20 Jun 2010

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga
mahukan seorang
isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan
seorang anak atau
10 orang anak, yang penting baginya dia masih
memerlukan isteri.
Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga
atau empat orang
anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal ...

mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,
ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri
sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan
di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau
menekankan, ramai
suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu
sehingga suami merasa
terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang
mengambil alih
tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak
minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan
nasi....". Ini akan
membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan
baik sedangkan di
rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat
sendirilah, I sibuk nak
layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu
juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek
nak kata.. takut
nanti ada isteri2 yang makan ati akhirnyer bila suami
menyatakan
keinginan utk beristeri satu lagi...:).. Senantiasalah
beringat bahawa
seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak
puashati terhadap
tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati
oleh malaikat...
sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu..
seboleh2nya..jangan
biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan
kehadiran kita
menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang
dilakukan.. temani
suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya..
tak semua semua
inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena
dipelukan anda atau
sebaliknyer...

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu
tanggungjawab
akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia
membantu dan faham
keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa
menjadi isteri".
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan
sekejap, tuangkan
air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua
atau tiga minit walau
sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau
tiga minit ini,
akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer
bagi lelaki yang
sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan
bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik
dari
isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka
pintu... tatkala
itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana ada
yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua
atau tiga orang anak
akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka
merasakan sudah lama
berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau
bahasa tuturan. Mereka
lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang
cantik dan
lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau
kebanyakkannyer berasa suami
harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan
oleh anak2..ini
silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami
tetap merupakan
"Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak
pun.. suami harus
senantiasa didahulukan.... ;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita
muda mereka boleh
terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah
tua tetapi jiwa
muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan
yang tebal. Yang ada
"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan
perempuan
dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di
lakukan demikian
untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki
mudah perasan bilamana
keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila
ada wanita muda
menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur
akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai
dirinya lebih dari
isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan
memperkecilkan diri
suami.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...