Bersyukur atas nikmat ALLAH bererti berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana nikmat yang diberikan-Nya. Ulama' mengemukakan tiga cara bersyukur kepada ALLAH SWT iaitu:
1) BERSYUKUR DENGAN HATI
Hati hendaklah sentiasa benar dan jujur. Orang yang bersyukur dengan hati nuraninya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat ALLAH. Kita perlu menginsafi bahawa seluruh nikmat yang kita peroleh dan setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari ALLAH SWT. Hanya ALLAH SWT yang mampu menganugerahkan nikmat kepada manusia.
2) BERSYUKUR DENGAN UCAPAN
Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada ALLAH SWT adalah kalimah ALHAMDULILLAH. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan SUBHANALLAH maka baginya 10 kebaikan. Barang siapa membaca LAILAHAILLALLAH, maka baginya 20 kebaikan dan barang siapa membaca ALHAMDULILLAH maka baginya 30 kebaikan."
3) BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN
Cara ini biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan ALLAH kepada manusia sebaik-baiknya dipergunakan untuk tujuan yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimumkan untuk bersyukur. Anggota tubuh itu ialah mata,telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan ALLAH SWT sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah misalnya hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan. ALLAH berfirman, "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)." (Ah-Dhuha:11).
dari artikal Norhafiza Mahmad Nor
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan