10 Jun 2010

Dalil Jampi

1) Rasulullah s.a.w dirawat secara ruqyah oleh Jibril AS yang diutuskan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri RA:

حدثنا بشر بن هلال الصواف حدثنا عبدالوارث حدثنا عبدالعزيز بن صهيب عن أبي نضرة عن أبي سعيد أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيك ؟ فقال نعم قال باسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك باسم الله أرقيك.

Maksudnya:
Bahawa Jibril AS datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: “wahai Muhammad, adakah engkau sakit?. Jawab Nabi s.a.w: “ya”. Jibril mengucapkan (menjampi dengan ruqyah) dengan:
“Dengan nama Allah aku menjampi kamu daripada segala sesuatu yang menyakiti kamu, dari kejahatn setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku menjampi kamu.”(riwayat muslim)



2) Rasulullah s.a.w menentukan ruqyah yang dibenarkan dan memberi kebenaran kepada para sahabat yang berkemampuan untuk merawat. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Jabir RA:

حدثنا أبو كريب حدثنا أبو معاوية حدثنا الأعمش عن أبي سفيان عن جابر قال نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرقى فجاء آل عمرو بن حزم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا يا رسول الله إنه كانت عندنا رقية نرقي بها من العقرب وإنك نهيت عن الرقى قال فعرضوها عليه فقال ما أرى بأسا من استطاع منكم أن ينفع أخاه فلينفعه.

Maksudnya:
Rasulullah s.a.w melarang dari jampi menjampi. Maka datanglah keluarga Amr bin Hazm menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: “wahai Rasulullah di sisi kami mempunyai jampi yang boleh menjampi sengatan kala jengking, sedangkan engkau melarang kami daripada jampi menjampi.” Lalu mereka membacakan jampi tersebut kepada Nabi s.a.w (bagi mendapat kepastian). Maka sabda Nabi s.a.w: “aku lihat ia tidak mengapa. Sesiapa di antara kalian yang mampu untuk membantu saudaranya, maka hendaklah ia lakukan.(riwayat muslim)


3) Rasulullah s.a.w merestui pengubatan dengan ruqyah “al-fatihah” ke atas orang yang disengat kala jengking. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri RA:

حدثنا يحيى بن يحيى التميمي أخبرنا هشيم عن أبي بشر عن أبي المتوكل عن أبي سعيد الخدري أن ناسا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم كانوا في سفر فمروا بحي من أحياء العرب فاستضافوهم فلم يضيفوهم فقالوا لهم هل فيكم راق ؟ فإن سيد الحي لديغ أو مصاب فقال رجل منهم نعم فأتاه فرقاه بفاتحة الكتاب فبرأ الرجل فأعطي قطيعا من غنم فأبى أن يقبلها وقال حتى أذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فأتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له فقال يا رسول الله والله ما رقيت إلا بفاتحة الكتاب فتبسم وقال وما أدراك أنها رقية ؟ ثم قال خذوا منهم واضربوا لي بسهم معكم.

Maksudnya:
Sesungguhnya beberapa orang di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w sedang berjalan di dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku dapat satu bahagian bersama kamu.”(riwayat muslim)


Dalil ‘Ain
4) Rasulullah s.a.w memberi panduan dalam merawat pesakit yang terkena al-‘Ain menggunakan lebihan wuduk atau basuhan orang yang menjadi punca penyakit tersebut. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA:

وحدثنا عبدالله بن عبدالرحمن الدارمي وحجاج بن الشاعر وأحمد بن خراش ( قال عبدالله أخبرنا وقال الآخران حدثنا ) مسلم بن إبراهيم وقال حدثنا وهيب عن ابن طاوس عن أبيه عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال العين حق ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين وإذا استغسلتم فاغسلوا.

Maksudnya:
Penyakit ‘Ain (disebabkan pandangan mata dengan niat jahat dan penuh hasad) itu adalah benar, jika seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir maka nescaya penyakit angkara ‘Ain ini yang mendahuluinya, jika kamu (orang yang menjadi punca penyakit) diminta untuk mandi (bertujuan untuk merawat pesakit yang terkena al-‘Ain), maka segeralah mandi.(riwayat muslim)

Doakan kejayaan kita bersama...Semoga Allah permudahkan urusan kita,,Amin

Monday, April 12, 2010 at 8:36pm

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...