22 Jun 2010

Aurat Wanita Merdeka Nisbah Pada Pandangan Lelaki Ajnabi



PERBANDINGAN EMPAT MAZAHAB BERHUBUNG WANITA MERDEKA NISBAH


MALIKIYY - Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak
tangan.Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya
dijalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi sengan syarat aman
daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

HAMBALIYY - Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka
dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi,
jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup
sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada
satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang
paling sahih.

SHAFI'IYY - Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman
Shafi'iyy:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih
atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan
oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan
al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama'
Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah
didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki
ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup
muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat,
tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIYY - Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu
Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di
dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan
lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika
ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad,
maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua
qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...