Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

17 Julai 2010

The Dark Side Of FaceBook


Secara sedar atau tidak bahawa FaceBook ini sebenarnya amat merbahaya... Jika korang memberi data sebenar dalam facebook ni berhati-hatilah... Maklumat korang dalam Facebook adalah hak milik Facebook... walaupun gambar dah dibuang maklumat dah ditukar tapi dalam main server .. ni tok ambik dari internet.. lu orang fikirlah sendiri..

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests,
daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh
pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka
pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan
selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

KESAN SAMPINGAN FACEBOOK

1. Membazir waktu. Pengguna Facebook enggan berenggang dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer. Jika terasa kehidupan yang sementara ini tidak lengkap tanpa facebook, aturlah waktu.

2. Keretakan dan keruntuhan rumah tangga. Ada kes seorang isteri dibunuh kerana si isteri menukar statusnya menjadi single. Si suami yang marah tanpa berfikir panjang telah menamatkan riwayat isterinya.

3. Foto yang diletakkan dalam Facebook boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Letaklah foto di Facebook dengan bijak, karena bukan anda dan teman anda sahaja yang boleh melihat. Seluruh dunia boleh melihatnya, kecuali anda men-setting foto anda menjadi private, dan hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat foto anda.

4. Jika semua maklumat peribadi diletakkan dalam Facebook, ia akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab.

5. Gangguan orang yang tidak dikenali.

TIPS DAN PANDUAN MENGGUNAKAN FACEBOOK

1. Jangan gunakan password yang lemah.

2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile

3. Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.

4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.

5. Jangan beritahu semua orang "You ll Be Away From Home".

6. Jangan biarkan search engines mencari anda.

7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau.

Walaupun kesemua perkara ini nampak remeh, banyak kes berlaku bermula dengan Facebook. Bijaksanalah dalam penggunaan Facebook.

Bahaya Facebook


Facebook merupakan salah satu layanan jaringan sosial internet yang percuma dimana kita dapat membentuk jaringan dengan mengundang sahabat kita. Dari jaringan yang di bentuk, kita dapat memperhatikan aktiviti mereka, mengikuti permainan (game) dan menambah rakan-rakan. Jaringan itu sama ada berdasarkan organisasi sekolah, mahupun daerah kediaman kita dan sebagainya.

Facebook mirip dengan Friendster, namun diakui memiliki banyak kelebihan. Pengguna Facebook bermula dari kanak-kanak hingga orang tua yang berumur 50 tahun ke atas.

Sehingga kini facebook telah meledak sehingga menempati ranking 7 sebagai website paling sibuk di dunia.

Pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg (Gambar) dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.

Ketika menuntut Mark di Universiti Harvard, Zuckerberg telah menggodam laman web universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka. Oleh itu apakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama.

Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika berbanding 400 individu lain pada tahun 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)

MAKLUMAT TENTANG AEPi

1. Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2. Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3. Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4. Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang terkenal.

5. AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.

6. AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life .

Keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Ke manakah perginya semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini adalah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Dosa-Dosa & Facebook


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

24 Jun 2010

Gunalah Facebook/Internet Sebaik Mungkin

"gunalah facebook/internet sebaik mungkin"--baca r..besttttttt.........

Ketika Facebook telah marak ditengah masyarakat, dimana media ini banyak
sekali digunakan untuk hal-hal yang sia-sia, termasuk dalam post
status, jarang sekali ada status yang benar-benar penting seperti hal ilmu dan ibadah, tetapi yang lebih banyak dijumpai adalah
post status yang sia-sia dan tiada gunanya, contohnya; gosip, sekadar
bergurau, dsb, sungguh sangat memprihatinkan dikalangan para pemuda
hampir setiap harinya menghabiskan waktunya hanya untuk bersenda gurau
dan bermain-main di media ini.

banyak dijumpai status yang menimbulkan datangnya
komen-komen nakal. adakah kita tergolong dlm meneruskan perjuangan Rasulullah SAW ini,
jika hanya duduk manis didepan media syaitan yang seakan-akan menipu mereka dengan berbagai kecanggihannya yang ada pada masa
kini.

Seperti inikah para generasi muda yang inginkan
syurga….??

Sungguh waktu luang mereka telah banyak terbuang
sia-sia, waktu dimana seharusnya mereka boleh gunakan untuk berdakwah,
memberikan inspirasi, dan menghasilkan berbagai karya untuk merubah
peradaban dunia, tetapi apa yg kita lihat hanya untuk sesuatu perbuatan
yang tiada nilainya…

Kemanakah jati diri mereka sebagai seorang
muslim sejati pejuang dan penegak Syariat Allah…??

Rasulullah SAW
bersabda: “Dua kenikmatan yang kebanyakan orang terlupa darinya yaitu
kesihatan dan waktu lapang”. (HR. Al Bukhori)

Ini adalah
peringatan Rasulullah bagi siapa saja yang suka mensia-siakan waktu, kita nak
jawab apa nanti jika maut telah datang menjemput, tapi kita
dalam keadaan sedang melalaikan perintah Allah SWT,sibuk komen benda sia2,chating... Bagaimana wajah kita
nanti diakhirat…..??
Sesungguhnya telah ada keterangan nyata bagi
anda….

Alloh SWT berfirman;
“Dan orang-orang yang membangkang
kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. Dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.”
(QS. Al Mulk:6)

“Apabila mereka dilemparkan
kedalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka
itu membara.”
(QS. Al Mulk:7)

“Hampir-hampir neraka itu
terpecah-pecah lantaran marah, setiap kali dilemparkan kedalamnya
sekumpulan(orang-orang yang membangkang), penjaga-penjaga(neraka itu)
bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kalian
(didunia) seorang pemberi peringatan…??”
(QS. Al Mulk:8)

“Mereka
menjawab: “benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang
pemberi peringatan, tetapi kami mendustakan(nya), dan kami katakan:
“Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah didalam
kesesatan yang besar.”
(QS. Al Mulk: 9)

“Dan mereka(orang-orang
yang membangkang) berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau
memikirkan(peringatan itu) niscaya kami tidaklah termasuk
penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 10)

“Mereka
mengakui dosa mereka, maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yang
menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 11)

Semoga ini bisa menjadi
bahan renungan bagi diri kita masing-masing……….!!!
peringatan kepada diri sendiri dan semua..tegakkanlah Islam..saya bukan budak baik sgt..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...