Kesilapan Kita@Muslim Yg Kerap dilakukan dlm Bulan Ramadhan ...
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa
uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum.
Ia
dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang
membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,
Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain
kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam
sebuah
hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa)
hendaklah ia
berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir
malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat
keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah
dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah
waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah
1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan
melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan
oleh
Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya
adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat
malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika
waktu-waktu
bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir
adalah
penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith
ertinya
"Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam
satu
malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan
witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan
kemampuannya
untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka
adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah
syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak
kepada
keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan
menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.
Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu
berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang
disebutkan
oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka
beroleh
pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah ..
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat
utama
seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk
meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha
Allah
sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat
al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat".
(Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat
pastinya
menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan
produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah
ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut
berkenaan
tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ;
Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu
amaran
oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa
waktu
sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur,
tetapi
waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat
bangun
dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu
yang
disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk
fajar
sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke
masjid,
malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan
dan
naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat
mereka
solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki
ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi
SAW
telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang
adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di
zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir
:
Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka
berdasarkan
hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau
hampir
berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,
Al-Busairi : Sanadnya sohih)
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan