24 Jun 2010

Rumahku Syurgaku

SHARING IS LOVING -KHAS BUAT KAWAN2 KU YANG CEMERLANG DI LUAR SANA ....."RUMAH KU SYURGA KU"...AMIN

Assalamualaikum wbt.

*Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH...berdoa bersama2...mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2

*Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama....

*Galakkan isteri tidur di atas lengan suami...

*Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan....

*Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri....

*Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya....

*Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH...

*Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga....

*Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik...

*Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak....

*Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk)...

*Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat...

*Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri...

*Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung....

*Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga....

*Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah....

*Menjawab setiap pertanyaan suami dan isteri dengan lembut dengan penuh kasih sayang...

*Pasangan tua, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami atau isteri tidur sendirian....

*Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri....

*Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak....

*Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga...

*Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia....

*Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian...

*Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. ...

*Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. ...

*Jika anak atau pasangan kita berbuat salah ..jangan lah di nasihat secara kasar...Berlembutlah ..guna kan secara berhemah ...nasihat dengan kasih sayang...dan sentiasa memohon agar ALLAH beri kita kekuatan menghadapi semua dugaan tu..

* Didik anak semenjak di dalam perut lagi ..dengan bacaan AL-Quran..zikir.. ..nasyid..hiburan. yang di benarkan agama...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...