Memaparkan catatan dengan label Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teladan. Papar semua catatan

23 Mac 2011

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Iktibar - cerita yang mengharukan....

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.

WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"A'u zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad S.A.W:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'.. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

29 Julai 2010

Kisah Benar Seorang Pemuda Arab yg Belajar Di Amerika


Assalamu'alaikum,

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan
perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu
di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah
s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu
lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya
pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar
menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui
internet, www.gesah.net


NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang
cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi
kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab
pertanyaan orang-orang kafir
--
bukan senang nak senang
bukan susah nak susah
......................................

6 Jun 2010

Kisah Rasulullah S.A.W.

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
    perlu menyuruh isterinya.. Beliau juga memerah susu
    kambing untuk keperluan
    keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
    tiada makanan yang sudah siap
    di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
    menyinsing lengan bajunya
    untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
    'Aisyah menceritakan 'Kalau
    Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
    urusan rumahtangga.
 
 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
     berangkat ke masjid, dan
     cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..
    Tentulah baginda teramat lapar
    waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
    ada untuk sarapan. Yang
    mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
    belum ke pasar.
    Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
    Khumaira?' (Khumaira adalah
    panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
    bererti 'Wahai yang
    kemerah-merahan' )
    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
    ada apa-apa wahai
    Rasulullah.'
    Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
    saja hari
    ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
    melihat seorang suami sedang
    memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
    engkau memukul isterimu?'
    Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
    'Isteriku sangat keras
    kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
    aku pukul lah dia.'
    'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
    'Aku menanyakan mengapa
    engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
    anak-anakmu? '

6)Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
   adalah yang paling baik,kasih
   dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
   sabar dan tawadhuknya
   baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
   tidak sedikitpun menjejaskan
   kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7)Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
   Dilihat oleh para
   sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
   satu rukun yang lain amat
   sukar sekali.
   Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
   sendi-sendi
   pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
   satu sama lain. Sayidina
   Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
   langsung bertanya setelah
   selesai bersembahyang,

   'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
  menanggung penderitaan yang
  amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
  'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

  'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
  menggerakkan tubuh, kami
  mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
  tuan? Kami yakin engkau
  sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
  sahabat amat terkejut. Perut
  baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
  kain yang berisi batu
  kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
  Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
  bunyi-bunyi halus setiap kali
  bergeraknya tubuh baginda.

  'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
  dan tidak punya makanan
  kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
  Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
  sahabatku Aku tahu, apa
  pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
  apakah akan aku jawab di
  hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
  menjadi beban kepada
  umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
  sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
  tidak ada yang kelaparan di
  dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
  Akhirat kelak.'

8)Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
   makan di sebelah seorang
   tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9)Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
   direntap dengan kasar oleh
   seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
   lehernya. Dan dengan penuh rasa
   kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
   si Badwi di dalam masjid
   sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

 10)Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
      dan rasa kehambaan yang
      sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
      sama sekali rasa ke tuanan.

 11)Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
      langsung tidak dijadikan
      sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
      di depan ramai mahupun
      dalam keseorangan.

 12)Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
       untuk baginda, baginda
       masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
       terus-menerus beribadah
       hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
       sudah bengkak-bengkak.

 13)Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
       kemahuan jiwanya yang
       tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
       Rasulullah, bukankah
       engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
       bersusah payah begini?'
       Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
       aku ini hanyalah seorang
       hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
       yang bersyukur.'


 Rasulullah s. a. w. bersabda,
'SAMPAIKAN LAH PESANKU
 WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

26 Mei 2010

Jangan Menilai Orang Lain


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak
yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran
dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak
kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di
Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim
ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam .

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan
daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil
Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah
jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan
tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut
telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya
menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk
tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana
semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca
surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak
tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan
tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh
tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang
berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau.
Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu
beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala
kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk
kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang
di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau
banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. . Belilah
sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar
daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak
bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala
kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk
pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan
solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada
pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di
laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa
membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna
tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang
kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran
bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah
telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan
mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di
dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka
bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!
Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk
menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus
menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada,
kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang
kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya
telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah
mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan
mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah
lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan
janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka
kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 18)

Allah Itu Ada


ALLAH itu ada...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri paman
Sam kembali ketanahair. Sesampainya dirumah ia
meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang bisa
menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang
tersebut.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?

Kyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda

Pemuda: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang
pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya punya 3 buah pertanyaan:

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan
kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syetan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan
buat syetan Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda
dengan keras.

Pemuda( sam bil menahan sakit): Kenapa anda marah
kepada saya?

Kyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan
kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit

Kyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya

Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda: Saya tidak bisa

Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua
merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat
wujudnya.

Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar
oleh saya?

Pemuda: Tidak

Kyai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan
menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kyai : Itulah yang dinamakan Takdir.

Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda: kulit.

Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: kulit.

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: sakit.

Kyai : Walaupun Syeitan terbuat dari api dan Neraka
terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka
akan Menjadi tempat menyakitkan untuk syeitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...