20 Jun 2010

Kaedah Berdakwah

Ada 3 perkara asas yg patut diberi perhatian dgn mendalam dalam isu
tariqah(kaedah) berdakwah iaitu:

1) `Wahai org2 beriman taatlah kamu kpd Allah dan taatlah
kamu kepada Rasul dan Ulil Amri daripada kalangan kamu.` firman Allah
2) Kaedah syar`i yg dipersetujui oleh semua ulama muktabar
iaitu: Tidak ia menyempurnakan wajib itu melainkan dengannya(sesuatu
perbuatan lain) yang wajib dilaksanakan.
3) `Pada hari ini telah aku sempurnakan Din ini (Islam) dan
telah Aku cukupkan ni`matku dan Aku redha Islam itu sebagai Deen
kamu` firman Allah.

Keterangan
Ayat No.1 menunjukkan kepada kita bahawa kita wajib mentaati Allah
Rasul dan Amirul Mukminin yg dilantik dari kalangan umat Islam oleh
Umat Islam. Persoalan sekarang ni bagaimana untuk mentaati Amirul
Mukminin. Sejarah mencatatkan peralihan kuasa Amirul mukminin drp
Zaman Rasulullah, zaman sahabat, tabiin dan seterusnya hinggalah ke
zaman Khilafah Uthmaniah. Yg mana umat Islam rata2nya mengetahui
cerita bagaimana konspirasi Mustapha Kemal Attartuk menjatuhkan
Khilafah Uthmaniah turki sehingga pada 1924 secara rasmi mustapha
kamal diangkat menjadi perdana menteri pertama untuk Turki. Dia juga
melaksanakan kempen habis2an utk melenyapkan segala gerakan, seruan
dan lambang yg boleh menaikkan semangat untuk menubuhkan kembali
Daulah Islamiyyah. Tetapi selepas peristiwa itu tiada lagi Amirul
Mukminin untuk ditaati oleh umat Islam sehinggalah sekarang. Dan
untuk mewujudkannya kembali sedang giat dijalankan oleh berbagai
kumpulan2 Islam hari ni. Berbalik kpd perintah Allah tadi, untuk
mentaati Amirul Mukminin ini, semestinya perkara pertama yg harus
dibuat ialah mengadakan/melantiknya. Tetapi sebelum urusan melantik
ini dibuat, ummat ini mesti dipersiapkan dr segi ketaqwaan dan ilmu
hokum hakam Islam termasuklah berhubung kenagaraan dan
kemasyarakatan. Jadi satu-satu nya jalan untuk mempersiapkan ummah
ini ialah dakwah.
Dakwah yg patut dilakukan sekarang ialah dakwah untuk mempersiapkan
ummah dr segi ketaqwaan dan ilmu dgn tujuan ummah ini akan melantik
seorg Amirul mukmin dikalangan mereka didalam satu wilayah yg otonomi
(merdeka dari kuasa2 kufar). Inilah yg dilakukan oleh Rasulullah
bermula dari dakwah di Mekah sehingga tertubuhnya wilayah Islam yg
pertama iaitu Madinah. Umum mengetahui bahawa selepas wafatnya
Rasulullah, satu perkara timbul dikalangan para sahabat ketika itu
iaitu perlantikan pemimpin yg menggantikan Rasulullah. Didalam kisah
ini, sejarah Islam mencatatkan bahawa mayat Rasulullah hanya
dikebumikan selepas terlantiknya Abu Bakar sebagai Amirul Mukminin
yang ia memakan masa 3 hari. Adakah Para Sahabat r.a tidak mengetahui
hadis dari Rasulullah yang menyatakan bahawa mayat seseorg Islam
mestilah dikebumikan segera? Semestinya sahabat mengetahui, tetapi
mereka sepakat dan bersependapat bahawa isu perlantikan Amirul
Mukminin adalah yang paling utama. Begitu juga hadis yang mengatakan
akan datang kepada kamu suatu zaman dimana hokum2 Islam akan terlerai
satu persatu yang mana hokum yang pertama adalah pemerintahan dan
akhirnya ialah solat. Hadis ini menunjukkan bahwa apabila terlerainya
hancurnya pemerintahan Islam (daulah Islam) hokum2 lain akan
mengikutinya. Ini terbukti didalam sejarah. Pada zaman Rasulullah,
seorang wanita Islam telah dipermainkan oleh seorang yahudi semasa
dipasar, dan perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah, lalu
Rasulullah(saw) menghantar bala tentera ketempat itu. (untuk cerita
lebih terperinci rujuk kitab sirah). Ini berbeza ketika period dakwah
Rasulullah diMekah, yang mana apabila umat Islam ketika itu disiksa,
Rasulullah hanya dapat berkata `sabarlah, sabarlah, kerana
sesungguhnya yang menanti kamu adalah Jannah` sebagaimana yang
berlaku kepada bapa (yasser)dan ibu (Sumayyah) seorg sahabat iaitu
Amar r.a disiksa, begitu juga Bilal r.a, dll sahabat Rasulullah saw.
Tetapi apakah yang berlaku kepada Salman Rushdie yang menulis kitab
yg mencela Rasulullah(saw) yang mana berlaku selepas ketiadaan Amirul
mukminin. Ya, kita tidak dapat melakukan apa2 kepada penulis buku itu
walaupun jumlah umat Islam menghampiri 2bilion selagi pemerintahan
belum tertegak..

Kaitan kaedah syar`i diatas (NO.2) dgn ayat No1. diatas.
Kaedah syr`i ini diambil dari ayat Al-Quran berhubung isu wuduk.
`wahai org2 yg beriman, apabila telah berdiri kamu utk solat, maka
basuhlah wajah kamu, dan dua tangan kamu hingga ke siku dan, sapulah
kepala kamu dan dua kaki kamu sehingga buku lali.` firman Allah.
Hukum wuduk pada asas nya adalah SUNAT tidak wajib. Tetapi didalam
ayat diatas Allah mewajibkan berwuduk utk melakukan solat. Jadi hokum
wuduk yg pada asasnya adalah Sunat menjadi wajib apabila hendak
melakukan solat. Berbalik kepada kaedah syar`I tadi, Tidak ia
menyempurnakan wajib itu (dalam hal ni SOLAT) melainkan dengannya
(wuduk) yang wajib dilaksanakan. Oleh itu utk menyempurnakan solat
itu, suatu hokum lain (wuduk) juga wajib dilaksanakan bersamanya.
Berbalik kepada ayat diatas, Apabila mentaati Amirul Mukminin itu
wajib, maka proses untuk mengadakannya (iaitu dakwah utk
mempersiapkan ummah sbgmana yg diterangkan diatas) juga menjadi
wajib. Kerana tanpa dakwah ini, hokum untuk mentaati Amirul Mukmin
tidak dapat dilaksanakan. Kesimpulannya, DAKWAH UNTUK MEWUJUDKAN
AMIRUL MUKMININ DENGAN MEMPERSIAPKAN UMMAH ADALAH WAJIB.

Tariqah,Uslub dan wasilah.
Rasulullah bersifat Penyampai. Sebagaimana ayat 3 diatas menyatakan
bahawa Islam ini telah sempurna. Ada juga hadis yg menyatakan bahwa
Malaikat Jibrail menyaksikan bahwa Rasulullah telah menyampaikan
segala perintah Allah sebelum beliau wafat.
Apabila sesuatu hokum itu wajib dilaksanakan, maka TARIQOH (Kaedah)
untuk melaksanakannya WAJIB kita mengikuti Rasulullah. Tidak ade
suatu hokum yg wajib kita laksanakan tetapi tidak ditunjukkan oleh
Rasulullah (cthnya solat, puasa, zakat, dll) kaedah untuk
melaksanakannya. Sebagai contoh, solat. Tidak ada ayat Al-quran
menerangkan tariqah(kaedah) untuk solat berapa rakaat, apa yg hendak
dibaca dll. .

Apabila kita kaitkan perkara ini dengan isu diatas (iaitu dakwah
kepada mewujudkan Amirul Mukmin dengan mempersiapkan ummah adalah
WAJIB) maka Tariqoh dakwah tersebut juga WAJIB kita mengikut
Rasulullah dan semestinya tariqoh ini ditunjukkan oleh Rasulullah
sebelum beliau wafat. Sebagaimana yg telah diterangkan mengenai sifat
penyampai Rasulullah. Ini kerana Rasulullah adalah org yg pertama
memulakan dakwah ini. Adalah mustahil Rasulullah terlupa untuk dan
perlu wujud didalam mimpi seseorang untuk memberitahu Tariqoh ini.
(sebagaimana yang diberitakan oleh pengikut2 tabligh bahawa
Rasulullah telah muncul dalam mimpi Maulana Ilyas lalu memberitakan
cara/kaedah untuk berdakwah, 6point dll. Mungkin juga perkara ini
betul, tetapi ianya bertentangan dengan ajaran Islam kerana sebagai
umat Islam, mereka mesti melaksanakan sesuatu hokum itu berdasarkan
dalil Al-quran dan Sunnah bukan berdasarkan mimpi seseorg. Rasulullah
juga bersabda: Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana
jika kamu mengikutinya kamu sekali-kali tidak akan sesat iaitu Al-
quran dan Sunnahku. Menunjukkan segala persoalan berkenaan Islam
hanya boleh dijawab oleh Al-quran dan Sunnah termasuklah urusan
dakwah)) Kesimpulannya adalah TARIQOH DAKWAH adalah wajib dilakukan
sebagaimana yg Rasulullah(saw) lakukan bermula dari Mekah sehingga
tertubuhnya Wilayah Islam Madinah dan tersebarnya Islam ke seluruh
pelusuk dunia.



Assalamualaikum..wr..wb..

Saya bersetuju dengan asbasauz tentang perhatian yang patut diberikan pada
tariqah dakwah/jalan dakwah ini. Dakwah merupakan perkara asas kepada Islam
sehinggalah terlaksananya hukum-hakam Islam. Sebab itulah Rasul saw berpesan
kepada kita " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat ". Allah juga
menyuruh kita berdakwah secara berhikmah kepada ummah.2 perkara pertama sudah
cukup menyatakan peri pentingnya tariqah dakwah.
Orang-orang yang tidak ada padanya ilmu Islam,Iman & taqwa tidak akan
memungkinkan dia untuk memilih Amirul Mukminin @ Ulil Amri dari orang bertaqwa
dan menepati ciri-ciri pemimpin Islam. Sebab itulah para sahabat & ulama'
muktabar menyatakan bagi menetapkan Amirul Mukminin di kalangan orang Islam
adalah diputuskan oleh "Ahlul halli wal aqdi" dimana penetapan secara syura oleh
mereka lah yang diterima pakai oleh semua umat Islam, bukannya pemimpin itu
dipilih oleh semua orang seperti yang digunakan dalam sistem demokrasi. Sistem
demokrasi yang berasal dari 2 sukukata "demos" & "kratos" yang bermaksud kuasa
rakyat bukanlah dari Islam. Jika mengikut demokrasi maka suara ramai yang
diambil untuk jadi pemimpin maka hancurlah Islam bilamana yang dipilih itu tidak
beriman & bertaqwa kepada Allah.Sudah tentu perundangan yang dilaksanakan juga
tidak mengikut al-quran & as-sunnah.Ini menyebabkan negara dan umat menjadi
rosak. Sebab itulah Allah telah ingatkan kita,"Sedikit sekali dari hambaKu yang
bersyukur".
Ini bermakna sedikit sekali orang yang mahu tunduk & patuh kepada Allah &
RasulNya,sebab itulah ditetapkan untuk memilih pemimpin dalam Islam @ Amirul
Mukminin hanyalah diberikan kepada Ahlul halli wal aqdi tetapi tidak pada semua
orang. Hanyalah mereka yang telah dikenalpasti keimanan & ketaqwaan mereka dan
Ilmu agama mereka yang layak duduk sebagai ahli majlis syura ini. Kalau ikut
majoriti boleh dipilih sebagai pemimpin Islam,ini bermakna perogol,pencuri
,penyamun dan ahli maksiat juga boleh ikut memilih,tentulah mereka memilih orang
yang seperti mereka jadi pemimpin supaya nanti hukuman Islam @ hudud tak boleh
dilaksanakan keatas mereka. Contohnya, kalau kita undi antara orang yang nak
pergi tengok wayang & orang yang nak pergi sembahyang, tentulah ramai yang nak
pergi tengok wayang. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah demokrasi tak boleh
dijadikan ukuran bagi memilih Amirul Mukminin.
Ayat ketiga telah jelas pada kita akan kesempurnaan agama Islam sebagai deenul
hayah. Sunnah Rasul saw adalah yang terbaik untuk kita ikuti, Rasul saw
tingkatkan Iman & Taqwa nya dengan bersuluk di Gua Hira' sehinggalah wahyu dr
Allah swt melantik baginda sebagai Rasulullah kepada ummah ini. Orang pertama
yang didakwah oleh baginda ialah isterinya, kemudian kaum keluarga & sahabat
rapat baginda. Dari situlah mereka telah berkembang dan ketaqwaan mereka diuji
oleh Allah selama 13 tahun di Makkah. Berkat kesabaran mereka dan syahid nya
beberapa sahabat awal maka Allah perintahkan hijrah keatas umat Islam bagi
menguatkan lagi kedudukan umat Islam.
Sebab itulah bagi kita di akhir zaman ini Rasul saw berpesan supaya kita mencari
jamaah Islam yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup @ jadilah seperti rusa
menyelamatkan anaknya kedalam hutan.
Di akhir zaman ini dimana masyarakat nya telah rosak,pemimpinnya telah rosak &
ramai ahli agama juga telah rosak maka hendaklah kita berhati-hati memilih dan
mengamalkan Islam. Suluhlah dengan al-quran & as-sunnah,beramallah dengan
panduan ulamak muktabar & tabien,pada yang kurang jelas @ tiada hukumnya
qiaskanlah dengan mazhab yang muktabar,Insya Allah kita akan ditunjukkan oleh
Allah swt "Jalan Yang Benar" fi siirotul mustaqiim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...