24 Jun 2010

Tokoh Pejuang Agama - Sayyid Qutb

Sayyid Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906. nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali. Beliau berasal dari perkampungan Musha yang terletak di Selatan Mesir. Ayah beliau bernama Haji Qutb Ibrahim, manalak ibunya bernama Fatimah Binti Husain Uthman. Beliau mempunyai empat orang adik beradik.

Ayah beliau seorang yang berada dan terhormat di kawasan tempat tinggalnya. Malah ayahnya adalah pemimpin masyarakat dan mempunyai perniagaan di ladangnya sendiri. Ayahnya juga kuat berpegang kepada afama dan memiliki sifat-sigat yang mulia.

Ibu beliau pula berasal daripada keluarga yang baik dan mulia. Keluarga ibunya terdiri daripada golongan yang kaya dan disegani dalam masyarakatnya. Sayyid Qutb mendapat pendidikan awal agama daripada kedua-dua ibu bapanya. Malah ibunya juga mengajar mengaji kepada jiran-jirannya.

* Pendidikan

Sayyid Qutb mendapat pendidikan rasmi di sekolah rendah yang terletak di kampungnya bermula tahun 1912. kerana kepandaian Sayyid Qutb dalam pelajaran, tempoh pendidikan Sayyid Qutb dipendekkan daripada lima tahun kepada empat tahun. Guru-gurunya juga mengakui pencapaian beliau. Ini terbukti apabila Sayyid Qutb berjaya menghafal keseluruhan Quran dalam tempoh dua tahun. Pada masa itu beliau baru berusia 10 tahun.

Peringkat sekolah menengah beliau bermula di Kaherah di Sekolah Latihan Perguruan Rendah Abd Aziz. Selepas tamat pengajian, Sayyid Qutb menjadi guru sekolah rendah bagi menyara keluarganya. Pada tahun 1929, Sayyid Qutb melanjutkan pelajaran di Kolej Dar al-Ulum.

Beliau berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan pada tahun 1933. pada waktu itu beliau berusia 27 tahun. Kemudian, beliau ditawarkan menjadi guru di Klej Dar al-Ulum. Beliau mengajar selama enam tahun. Beliau juga pernah bertugas di Bani Suif, Dimyat, Kaherah dan Helwan.

Pada tahun 1948, heliau dihantar ke Amerika Syarikat oleh Kementerian Pendidikan Mesir bagi mengkaji sistem pendidikan Barat. Di sana, beliau mendapat ijazah sarjana bagi Universiti Northern Colorado dalam bidang pendidikan.

* Alam Penulisan

Sejarah penglibatannya dalam bidang penulisan berkait rapat dengan situasi kehidupan Sayyid Qutb di Kaherah pada masa itu. Beliau menghadapi kesempitan hidup dan bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya. Pada mulanya belia hanya menulis di surat khabar dan majalah. Lama kelamaan beliau berjinak-jinak dalam penulisan apabila pasaran akhbar mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Beliau berkenalan dengan Abbas Mahmud ‘Aqqad sejak beliau tinggal dengan bapa saudaranya. Perkenalan itu menarik masuk Sayyid Qutb menyertai parti al-Wafd. Bakat penulisan beliau dihargai oleh ‘Aqqad yang cenderung kepada pemikiran sosialis apabila beliau ditawar menulis dalam satu ruangan akhbar al-Balaq terbitan parti al-Wafd. Beliau mula menulis pelbagai jenis karya di dalam akhbar itu bermula pada tahun 1921.

Pada tahun 1940-an, beliau meletak jawatan sebagai guru apabila menerima tawaran jawatan pegawai di Kementerian Pelajaran. Jawatan yang dipegang olehnya sebagai Penyelia Umum di Bahagian Kebudayaan. Beliau bertanggungjawab sebagai pengarang bagi penerbitan bahasa Arab. Kemudiannya beliau ditukar ke Bahagian Penterjemahan sebelum dilantik menjadi Nazir Seklah-sekolah Rendah.

Semasa beliau berkhidmat dengan pihak kerajaan, segala idea dan pandangan dalam tulisannya ditolak 100 peratus oleh mereka. Segala hasil kajian yang dibuat olehnya tidak diterima oleh pihak kerajaan. Hal ini menyebabkan Sayyid Qutb membuat keputusan bagi meletakkan jawatan dalam sector kerajaan dan mula bergiat aktif sepenuhnya dalam bidang penulisan pada tahun 1951.
Rencana bertajuk al-Taswir al-Fanni fi al-Quran yang diterbitkan dalam al-Muqtatif adalah batu loncatan baginya kembali kepada pemikiran Islam. Akhirnya pada tahun 1945, rencana itu dibukukan. Kemudian menyusul pula buku seterusnya yang bertajuk Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran. Pada tahun 1948, semasa beliau di Amerika Syarikat, terbit pula buku beliau yang bertajuk al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam (Keadilan sosial dalam Islam).

Beliau menyatakan keadilan yang diimpikan oleh manusia hanya tercapai melalui pemerintahan Islam. Beliau juga menulis dalam bukunya yang bertajuk al-Tifl min al-Qaryah yang memperjuangkan nasib kaum tani. Penulisannya itu akhirnya menimbulkan kemarahan golongan aristokrat.

* Bersama Ikhwanul Muslimin

Sayyid Qutb kembali dari Amerika Syarikat pada tahun 1950. Antara tahun 1951 hingga 1966, Sayyid Qutb terlibat dengan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna. Malah, beliau menjadi tunggak pergerakan Ikhwan selepas pembunuhan Imam Hassan al-Banna. Beliau dianggap sebagai orang yang paling berpengaruh dalam kriktikannya pada Barat.

Sejak tahun 1951, Qutb menajdi penulis dalam akhbar Ikhwanul Muslimin, al-Da’wah. Beliau juga menjadi ketua editor akhbar Al-Ikhwanul al-Muslimin. Komitmen Qutb menyebarkan perjuangan Islam membolehkannya dilantik menjadi ahli jawatankuasa kerja gerakan Ikhwan. Pada tahun 1954, Qutb ditangkap sebanyak dua kali oleh pemerintahan Jamal Abdul Nasser atas tuduhan berkonspirasi menentang kerajaan.

Pada tahun 1955, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Jarah, Mesir. Semasa di penjara, Qutb bersama ribuan lagi ahli Ikhwan diseksa oleh rejim pemerintah. Beliau juga menyiapkan dua buah buku di dalam penjara iaitu Hadha al-Din (Inilah Islam) dan Al-Mustaqbal li-Hadha al-Din (Masa Depan Kepunyaan Agama Ini). Selepas 10 tahun menjalani hukuman, beliau dibebaskan kerana campur tangan Presiden Iraq, Abdul Salam Arif kerana keadaan kesihatan beliau yang tenat.

Selepas pembebasannya, beliau menulis bukunya yang terkenal, Maalim fi al-Tariq (Petunjuk Sepanjang Zaman) dan sebuah tafsir Quran, Fi Zilalil Quran (Di Bawah Naungan Quran). Lapan bulan kemudian, beliau ditangkap kembali bersama adik beradik dan ribuan lagi ahli Ikhwan lain.Qutb bersama dua orang ahli Ikhwan yang lain dijatuhkan hukuman gantung yang dijalankan pada 20 Ogos 1966. Beliau meninggalkan di belakangnya 24 buah buku sebagai sumbangannya dalam bidang dakwah. Selepas peninggalan Sayyid Qutb, adiknya Muhammad Qutb menyambung kerja-kerja dakwah Sayyid Qutb.
In this photo: Najihah Aulia' (photos), Qassem Selamat CheNot (photos | remove tag request), MNour BenDahlan (photos | remove tag request)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...