20 Jun 2010

Lantaran Satu Alif Sahaja


Seperti telah sama-sama kita ma'lumi bahawa Imam Nawawi rah.a. adalah
seorang tokoh yg terkemuka dalam kelompok Mazhab Syaafi'ii.
Di sini dipetik sedikit keterangan atau kenyataan beliau rah.a. tentang
solat tentang sah-batalnya solat. Semoga dgn penjelasan beliau ini
semangat dan usha kita untuk terus memperbaiki mutu solat kita (menerusi
ta'liim dan muzaakarah mithalnya) meningkat.

Berikut adalah kenyataan beliau rah.a. di dalam kitabnya AL-AZKAAR,
Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448 , Damsyiq..iaitu pada halaman 74:

Mafhumnya : Barangsiapa (di dalam solatnya) bertakbiir (iaitu membaca
ALLAAHU AKBAR) dengan lafaz ALLAAHU AKBAAR maka TELAH TIDAK SAHLAH
solatnya iaitu batallah solatnya).] Begitulah penerangan beliau rah.a.
Iaitu orang yg bersolat/bertakbiir itu telah menambah satu huruf ALIF
di antara huruf BA' dan huruf RA' sehinggalah bertukarlah ALLAAHU AKBAR
menjadi ALLAAHU AKBAAR !! Iaitu BAR menjadi BAAR !! Dari segi ma'na pun
telah berubah: ALAAHU AKBAR maknanya kira-kira ALLAAH MAHA BESAR dan
ALAAHU AKBAAR maknanya kira-kira ALLAAH ITU GENDANG BESAR.


Kalau dengan sengaja kita mengatakan (sama ada di dalam sembahyang atau
di luar sembahyang) ALAAHU AKBAAR nescaya kita jatuh syirik. Kalau tanpa
sengaja kita mengatakannya di dalam solat kerana tidak belajar (atau
tidak bermuzaakarah) tidak sahlah solat kita itu !!

Betapa sempurna pun qiyaam/berdiri seseorang di dalam solat, betapa
sempurna pun rukuu' seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun
i'tidaal seseorang di dalam solat, .begitu pun betapa sempurnanya
bahagian-bahagian lain di dalam solat tetapi kalau bertakbiir dgn lafaz
ALAAHU AKBAAR maka tidak sahlah solatnya, maka batallah solatnya itu.

HANYA LANTARAN DITAMBAH SATU ALIF SAHAJA di dalam lafaz takbiir maka
tidak sahlah solatnya itu !!! Bayangkan andaikata si yg bersolat itu
telah bersolat dgn takbiir yg sedemikian rupa selama 60 tahun atau 40
tahun yg lalu!! ALANGKAH MALANGNYA SI FULAN ITU... ..!! Begitulah
perlunya kita setiap masa dan ketika BERMUZAAKARAH mengenai
perkara-perkara yg meyempurnakan solat kita, perkara-perkara yg
membatalkan solat kita dsbnya... ... ... ..

Kalau solat kita adalah seperti kain buruk yg dilemparkan ke muka kita
sendiri, alangkah tersangat ruginya hidup kita ini... !! Ma'af jua
dipinta. Semoga peringatan yg sedikit ini menyentuh perasaan kita ke
arah memperkemaskan mutu solat kita. Semoga kita sama2 mengambil
i'tibaar... . Wallaahu a'lam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...