17 Jun 2010

Mengutip Hidayah

Pernah tak suatu ketika engkau berbisik dalam hati.
“Tuhan..kenapa dia cantik?kenapa aku hodoh?”
“Tuhan..kenapa dia kaya?kenapa aku miskin?”
“Tuhan..kenapa dia berilmu?kenapa aku jahil?”
“Tuhan..kenapa dia baik?kenapa aku jahat?”

Pernah?
Lalu engkau pon termenung memikirkan bagaimana merungkai teka teki ini.
Aku meletak dua kemungkinan yang bakal engkau perolehi disini.
Satu.
Kebenaran yakni hak.
Dua.
Kesesatan yakni batil.

Manusia yang diterpa perkhabaran-perkhabaran ghaib ini adalah manusia yang berada dalam posisi yang BAHAYA DAN SANGAT BERISIKO.

Kenapa?
Kerna iblis mudah mencelah!kerna iblis senang mencucuk meludah!kerna iblis girang akan berhelah!

Iblis akan datang bawak muka suci sambil memegang sebijik epal beracun untuk sogok jawapan.
Jika iblis berjaya menghasut, maka engkau musnah sama sekali!
Namun jika engkau pulak berjaya, maka iblis akan kecewa berkali-kali!

Apa penjelasannya?
Pernah dengar pepatah.
MALU BERTANYA SESAT JALAN?
YAH..inilah pengertiannya!
Jika hati-hati kau sudah mula dibaluti soalan-soalan aneh begini maka cepat istigfar.
Ambil wudhu dan baca al-quran bagi mereka yang PANDAI.
Untuk yang jahil.
Gesa diri untuk BERTANYA!sama siapa?sama ilmuan!

Tapi kalau ilmuan sombong muka pecah kepala susah nak didekati, aku cadangkan KAU MEMAKI HAMUN.
Cakap begini.

“bodoh!!muka macam haram macam mana aku nak kenal islam kalau jumpa tak mesra alam?!dahlah aku segan sebab bekas perempit dulu nak bertaubat tapi tak dapat sambutan pon.islam penipu mungkin.cakap bersaudara.cakap tolong menolong.cakap berdakwah.cakap berjuang.tapi apasal aku biarkan aku hah!sebab kau berilmu??dan aku jahil bekas pendosa maka kau pandang enteng??!woiiii!kau tak tahu ke Allah pernah persilakan seorang pelacur ke syurga hanya sebab suapan air ke binatang paling hina?!!puih!!”


HAHA.berani tak cakap macam ini?BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!
Lagi sekali pepatah-pepatah melayu sangat boleh digunapakai.
Mungkin keras dipendengaran mereka tapi CUKUP BERNAS menyentap hati untuk sedar diri.

Boleh begini??takboleh!HAHA.kena cakap sopan-sopan ye kawan-kawan:P
Cakap begini.
“eh kenapa awak sombong?awak ingat awak bagus sangatkah?besar kepala sangat hanya sebab awak dah ‘pegang’ agama?pastuh senang-senang nak jeling-jelingkan orang macam kami?hello!omong dengan jari kuda lah.haha.saya jadi segan nak rujuk apa-apa perkara pada awak disebabkan muka sombong awak taw.senyumlah sikit.”
Agak-agak sentap tak?KAH KAH KAH.

Ah aku cukup mengkagumi kekemasan dan ketelitian akhlak Rasullullah dan memuja keperibadian pahlawan islam yang gagah berani.UMAR AL KHATAB!wohaaaa!darah srikandi aku cepat membuak apabila mendramakan riwayat perjuangan Baginda dan para sahabat!!wohaa!wohaa!!hebat!hebat!

Sebelum pergi jauh.
Aku ulas satu persatu.ecehh.aku kan hebat.lalalala.


Ilmuan.
Duduk dan pakukan hatimu.
Dengar aku sigadis comel bekas penjahil dan pendosa ingin bukak mulut bicara.
Bila engkau menemui sebutir PERMATA bersalut lumpur.
Tolong kutip dan asah.
Sebab apa?sebab permata jenis berlumpur ini lebih tinggi nilainya.
Kerana apa?kerana butiran keinsafannya tak mampu menandingi segunung pengetahuanmu.
Yakinilah.jangan dicemuh.jangan dijelekkan.jangan dijeling dihina.
Dan.
JANGAN SESEKALI DIUNGKIT KESALAHANNYA KEMUDIAN MENGHUKUM!!
Ingat pahlawan ilmuan semua!
KAU BUKAN TUHAN MEMANDATORIKAN GANTUNG LEHER KE ATAS MANUSIA!
Kau tiada kuasa menjerut nyawa manusia!!kau tak berhak sama sekali!!
Allah saja maha berhak!sebab Allah maha hebak!!
Faham?bagos.
Mari aku ajar kau bermanis muka.
Mendekati permata berlumpur ini tidak akan SAMA SEKALI MENGKOTORI DARJAT KEMULIAAN yang Allah berikan atas pangkat ilmumu.TIDAK SAMA SEKALI!
Kau kutip permata berlumpur.
Kau untung.sebab permata ini lagi sekali aku cakap nilainya hebat.
Dan asah laju-laju dan nah!!pampang depan Tuhanmu kelak.
“Allah!!ini permata-permata berlumpur yang pernah aku kutip dan asah”
“Ya Allahku, masukkan kakinya ke syurga ya Allah, kerana dialah yang mengutip aku disaat berlumuran dengan lumpur hina dulu.aku sanggup mengadaikan syurgaku untuknya kerna dia paling banyak berjasa membawa aku sampai kepada-MU.aku tidak layak yah Allah”
Maka apa keuntungan mu?*senyum*
Islam untuk ku dan untuk mu.(petik ayat seorang ustaz comel.haha)
Maka syurga untuk mu dan untuk mu.
Nampak?memanfaatkan diri dan memanfaatkan orang lain.
Bukankah hebat??
Macam Rassullulah.macam empat khalifah.

Berdiri untuk diri dan mendirikan orang lain.oh!!jatuh cinta!!kalau zaman bisa diputar,nescaya akulah wanita paling GAGAH BERANI TIADA TERKALAH dimedan perang melebihi keperkasaan khaulah al azwar.percaya?heh.mari perlekeh kalau berani.aku buang ke neraka nanti.HAHA.
Titik.

Hidayah.
Masing-masing kena percaya bahawa ALLAH itu maha adil dan saksama.
Allah tak menyerupai manusia.Allah maha tiada penyerupaan.
Bahkan manusialah yang gemar menyerupai Tuhan.
Maka itu, Allah cukup adil mengatur setiap kehidupan manusia.
Hidayah itu milik engkau.hidayah itu ada dalam diri engkau.
Tidak perlu kau tanya sama Tuhan.
“Tuhan, kenapa dia terpilih mengutip permata hidayah ini tapi aku tidak?adakah Engkau pilih kasih?”
Jangan.
Sebaliknya kaji dirimu.

Dialur darahmu itu ada air syurga yang mengalir.disetiap hela nafasmu itu ada resapan kasih sayang Tuhan.
Tidak Tuhan menciptakan syurga itu jika tidak mampu dicapai oleh manusia.
Dan manusia BERHAK DAN LAYAK menduduki syurga berdasarkan USAHA DAN PILIHAN bukan kerana takdir.bukan kerana nasib.bukan kerana ketentuan.
Allah tak sebut “KEDUDUKAN DIAKHIRAT KELAK SUDAH TERCATAT SEBELUM ROH ENGKAU DIHEMBUSKAN”
TIDAK.
Sebab itu berlaku fenomena pelacur akhirnya masuk syurga.kerana apa?kerana USAHA DAN PILIHAN untuk berubah.untuk mara kepada Tuhan.

Nota penting disini adalah SKRIP AKHIR.bukan SKRIP AWAL.
Jadi jangan malu untuk menginjak satu anak tangga hijrah dengan mengambil kira siapa engkau sebelum-sebelum langkahan pertama.
Contoh satu.
Abu dulu seorang samseng, kaki pukul, kaki perempuan.
Diakhir kehidupan atas semangat diri dan usaha kuat, abu mati dalam keadaan diredha.
Bersama linangan airmata keinsafan.
Contoh dua.
Ali seorang alim.seorang warak.seorang pandai agama.terkenal peribadi mulia.
Diakhirnya menjadi sampah dimata Tuhan.riak sombong.nasibnya neraka.
Nampak?
Allah melihat pengakhiran.bukan permulaan.

Engkau ada potensi.koreklah ia.
Peluang menuju syurga adalah sama rata.Allah takpernah pilih kasih pilih bulu.
Jadi bila Tuhan kasik engkau rupa hodoh bukan sebab Tuhan tak adil tapi sebab nak beri kau pingat syurga.nak uji tengok engkau boleh redha atau tidak dengan kejadian diri engkau yang begini.
“sesungguhnya Allah tidak memandang paras rupa melainkan rasa taqwa”
Bukankah?

Dan jangan engkau fikir KECANTIKAN sipolan itu suatu keberuntungan dunia?tidak!ianya semata-mata musibah!jika mereka tidak mahir mengemudi KECANTIKAN ini dijalan yang haq.


Engkau hodoh.itu ujian.Allah menilai sejauhmana hatimu redha.
Engkau jelita.itu ujian.Allah menilai sejauhman hatimu bertahmid syukur.
Jadi dimana dia konsep TIDAK ADIL Tuhan disini?TIADA!
Sama perkaranya melibatkan harta kekayaan.ilmu-ilmuan.
Ingat!ingat!!apa hakmu sebagai manusia?
PILIHAN DAN USAHA!

Cari.cari.cari hidayah.
Hidayah ada dalam jiwa.
Terperosok tertimbus dosa.
Kopeklah ia dengan mata hati sempurna.
Kerna disitulah Allah ada.
Tidak perlu menunggu ALLAH menunggu menyiram permata.
Bangkitlah dan hulurkan penuh sedia.
Menatang cabaran suka duka.


Bagaimana mendapat hidayah?
Sesudah kau sibuk bercengkerama sebelah siang.
Kembalilah engkau menelek diri disebelah malam.
Carilah ruang-ruang sepi untuk membenarkan hati bermunajat.
Sesaat pejam matamu, kumandangkan suara alunan bacaan al quran oleh syeikh.
Putarlah lagu-lagu mawadah pembangun jiwa-jiwa berhabuk noda.
Kosongkan fikiranmu dan bawa ia ke tempat sunyi yang tiada siapapon melainkan engkau.
Sapalah hatimu.
“hai ummi...dimana Tuhanmu?apa perbuatmu hari ini?apa siap untuk matimu?”
Nescaya mengalirlah airmata cinta dipipimu.
Kenanglah sehari-hari perlakuanmu dan dramakan dilegar ingatan mindamu.
Kemudian bermonologlah engkau dengan Tuhanmu.
Melalui gemaan dan detik-detik jantungmu.
“Tuhan, apa sudah aku perbuat dengan nikmat akalku pada hari ini?”
“Tuhan, apa sudah aku perbuat dengan nikmat kesihatanku pada hari ini?”
Alunlah ia.kocaklah ia.
Bersama airmata dan kesyahduan..lebarkan sayap hatimu.
Sumpah kau pasti MENANGIS TAK HENTI-HENTI.
Kemudian berzikirlah engkau sepuas hati.
Membayangi tarikh mati.
ALLAH.ALLAH.ALLAH.


Disinilah cahaya.
Disinilah hidayah.
Yaknilah.aku kongsikan cara aku merampas hidayah daripada ‘senarai’ Tuhan.

mari menangis kerana kasih-sayang Allah *menangis*

SUMBER: fb Ummi Habibah Abdullah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...