24 Jun 2010

Cinta Di Rumah As Syahid Al Banna

“Wahai Ummu Wafa’, Istana Kita Menanti di Syurga”


Thana’ bercerita lagi, “Subhanallah, setelah saya kini berkeluarga, maka ayahlah yang menjadi contoh sangat baik dalam hal pengorbanan. Oleh itu, saya sangat yakin dengan dakwah yang disampaikan ayah. Ayah tidak perlu banyak mengatakan apa pun, tetapi kecintaan saya kepada dakwahnya begitu kuat sehingga setelah kematiannya, para ikhwan yang dibebaskan dari penjara datang kepada keluarga kami dan mengucapkan salam. Umumnya mereka datang kepada keluarga kami dengan membawa makanan. Bahkan meskipun makanan itu makanan yang mentah seperti daging mentah, itu sudah cukup membahagiakan ibu.”

Thana’ menyambung lagi, “Ketika menjejakkan kaki ke Kaherah, mereka menyewa sebuah pejabat untuk digunakan sebagai ibu pejabat. Ketika itu, ibu mengambil hampir semua perabot rumah untuk digunakan di ibu pejabat. Ketika ayah menubuhkan sekretariat Ikhwanul Muslimun, ibu malah meminta ayah membawa sebahagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih hidup. Ayah pun memindahkan permaidani, langsir, meja-meja dan masih banyak lagi perabot lain ke sekretariat dan ibu justeru itu sangat senang hati.

Di rumah kami sendiri, tidak ada wang kecuali sangat sedikit, termasuk sejadah dan langsir yang sebenarnya dijahit sendiri oleh ibu. Kami menggunakan sedikit langsir yang hanya cukup untuk menutup kamar, kami menggunakan apa sahaja bahan yang boleh digunakan. Dengan pengorbanan itu, ibu kelihatan tidak merasakan apa-apa dan seolah-olah tidak memberikan apa-apa pun untuk dakwah ini.”


Kepercayaan yang Sangat Besar

Thana’ mengatakan, “Kepercayaaan ibu kepada ayah sangat besar. Para akhawat datang dan duduk bersama-sama ayah kadang-kadang membincangkan banyak masalah dakwah tentu sahaja secara terbuka. Tetapi ibu tidak pernah merasakan kesempitan dengan hal itu dan tidak pernah bertanya apa yang dilakukan oleh para akhawat itu, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan isteri.

Kepercayaannya kepada ayah sangat besar dan sukar digambarkan. Sehingga disuatu ketika rumah kami termasuk dalam rumah yang akan dihancurkan, ibuku meminta ayah membelikan rumah kecil untuk kami. Tetapi ayah ketika itu mengatakan dengan keimanan yang mendalam, ‘Wahai Ummu Wafa’ istana kita menanti kita di syurga. Allah tidak akan mensia-siakan kita di dunia ini.’ Perkataan itu meresap dalam hati ibuku dengan penuh cinta dan bersikap lapang ...”


____________

(1) Judul Asal: Cinta di Rumah Hassan Al-Banna
Penerbit: Pustaka Da'watuna Jakarta
Penulis: Muhammad Lili Nur Aulia
Penterjemah / Editor: Rohayah Ishak
RM 13.00

(2) Mari kita lihat terlebih dahulu komposisi keluarga Imam al-Banna, beliau dikurniakan enam orang anak, terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan, mereka ialah:

a) Wafa, anak perempuan sulung merupakan isteri kepada seorang da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah. Ketika al-Banna meninggal dunia, dia sudah berusia 17 tahun.

b) Ahmad Saiful Islam: Seorang peguam sekaligus Setiausaha Agung Majlis Peguam Mesir dan bekas ahli parlimen Mesir. Lahir pada 22 November 1934. Berjaya memperolehi gelaran Sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan Dar al-Ulum 1957. Usianya baru 14 tahun 2 bulan ketika al-Banna meninggal dunia.

c) Dr. Thana’: Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga. Dia baru berusia 11 tahun ketika ayahandanya meninggal dunia.

d) Ir. Raja’: Ketika al-Banna meninggal, usianya sekitar lima setengah tahun.

e) Dr. Halah: Pensyarah kedoktoran di Univ. Al-Azhar.

f) Dr. Istisyhad: Pensyarah ekonomi Islam. Dia masih dalam kandungan ibunya ketika al-Banna menghembuskan nafas terakhir. Jika diimbas semula, mengikut analisis doktor, dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang ditanggung serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si sibu . Para pengamal perubatan menetapkan pada 12 Februari bertepatan dengan hari kematian Al-Banna. Tetapi Allah SWT berkehendak sesuatu yang lain, Istisyhad lahir dengan sihat, kerana rangkaian peristiwa itulah beliau dinamakan Istisyhad.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9359.0

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9359.0

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...