Memaparkan catatan dengan label Sufi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sufi. Papar semua catatan

20 Jun 2010

Jawapan Seorang Sufi

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan
beberapa soalan. Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud,
tetapi saya tidak
pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."

Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan
kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya
kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak
Tuhan."

Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam
neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah
api tidak dapat memudaratkan dirinya?"

Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil
seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu.
Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki
yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.

"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling
kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya
bengkak dan
sakit." katanya. Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan
dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki
ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling
kepalanya dengan tanah, mengapa?"
Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada
soalannya tadi : Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan
di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan
berada. Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya
sedangkan apa
yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan. Dan ketiga, yang
saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata
dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada
tanah?"

Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas
hati dengan jawapan ahli sufi itu.

Ahli Sufi & Ladang Anggur

(Nama dalam cerita bukanlah nama sebenar). Muhammad adalah seorang pelajar sekolah pondok di salah sebuah negeri di Malaysia. Setelah beberapa tahun belajar, tamatlah pengajiannya dan dia telah di minta oleh gurunya Tuan Haji Ali untuk menyambung pengajiannya di salah sebuah negeri di timur tengah. Tuan Haji Ali meminta Muhammad bertemu dan berguru dengan gurunya iaitu seorang ahli sufi yang bernama Ahmad Abdullah. Jadi pergilah Muhammad ke destinasi yang telah diterangkan oleh gurunya. Apabila sampai di sana, dia pun mula mencari. Puas di cari namun tidak juga ditemukan ahli sufi tersebut.
Setelah penat, diapun tumpang berteduh di tepi sempadan sebuah ladang anggur yang luas. Tiba-tiba dia di sapa oleh seseorang. Rupa-rupanya orang itu adalah salah seorang pekerja yang sedang bekerja di ladang tersebut. Muhammad terus menyatakan tujuannya untuk mencari ahli sufi Ahmad Abdullah seperti yang di arahkan oleh gurunya dari kampung dan menerangkan bahawa sampai sekarangpun masih tidak terjumpa lagi orangnya. Pekerja itu menyatakan memang itulah tempatnya dan ladang anggur yang luas itu adalah kepunyaan ahli sufi tersebut. Muhammad seperti tidak percaya, ahli sufi?, ladang anggur? Kerana tiada pilihan dan dalam keadaan termanggu-manggu dengan persoalan yang terbuku di fikirannya Muhammad pun mengikut pekerja tersebut dan di bawa berjumpa dengan ahli sufi Ahmad Abdullah yang tinggal di sebuah rumah besar di tengah-tengah ladang tersebut. Dipendekan cerita Ahmad pun berjumpa dengannya dan menyampaikan salam serta pesan gurunya. Sebagai seorang yang berilmu ahli sufi tersebut sedar akan persoalan yang bermain di fikiran Muhammad. Anda tau tak, apa persoalan yang sedang bermain di fikiran Muhammad. Tau?, tak tau? Sepanjang pengetahuan kita seorang ahli sufi adalah seorang yang zuhud, meninggalkan dunia dan tak mementingkan harta, tapi ahli sufi yang ni, sangat kaya orangnya, jadi macam mana nih.Tak ke bercelaru fikiran di buatnya.
Ahli sufi tersebut menjelaskan, tak salah untuk menjadi kaya, malah dia meletakan harta tersebut di tangan dan bukan di hatinya. Dengan harta tersebut dia boleh membantu orang lain yang memerlukan dan kalau Allah menarik balik harta tersebut tidak menjadi halangan baginya. Harta tersebut adalah milik Allah yang di amanahkan kepadanya sahaja. Muga kita sama-sama dapat pengajaran dari cerita ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...