"Berikut ini adalah ciri-ciri atau syarat-syarat pakaian muslimah:
1. Menutup seluruh badan selain yang dikecualikan, menurut ijma' para ulama bahagian yang dikecualikan itu adalah wajah dan telapak tangannya.
Ada kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.
2. Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu:
"...Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31)
Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.
Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.
Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.
3. Pakaian tersebut longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya.
Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian terrsebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.
4. Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar.
Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya.
Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkn dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."
5. Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yang boleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut.
Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.
Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini: Dari Abu Musa Al-Asya'ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: "Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)
Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.
6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki.
Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata: "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).
7. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir.
Dalam syari'at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.
8. Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari popularity dan memperagakannya).
Larangan ini berdasarkan hadis berikut:
"Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka." (HR. Ibnu Najah dan Abu Dawud).
Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orangramai , baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riyaknya.
Semua ini adalah adalah cirri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari'at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya.
Tentang tumbuhnya dab berkembangnya pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukainya bahkan memakainya, asalkan semuanya tidak melanggar standard yang sudah dijelaskan di atas dan yang lebih penting kita harus dapat menjaga hati kita agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret kita ke neraka kerana niat kita berubah dari ingin menjalankan perintah Allah SWT untuk menutup aurat menjadi riyak atau mencari populariti.
Semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar senantiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya. Amin
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan standard yang digariskan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walaubagai mana pun berpakaian kemas dan menceriakan bukan lah termasuk dalam istilah tabarruj (berhias). Begitu juga memakai barang kemas perhiasan sekadar memenuhi fitrah wanita yang sukakan perhiasan tidak dikira tabarruj dengan syarat ia tidak diperagakan.
Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersihkan diri dalam segala aspek, termasuk perkra-perKara fitrah dalam diri kita seprti memotong kuku,mencukur bulu kemaluan, mencukur misai bagi lelaki, membersihkan muka dan badan.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka berlakulah pada pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri atau bertudung tetapi ketat seluarnya sehingga menampakkan perhiasan yang sepatutnta dilindung dan hanya halal unutk suaminya sahaja. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya keterlaluan sehingga menimbulkan dosa. .
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikma h bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk menerima Islam sebagai agamanya kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.Mmereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Keindahan Islam itu tidak diperaga dengan betul.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk men dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian yang dinamakan Dakwah Bil Hal iaitu dakwah melalui penampilan cara berpakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si dia itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.
Jagalah tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen dakwah melalui pakaian anda.
Written by Muslimah Thursday, 13 November 2008 01:15
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan