17 Jun 2010

K.A.M.I (Inspirasi Al Baqarah)


bernafas dengan kalimah pemula pentas pemgembaraan.
dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.
Alif lam mim segala puji bagi Allah yang mengetahui apa yang kami tidak ketahui.
kitab pusaka kitab penyuluh kehidupan tidak diselaputi sebarang keraguan.
khas dicatatkan bagi kami yang mendamba ketaqwaan yakni takutkan Allah yang sarat Keagungan.


iaitu kami yang mengaku beriman dengan lidah,
iaitu kami yang mendabik beriman dengan perbuatan,
iaitu kami yang mengangguk beriman dengan seruan perjuangan,
iaitu kami yang menjulang kesucian-kesucian syariat Tuhan,


kamilah kamilah manusia yang tunduk,patuh lagi taat setia.
manusia yang memegang rukun-rukun agama.
percaya kepada Allah yang menciptakan kami dengan tidak sia-sia.
percaya kepada cahaya malaikat yang sentiasa diamanahkan menjaga,mengawasi,menyoal kami.
percaya kepada kitab-kitab kandungan suruhan-suruhan bagi kami meniti jambatan kebenaran.
percaya kepada Rasul-Rasul yang diutus demi mengajarkan,menwasiatkan kami harta-harta peringatan.
percaya kepada ketetapan qada dan qadar kami dengan sulaman redha dan benang-benang ketenangan.
percaya bahawa akan datang kepada kami kiamat yang dijanjikan,hari penghijaban hari perhitungan.


kamilah kamilah manusia yang tudnuk,patuh lagi taat setia.
melakukan pengakuan kalimah syahadah sebagai kad masuk kami ke syurga.
melakukan perbuatan rukuk dan sujud lima kali sehari semalam sebagai syarat mendapatkan Tuhan kami.
melakukan perbuatan berlapar disiang hari berbuka penuh syukur dimalam hari tiap bulan keberkatan,menahan kenafsuan kami demi membuktikan kehambaan kami.
dan kami dengan rela hati menginfakkan sebahagian rezeki kami kepada saudara-saudara kami sebagai zakat harta kami,sebagai pembersihan kumbahan kotoran-kotoran hati kami.
dan kami menunaikan haji ditanah suci setelah memenuhi syarat-syarat Tuhan kami kerana agama kami agama mudah lagi tidak menyusahkan.


maka kamilah golongan orang-orang yang beruntung.
maka kamilah golongan orang-orang yang disayangi Tuhan.
maka kamilah golongan orang-orang yang dipersilakan syurga pilihan.
maka kamilah golongan orang-orang yang ikhlas mengerjakan suruhan.
demi Allah semata-mata satu.
Allah yang memberi kami makan minum kami.
Allah yang memberi kami tempat perlindungan tempat keselamatan.
Allah yang memberi kami suami/isteri yang menyenangkan hati-hati kami.
Allah yang memberikan kami akal-akal yang terpilih.
Allah memberikan kami hati-hati yang terpilih.
Allah adalah Tuhan kami.
dan sesungguhnya solat kami,ibadah kami,hidup dan mati kami adalah kerana ALLAH yang ESA tidak beranak dan tidak diberanakan,tidak beribu,tidak berbapa,tidak berjantina,tidak menyerupai sesiapa.
Allah adalah 'abuya' kami.
Allah adalah 'pemimpin' kami.
Allah adalah 'sultan menteri raja' kami.
yang kami sembah tanpa jemu menadah airmata.
Allah matlamat kami.Allah jalan kami.Allah destinasi kami.segala-galanya kepada Allah kami serahkan urusan kami.


inspirasi-al baqarah surah kedua ayat satu hingga lima.
catatan untuk diri, peringatan untuk mati.


notatangan:ya Allah ya Rabbi, himpunkan ini sebagai bungkusan pahala buat ibuku yang telah aku derhakai.ayahku yang telah aku dendami.adik beradiku yang telah aku kasari.kepada kak mimi yang telah menghadiahi tafsir ini.amin.

sumber: fb Ummi Habibah Abdullah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...