu dengannya.
Apabila kita mendengar peringatan dari isteri kita itu, biasanya kita
akan meneruskan kerja-kerja tadi dengan memberitahu padanya, " Kejap aje lagi"
untuk menyenangkannya atau supaya dia tidak ganggu lagi. Bila kerja dah
selesai, atau TV pun dah berbunyi seeeeeeeee!!!!! (berbintik-bintik di
screen), barulah kita naik tidur. Waktu begini, suasana dah teramat
tenang sampai ke pagi. Kita pun bangun dengan doa yang amat gembira sekali.
Tetapi, bagaimana pula isteri kita?.. Belum pasti dia gembira. Semasa dia
"menunggu",kita tidak juga menjelma. Semasa dia "tak mahu" kita yang pula
mendesak. Akhirnya semua kerja-kerja kita yang kita bawa ke rumah itu
akan dilihatnya sebagai musuh yang mesti ditentang. Maka timbullah anggapan
yang isteri kita ni tidak membenarkan kita aktif dalam persatuan atau jamaah
atau kerjaya dan sebagainya.
Inilah salah satu komunikasi isteri yang sering kali kita gagal
memahaminya. Sebenarnya, jika isteri telah menyediakan minuman dan
memberikan masa untuk kita menyelesaikan kerja, kemudian dia datang
memberi peringatan mengajak kita tidur, ini bemakna, ada satu lagi "agenda" yang
amat dinanti-nantikan olehnya, yang juga amat "penting" baginya, selain
dari kerja yang sedang kita buat tu.
Kita tahu yang Malaikat akan melaknati isteri kita sampai ke pagi kerana
tidak melayan kehendak kita. Tetapi kita juga mestilah berlaku adil
kepada isteri kita apabila datang giliran permintaannya pula.
Oleh itu, rancanglah penggunaan masa kerja-kerja di pejabat, masyarakat
dan jamaah dengan lebih berkesan dan cekap. Masukkan juga "agenda" kita
bersama dengan isteri dalam jadual harian dan mingguan itu. Supaya ianya lebih
adil kepada isteri kita. Dia juga mempunyai hak terhadap kita.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan