Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

24 Jun 2010

Sharing Is Loving Dihari Jumaat Part 2

SHARING IS LOVING DI HARI JUMAAT PART 2

TIPS MERAPATKAN SILATURRAHIM

• Tingkatkan kasih sayang di antara sesama manusia.• Bertolong bantu antara satu sama lain dalam menegakkan kebaikan.

• Ziarah-menziarahi antara satu sama lain dan bertanya khabar.• Teguhkan ukhuwwah, elakkan mengumpat, fitnah-menfitnah, tuduh-menuduh,salah-menyalahkan, agar tidak merosakkan hati dan berlaku perpecahan.

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN

• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atausakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasabersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat.

TIPS MEMBUANG SIFAT EGO

• Sedar diri. Kalau tak sedar diri ada sifat ego, susahlah untuk membuangnya.

• Belajar tentang ilmu sifat hati.

• Mujahadah. Iaitu melawan sifat keji yang ada dalam hati. Sifat ego timbul bila kita rasa lebih daripada orang lain. Misalnya, bila diberi jawatan, hati rasa bangga. Untuk melawannya, ingatlah bahawa jawatan itu tanggungjawab yang akan disoal di Akhirat.

• Mujahadah hendaklah berterusan, kerana nafsu dan syaitan tidak pernah rehat dalam mengajak kepada kejahatan.

• Ada nasihat yang boleh membimbing dan menunjuk ajar cara-cara menangani ego.• Berdoa selalu memohon kekuatan dari Allah.

Sharing Is Loving Dihari Jumaat Part 1

SHARING IS LOVING DI HARI JUMAAT - PART 1

Baca lah teman2 tersayang ...semua yang di share kena usaha yang sungguh2 nak dilakukan ...memang sukar tapi insyaallah dengan izin ALLAH segalanya akan baik ...Moga ALLAH beri kita kekuatan ..moga ALLAH beri kita jauh dari sikap mazmumah ..amin...

Di kesempatan ini Cinta juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan diri ..yang sedar atau tidak ..yang sengaja atau tidak dunia akhirat...dan juga halal kan segalanya jika terambil ..terpakai ..maaf cinta jika tersalah menilai ..tersalah sangka ..maaf kan segala kesalahan cinta..Insyaallah

Untuk menjadi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa di sisi Allah, ulama telah memberikan beberapa tips atau panduan untuk kita. Iaitu:

TIPS UNTUK MENDAPAT PETUNJUK ALLAH :

•Taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan hukum-hakam Allah dan ikhlas dalam mentaati Allah.

•Taat kepada Rasul dan mengikuti Sunnahnya. Rasulullah SAW merupakan utusan Allah yang membawa contoh dan akhlak yang baik

•Taat kepada pemimpin. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, taati lah perintah Allah, perintah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu".(Al-An`am:59)

•Contohi para Sahabat. Sabda Rasulullah SAW: “Sahabat-sahabat-Ku umpama bintang-bintang di langit, mana di antara mereka yang diikut, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.” (Riwayat)• Contohi salafus soleh iaitu generasi soleh yang hidup di sekitar 300 tahun dari Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah di kurunku,kemudian yang mengiringinya dan yang mengiringi mereka itu.”(Riwayat)

•Taat kepada guru.

•Menghormati orang tua.


TIPS UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT

•Hendaklah takut kepada Allah dan azabNya. Rasakan bahawa Allah Maha Melihat,mendengar dan mengetahui apa sahaja perbuatan kita sama ada yang dilakukan secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Ia akan menjadi benteng yang menghalang kita dari berbuat maksiat serta melakukan dosa.

•Memahami syariat, iaitu hukum-hakam yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah.Kemudian menjadikan syariat sebagai penyuluh kepada jalan hidup dalam aspek mana sekalipun.

•Menjauhi dosa walau sekecil-kecilnya.

TIPS UNTUK MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH

•Bertaubat dari segala dosa. Dosa terbahagi kepada dua iaitu:

1.Dosa dengan Allah, seperti meninggalkan perintah Allah dan melakukan perkara yang haram.

2. Dosa dengan manusia, iaitu yang ada kaitan dengan agamanya, dirinya,hartanya dan keluarganya.

•Mengikut syarat taubat. Syarat taubat ialah:

1.Menyesal, tinggalkan perbuatan maksiat itu kerana Allah dan berazam tidakakan berbuat lagi.

2.Bila kita berdosa dengan manusia, ditambah satu lagi syarat iaitu minta halal atau minta maaf daripada orang itu.

•Dosa dengan Allah, mudah Allah ampunkan. Tetapi dosa dengan manusia tidak akan diampunkan Allah melainkan kita meminta redha daripada orang tersebut iaitu dengan:

1.Berjumpa serta minta halal atau minta maaf dengan keluarganya, jika ada kaitan dengan keluarganya.

2.Jika ada kaitan dengan agamanya, seperti menuduhnya, menfitnahnya atau lain-lain, padahal dia tidak sepertimana tuduhan kita itu, maka hendaklah mengisytihar perkara sebenar, di tempat di mana kita menyebutnya, supaya orangyang telah mendengar tuduhan kita itu dapat mengetahuinya.

3.Minta halal atau membayar dan mengganti semula, jika ada kaitan dengan harta.

10 Jun 2010

Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya:
1. Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah
2.Sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


www.iLuvislam.com
dihantar oleh : aisya humaira
editor : kasihsayang

Sumber : http://bicarakalbu.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...