Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan

19 Ogos 2010

'Nota Hati Seorang Lelaki'

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."


Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat

seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik

kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri

dan anak- anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak

banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada

duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar

ditembak reaksinya.


" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"


Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh

dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan

ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.



Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan

ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang

ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang

bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati

mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,

saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan

selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk

diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya

yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan

kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum

apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam

memahami hati suaminya (ayah).


Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi

sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan

setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya

tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik

perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',

tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau

di sampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin

membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas

beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat

komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.


"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.


Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada

sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi

keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun

perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya

ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin

saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap

diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh

saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang ker ana jumlah yang saya

berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek

anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya

sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di

samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh

sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah

membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak- anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun

saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada

anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah Al-Wahhab itu!



Anda ingin tak apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :



" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam

kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka

bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu

sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul

siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.



"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun

itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan

pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.

Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah

terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang

diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana -mana

buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak- anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri

walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

24 Jun 2010

Sedekah Jariah Kebajikan Yang Tak Berakhir

Assalamualaikum..Mari kita praktikkan kawan2...rasanya ni tak susah sangat nak buat...kalau tak boleh buat semuanya ..buat sikit atau satu pun boleh..kalau tak boleh sekarang niat kan dalam hati yang kita akan buat nanti ..benda yang baikkan?..ada di antaranya yang kita boleh buat hari2...renungan dan peringatan buat diri sendiri juga...may ALLAH bless us ..amin...


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah...insyallah

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah....insyaallah

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang....insyallah

4. Bantu mendidik seorang anak....insyallah

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah...insyallah

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a...insyaallah

7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan)...insyaallah

8. Tempatkan water cooler di tempat umum...insyaallah

9. Tanam pohon pokok, Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah...insyaallah

10. Berkongsi Ilmu ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah...insyallah

Ya Allah Jadikan kami Hamba2 mu Yang ikhlas dalam melakukan segala kebaikan dan kerana mu ,redha mu dan kasih sayang kami kepadaMU..Bantulah kami ya ALLAH..amin

26 Mei 2010

Kekuatan Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”


Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya”.

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :
”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”.
”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.
”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll.

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

--

(\__/)
(='.'=) This is Bunny. Copy and paste Bunny into your
(")_(") signature to help him gain world domination.


""Six Essential Qualities that are the key to success:Sincerity, Personal integrity, humility,Courtesy, Wisdom,Charity.
============ ========= =========
NOTICE PEMBERITAHUAN: -
(Without Prejudice)
Setiap Penulisan,Nukilan Atau Article Yang Diposting Ke Laman Ini,Hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...