26 Mei 2010

Keutamaan Seorang Lelaki Dari Seorang Wanita


“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.”

Lelaki itu menjadi tulang belakang (penanggungjawab) bagi wanita, sebab Allah melebihkannya setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (laki-laki) memberi belanja dan harta (bagi wanita). Wanita-wanita yang soleh adalah wanita-wanita yang taat dan memelihara kehormatannya sewaktu ghaib (suaminya), sebagaimana Allah telah menjaganya....”(Surah Ann-Nisa’:34).
...
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya, “Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang, maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tidak ada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya.”(Al Hadith).
...
Abdullah bin Mas’ud r.a., menerangkan bahawa nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya,”Apabila seorang wanita membasuhkan pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat untuknya.”(H.R. Abu Manshur di dalam kitab Musnadil Firdaus).

Abu Dzar meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya,”Seorang wanita yang berkata pada suaminya:”Semoga engkau mendapat kutukan Allah dan dia berbuat aniaya”, maka dikutuk oleh Allah Ta’ala atas langit ketujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang diciptakan Allah, kecuali dua jenis makhluk, yaitu manusia dan jin.” **
____________
**) Al Hadith. Disahihkan oleh beberapa perawi hadith secara pensyaratan Bukhari dan Muslim.
Abdurrahman bin Auf meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya,”Kalaulah yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya, kemudian dia pada suatu hari melontar kata-kata angkuh:”Engkau ini siapa?” “Semua harta kekayaan ini milikku dan engkau tidak mempunyai harta apapun.” Maka Allah hapuskan semua amal kebaikannya walaupun amalannya itu banyak.” ***
____________
***) Al Hadith. Disahihkan oleh beberapa perawi hadith sesuai dengan pensyaratan Bukhari - Muslim.
Ibnu Abbas r.a. juga meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya,”Seorang wanita yang keluar dari rumah suaminya tanpa izinnya, maka ia dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh sang surya dan bulan, sehingga dia pulang kembali ke rumah suaminya.”(Al Hadith)
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan juga, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya,”Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempersolek dirinya serta memakai perfum, sedang suaminya rela akan perbuatan yang demikian itu, maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkah sebuah rumah di neraka.”(Al Hadith).
Kita memohon kepada Allah perlindungan, Dia yang menjadi Raja lagi Maha Perkasa .
Thalhah bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya, “ Menyakiti hati suaminya, melalui kata-katanya, kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari Kiamat, selebar tujuh puluh dzira’, kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.”
Diriwayatkan bahawa Abu Bakar Ash Shiddiq r.a. berkata:”Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya,”Seorang wanita yang menyakiti suaminya dengan kata-kata , dilaknati Allah serta dimurkai-Nya dan dilaknati pula oleh para malaikat.”Seorang wanita yang acuh serta bermuka masam di hadapan suaminya, yang akan menyebabkan dia susah(suaminya), maka dia dimurkai oleh Allah, sehingga dia mampu untuk membuat tertawa dan kegembiraan suaminya.”
Salman Al Farisi meriwayatkan, bahawa Fatimah r.a. masuk berkunjung kepada Rasulullah. Tatkala melihat Rasulullah, kedua matanya berurai airmata dan roman mukanya berubah. Kemudian nabi s.a.w. bertanya:
Ertinya, “Mengapa engkau wahai anakku?” Fatimah menjawab: Wahai Rasulullah, ayahku, tadi malam saya dan Ali bergurau dan telah terlontar kata-kata yang menyebabkan dia marah padaku, kerana kata-kata yang terlontar dari mulutku. Tatkala aku melihat bahawa dia marah, aku menyesal dan merasa susah, kemudian aku berkata kepadanya:”Wahai kekasihku, sayangku, relakanlah kesalahanku”, seraya aku mengelilinginya serta merayunya sebanyak tujuh puluh dua kali, sehingga dia menjadi rela dan tertawa padaku, dengan segala kerelaannya, sedangkan saya tetap merasa takut kepada Tuhanku.”
Rasulullah berkata kepada Fatimah: “Hai anakku, demi zat yang telah mengutus aku dengan agama yang benar, sesungguhnya seandainya engkau mati sebelum Ali rela kepadamu, maka aku tidak akan mensolatkan mayatmu.”Kemudian Nabi berkata lagi:”Hai anakku, tidakkah engkau ketahui, bahawa kerelaan seorang suami itu juga merupakan kerelaan Allah dan kemarahan seorang suami itu juga merupakan kemurkaan Allah. Hai anakku seorang wanita yang beribadah dengan benar seperti ibadahnya Siti Maryam anaknya Imran, Kemudian suaminya tidak merelakannya, maka Allah tidak akan menerima dari amal-amal ibadahnya. Hai anakku,duduk satu jam memintal atau menenun baju lebih baik bagi mereka (para isteri) daripada beribadah setahun, dan dicatat setiap pakaian yang dari hasil menenunnya, seperti pahalanya orang yang mati syahid. Hai anakku,sesungguhnya, seorang isteri itu jika ia menenun sehingga dapat memberikan pakaian kepada suami dan anak-anaknya, pastilah untuk ia syurga dan Allah memberikannya dari setiap hasil tenunannya sebuah kota di syurga.” *
______________
*) Al Hadith. Disahihkan oleh beberapa perawi hadith secara syarat Bukhari dan Muslim.


sumber: Duratun Nasihin-Mutiara Mubaligh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...