Bagaimana Mengirim Lima Puluh Ringgit ke Kubur?
Lima puluh ringgit bukanlah banyak. Kalau mahu dibelanjakan di gedung besar nilainya terlalu kecil hampir tidak punya erti. Kalau mahu bersantapan enak di hotel berbintang, itu mimpi namanya. Di gerai jalanan mungkin boleh kenyang tapi kalau di restoran hawa dingin mungkin cuma dapat memuatkan perut tiga empat orang. Jangan ambil udang atau ketam! Begitulah kecilnya lima puluh ringgit.
Dulu dulu memang lima puluh ringgit punya nilai yang hebat. Kalau ada dua tiga keping lagi bergaya. Hari ini cuma cukup isi minyak dan suap pada tol yang ternganga di lebuhraya perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh. Itu pun kalau memecut dengan kereta kecil Kancil. Kereta lain entahlah kerana aku tak punya. Dulu lima puluh ringgit sebulan cukup buat belanja sebulan masa aku di kolej. Hari ini kabarnya lima ratus pun belum tentu boleh bernyawa. Tambah pula kalau terpaksa menyewa rumah kerana tidak layak menetap di asrama. Belum terima diploma ijazah sudah berhutang dengan penaja mahu MARA atau swasta. Begitulah adanya.. nilai lima puluh ringgit tidak seberapa.
Seminggu lalu aku pergi berkursus disebuah hotel bersama beratus orang lain mengenai perniagaan. Kami dimotivasi dan diberi tunjuk ajar. Dalam satu sessi seorang peserta kursus naik ke pentas berkongsi cerita. Bukan cerita sedih tapi kisah kejayaannya berniaga. Dulu dia susah. Makan gaji dengan pemerintah,menyabung nyawa untuk negara. Tapi hari ini, atas berkat usaha dia berjaya. Pada penghujung ceritanya, dia berkata dulu dia tidak pernah dapat menghantar wang secukupnya kepada ibu dan bapa lantaran dirinya sendiri tidak pernah cukup juga.Maklum kerja makan gaji yang tidak seberapa.
Setakat lima puluh ringgit dia mampu itupun kadang kadang saja. Tapi hari ini kalau mahu beri seratus dua tidak bermasalah, malah kalau seribu sebulan pun dia mampu. Alhamdulillah katanya!
Teringat aku kisah bermula tahun 1989 sebelum bonda meninggalkan kami sekeluarga. Derita bonda tidak terperi kerana mengidap ketumbuhan di kepala atau lebih brain tumor. Berbulan bonda di hospital. Dia mungkin tidak terlantar atau meraung kesakitan tapi nyatanya jiwa digelodak beribu perasaan. Kepalanya sakit dan lupa lupa. Entah pakar mana yang punya periksa, bonda di rawat bersama orang sakit jiwa. Bonda tidak gila! Cuma lupa lupa kerana sakit di kepalanya itu. Aku sayu bila melawat bonda selang sehari dua. Untuk masuk bertemu bonda aku terpaksa melepasi pintu besi yang berkunci. Bila pintu ditutup... bunyinya macam menutup pintu sel di penjara. Bunyinya cukup menyentuh dan menyiksa jiwa. Aku masih merasakannya.
Dalam wad itu bergaul bonda dengan orang yang gila dan gila gila. Cuba berkawan tapi hampa. Mata bonda sayu tapi masih bergurau dan selalu cuba senyum bila bersama dengan aku. Tidak pasti apa yang bermain di jiwanya waktu itu.Yang pasti, bonda redho. Saban hari dia diberikan pil yang berbagai warna. Kepala yang sakit jadi reda tapi langkahnya tidak menentu kerana dadah yang halal itu. Entah berapa banyak yang bonda makan hingga keliling matanya biru dan pucat. Jalannya longlai seumpama tidak upaya.
Hari Ibu yang lalu aku menangis kerana teringatkan kisah lima puluh ringgit! Teringatkan bonda yang doktor kata gila. Aku sendu teringatkan kata bonda "Kalau kau sudah habis belajar di kolej dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk emak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau bonda mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi bonda sudah tiada. Aku tidak berkesempatan.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Alfatihah, alfatihah, alfatihah,alfatihah, alfatihah, alfatihah....
Kamu beruntung kerana kamu masih ada ibu. Kirimkan walaupun lima puluh ringgit. Kamu masih sempat lagi kerana ibu kamu yang hidup mungkin perlukan lima puluh ringgit itu. Andai ibu kamu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana kamu anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibumu! Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya...
(UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA)
987สล็อต
-
987สล็อต หากคุณเป็น แฟน เกมคาสิโนและชอบความ ตื่น เต้นของการเล่นสล็อต
987สล็อต อย่ามองข้าม 987 Slots สำหรับสุดยอดการผจญภัยในคาสิโนของคุณ
ด้วยเกมสล็อตที่หล...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan