6 Jun 2010

Kisah Seorang Pencuri

KISAH seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui
akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si
polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri
sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata
dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini,
tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan
segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, "
Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri
ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang
diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya. " Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula
yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat
akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet
negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan,
" Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian
yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet "
Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah
dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah
hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan
hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli
kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu
sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak
hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak
melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar
tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam".

Dan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana dihadiahkan kesenangan dan kemewahan". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuklah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amatlah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan."
Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...