Memaparkan catatan dengan label Roh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roh. Papar semua catatan

30 Jun 2010

Roh Yang Hidup



Seseorang hamba Allah yg beriman juga dia akan bertanggungjawab dgn ilmunya. Ia bukan sekadar mempelajari dan memahami ilmu tersebut,malah di amalkan. Tidak dijadikan ilmunya sebagai 'pekasam' yg akhirnya akan mereputkan seluruh tulang-belulang dan seterusnya menjadi busuk. Ia tidak menunggu ilmunya sehingga digelar profesor atau tuan guru. Walaupun ilmu itu, sekadar sebaris ayat Al-Quran atau sepotong hadis ringkas, diamalkannya. Hati insan begini,sentiasa hidup. Hati yg ikhlas dan hidup tidak akan nyenyak tidur, tidak akan berselera utk makan dan tidak akan ceria di kelilingi anak isteri. Hati itu, akan sentiasa memikirkan ttg amanah Allah. Amanah dlm menentukan hukum dan syariat Allah mengatasi segala2nya di atas muka bumi ini. Di anggap ini sebagai tanggungjawabnya. Hati ini akan takut dan bimbang, bimbang kalau2 malaikat maut lebih awal menjemputnya ke alam barzakh.

Setelah itu, akan menemui Allah di Padang Mahsyar. Mungkin dia akan lulus segala pertanyaan dari Allah. Tetapi, dia sendiri masih mencari2 jawapan. Apakah jawapannya kelak, sekiranya Allah bertanya ttg tanggungjawabnya terhadap amanah yg diberikan selama hidupnya di dunia dahulu. Apakah yg telah dilakukan utk memastikan hukum dan syariat Allah itu, tertegak di bumi yg dipijak. Apakah jawapannya kelak,andainya Allah bertanyakan ttg fenomena yg dibentangkan di hadapan matanya. Fenomena yg menghina dan mencabar maruah umat Islam di mana2 sahaja. Apakah yg telah dia lakukan utk menyelamatkan gadis atau ibu2 muda Islam yg diperkosa oleh tentera kuffar di Bosnia, Kosovo, di Acheh, di Kashmir, di Ambon, di Mesir, di Algeria, di Turki, di India, di kemboja dan sebagainya. Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan ribuan gadis Islam yg di lacurkan utk kepuasan nafsu Barat. Apakah yg telah dilakukan utk mengisi perut2 umat Islam yg kebuluran di Libya, di Iraq, di Sudan, di Pakistan, di Afghanistan, di Indonesia dan seumpamanya, semata2 di khianati oleh Barat yg di dalangi Amerika.

Apakah yg telah dibuat utk membebaskan Masjidil Aqsa dari kekuasaan Yahudi Laknatullah di Palestine. Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan Masjid Babri di India.Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan aqidah umat Islam seperti Kartina di Perak dan Aisyah dari johor. Haruskah dia menjawab kpd segala persoalan itu, bahawa dia telah berusaha dgn menyertai parti, pertubuhan, gerakan, badan kebajikan, badan sosial yg diterajui oleh umat Islam. Cukupkah dgn jawapannya bahawa dia berada di dalam sebuah negara yg masyarakatnya berbagai kaum, masyarakat majmuk. Sukar utk melaksanakan tuntutan Allah, kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan. Hati mereka perlu dijaga, agar mereka tidak pandang serong pada Islam. Mereka perlu difahamkan dalam waktu yg lama. Perancangan utk menerangkan pada mereka sedang disusun.

Apakah kelak dia akan berkata pada Allah, bahawa dia telah merancang satu program yg panjang utk memahami seluruh ummah. Memahamkan seluruh kaum yg bukan Islam, setelah itu, baru hukum dan syariat Allah akan dilaksanakan. Dia buat begitu,kerana ingin menjaga keamanan, dia tidak mahu wujudkan ketegangan sesama ummah, sesama kaum lain. Biarlah dia bertolak ansur terlebih dahulu. Pada dia, seruan dan tindakan begitu lebih hikmah, kerana tidak berlaku perpecahan, tidak berlaku pertumpahan darah. Lagipun, Islam tidak menggalakkan perpecahan, Islam tidak galakkan peperangan. Maka, dia pilih jalan sekarang, jalan mencari kemenangan melalui perjuangan yg lebih berhikmah, lebih bijaksana. Kemenangan Islam itu, makan masa yg panjang.

Apakah perlu dia berkata pada Allah, selama ini dia telah lama merancang. Membuat berbagai program dan agenda aktiviti bagi mencapai kemenangan Islam. Tetapi hasratnya tidak sampai, kerana Allah lebih awal menjemputnya ke alam barzakh. Patutkah kelak dia berkata kpd Allah, bahawa Allah telah berlaku zalim padanya, kerana lebih awal mematikan jasadnya, sebelum dia meneruskan perancangan ke arah mewujudkan syariat Allah di muka bumi ini. Munasabahkah dia menyalahkan Allah dalam hal ini. Allah berlaku adil padanya, kerana tidak memberi masa yg panjang utknya melaksanakan tugas sewaktu dia hidup dahulu. Apakah Allah akan redha dgn segala alasan dari jawapannya kelak.



by:Kekanda Qazwin

22 Jun 2010

Apabila Roh Keluar Dari Jasad

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di
langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...