27 Mei 2010

Masihkah Kita Durhaka Kpd Allah

Bismillahirrahmaanir rahiim.

Kalau kita mengamati terjadinya bencana ataupun gempa yang sering terjadi akhir-akhir ini, sudah seharusnya kita menjadikannya sebuah iktibar dan muhasabah diri terhadap keadaan yang terjadi pada sekitar kita.

Mari kita lihat, peristiwa gempa yang terjadi akhir-akhir ini,


Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04

Gempa Padang
Jam 17.16

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58

Gempa Jambi
Jam 8.52

Mari kita lihat di dalam Al Qur'an, Surat dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.

Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04
Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04

4. dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.

Gempa Padang
Jam 17.16
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 16

16. dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya Berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 58

58. tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).

Gempa Jambi
Jam 8.52
Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52

52. (keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya.

"MASIHKAH KITA DURHAKA KEPADA ALLAH, dan TIDAK MENTAATINYA?

Semoga Hidayah dan Taufik Allah senantiasa bersama orang-orang yang beriman!

Amin
--------------------
dymash.wordpress.com

Berhijrahlah sebelum Kamu Dihijrahkan

Ketibaan bulan Muharram 1431 Hijriyyah ini menandakan usia kita juga semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu.

Tahun baru 1431 Hijriyyah kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :

Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan.. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.

Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.

Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Kita muhasabah diri kita masing-masing. Kita termasuk golongan yang mana di antara tiga golongan yang di atas setiap kali menerima kedatangan Ma’al Hijrah.

Kesilapan yang lepas biarkan ia berlalu. Awal Muharram yang terbaru ini jangan dipersia-siakan seperti sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan mesti dilakukan walau pun kita tidak pasti untuk berapa lama. Begitulah hakikat iman manusia yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurangan.

Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.

APAKAH PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN ?

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari )

Hadis ini merupakan garis panduan untuk melakukan hijrah. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan merupakan satu hijrah dan telah menepati sabda Rasulullah saw di atas. Perubahan merangkumi dua perkara iaitu melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah. Melaksanakan suruhan Allah sebenarnya lebih mudah berbanding meninggalkan tegahan Allah SWT.

Perubahan yang paling utama ialah melakukan taubat terhadap dosa-dosa yang lampau. Setiap individu muslim wajib bertaubat. Tiada siapa yang terlepas daripada dosa melainkan para Rasul.

Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan taubat sebenar-benar taubat akan menghapuskan dosa. Allah SWT telah menjanjikan akan mengampuni dosa sesiapa yang bertaubat.

Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Ini adalah janji Allah SWT dan Maha Suci Allah daripada memungkiri janjiNya. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah walau anda bayangkan dosa anda terlalu banyak. Semua itu terlalu mudah bagi Allah yang bersifat dengan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghaffar ( Maha Pengampun).

Diikuti dengan menyempurnakan kewajipan yang telah difardukan seperti solat fardu, puasa bulan Ramadan, zakat dan sebagainya. Mengabaikan perkara fardu adalah satu dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja menyebabkan seseorang itu akan menghuni neraka Saqar. Firman Allah SWT :

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?. mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ( Surah al-Muddatsir : 42 dan 43 )
Jagalah anggota-anggota daripada melakukan dosa. Nikmat percakapan, pendengaran, penglihatan dan anggota-anggota lain jangan disalahgunakan untuk perkara yang diharamkan oleh syarak. Semua anggota kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. Firman Allah SWT :

Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ( Surah al-Nur : 24 )

Tingkatkan amal soleh seumpama ingin menjaga solat fardu berjamaah, tilawah al-Quran setiap hari, bersedekah, memperbanyakkan solat sunat, melazimi qiyam al-lail dan banyak lagi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Tingkatkan juga ilmu agama agar sentiasa cenderung untuk meningkatkan keimanan dan amal soleh. Ibadat yang dilakukan juga hendaklah menepati ibadat Rasulullah saw supaya ibadat tidak menjadi sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah saw :

” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima).( riwayat Imam al-Bukhari )

APAKAH AMALAN KHAS BULAN MUHARRAM ?

Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).



Bersama-samalah kita memanfaatkan kesempatan dan peluang menemui bulan Muharram 1431 Hijriyyah pada kali ini dengan sebaik mungkin. Muharram tahun depan belum pasti kita temui, mungkin Malakul Maut yang akan menemui kita terlebih dahulu. Berhijrahlah sebelum anda dihijrahkan ke alam barzakh. Wallahu Ta’ala a’lam.

Editor : PenaHalaqah

Ketidaksempurnaan Dlm Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:



1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?



2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).



3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,
orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..



4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalamsembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..





5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan
dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..





6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).





7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..





8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..





9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..





10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..





11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh.. Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.. Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....


Renung-renungkanlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...