Memaparkan catatan dengan label Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasul. Papar semua catatan

10 Julai 2010

Pengertian Isra' Mikraj




ISRAK bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu MIKRAJ pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama...

sumber: dari artikal Isya Fesya's

27 Jun 2010

Mimpi Nabi

Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Larangan Dari Rasulullah


Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah
Dari Jabir radhiyallahuanhu, dia berkata,
Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwataala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
Allahualam

Sumber=http://ohtidak.com/oh-kubur-islam-yang-haram/

24 Jun 2010

Teguran Rasulullah S.A.W. Kpd Shahabat Yang Ketawa

“Teguran Rasulullah s.a.w kepada sahabat yg ketawa”

Suatu ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan umtuk menunaikan solat lalu Baginda s.a.w ternampak satu kumpulan orang yg sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati mati pasti tidak akan berlaku keadaa yang saya lihat ini.”

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati mati. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata. “aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat-ulat.”
Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yg berjalan di atas muka bumi, engkaulah yg paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.”
Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “sangat jelek kedatanganmu.Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi engkaulah yang aku paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepdaku, engkau akan melihat layanan daripadaku.”
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja ular itu menghamburkan bias ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.. Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda, “ Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau satu lembah-lembah neraka.”

Keterangan

Takutlah Allah ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting.Perkara inilah yg menyebabkan Rasulullah s.a.w sering duduk termenung. Meningati mati akan menambahkan sifat takut kepada Allah. Oleh sebab itulah, Rasulullah s.a.w menyarankan supaya kita sering mengingati mati kerana amalan ini penting lagi pula member manfaat..Jauhilah perkara yg melalaikan..

Photos of Nur Jahadah
Photo 69 of 161 Photos of Nur · Nur's ProfilePreviousNext
Click on people's faces in the photo to tag them.
Amal will be asked to approve all tags before others can see them.

Kasih Sayang Rasulullah

KASIH SAYANG RASULULLAH صلیﷲ علیﻪ و سلم

Salah satu akhlak Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم adalah senantiasa menghadapkan seluruh wajahnya kepada orang yang diajak bicara, sebagai bentuk penghormatan dan penghargaan kepada setiap orang, tanpa memperhatikan latar belakang orang tersebut.

Sehingga Allah pun memujinya dalam Al Quran:

(1) Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis,
(2) berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.
(3) Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.
(4) Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(5) Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat,
(6) siapa di antara kamu yang gila.
(7) "Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al Qalam : 1-7)

Diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari :

إِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا دَعَا جِبْرِيْلَ فَقَالَ إِنِّيْ أُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيْلُ ثُمَّ
يُنَادِيْ فِي السَّمَاءِ فَيَقُوْلُ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ فُلّانًا فَأَحِبُّوْهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ

“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku mencintai fulan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya”

Maka orang yang paling dicintai Allah adalah Sayyidina Muhammad صلیﷲ علیﻪ و سلم . Diriwayatkan dalam sirah (kitab sejarah nabi صلیﷲ علیﻪ و سلم ), ketika seekor unta besar yang mengamuk di Madinah Al Munawarah, tentunya jika binatang mengamuk maka ia akan beringas, maka mulut unta itu berbusa kerana marah dan unta itu pun dijerat di dalam suatu kandang, dilaporkan bahwa unta besar di Madinah mengamuk, maka sampailah khabar kepada Rasulullah , maka Rasulullah berkata: “ tunjukkan aku pada unta itu ”, maka sahabat berkata : “ unta itu dijerat dalam kandang ini wahai Rasulullah”, Rasulullah berkata : “Bukalah pintunya”, maka sahabat pun berkata: “ wahai Rasulullah, unta itu sedang mengamuk dan beringas, nanti ia akan melukaimu”, Rasulullah berkata: “ bukakan pintunya”!!. Semua haiwan dan tumbuhan dan semua makhluk Allah mengenal Rasulullah صلیﷲ علیﻪ و سلم .

Ketika pintu kandang itu dibukakan, unta yang berada jauh dari pintu itu kelihatan sedang beringas, merah matanya dan berbusa mulutnya, tetapi ketika melihat wajah nabi Muhammad صلیﷲ علیﻪ و سلم , ia pun tertunduk tunduk lari mendekat mencium kaki Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, melihat wajah Sayyidina صلیﷲ علیﻪ و سلم , wajah makhluk yang paling indah dari semua makhluk ciptaan Allah, orang yang paling ramah dan tenang dan unta itu pun tahu bahwa inilah pimpinan seluruh manusia, orang yang paling dicintai Allah.

Disunting dari:
http://sahabatraudhah.blogspot.com/2010/05/kasih-sayang-rasulullah-صلیﷲ علیﻪ و سلم .html

Rasulullah Manusia Istimewa

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.

Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

Katakanlah, “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A’raf: 188)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)

Sifat ‘ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya:
“Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah”.

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra’ kepada baginda sebagaimana firman-Nya:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)

Begitu juga firman Allah:

Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)

Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya:

“Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum”.

Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.

Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya:

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, “Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami”. (Hud: 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran:

Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?” (al-Mukminun: 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran:

Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu’ara’: 154)

Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya:

Mereka berkata, “Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu’ara’: 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran:

Dan mereka pula berkata, “Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?” (al-Furqan:7)

Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.

Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih:

“Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur”.

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku”.

Baginda SAW juga bersabda:

“Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi.”

Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.

Keampunan

Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa.

Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so’iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?” Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi”. (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba’ al Azkiya’ bi Hayah al Anbiya’ (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda:

“Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu”. (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya”. (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: “Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara”.

Diriwayatkan pula daripada ‘Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, “Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu”. (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.

Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi dari manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Share This

Rasulullah manusia istimewa
Posted: Mon, 15 Mar 2010 11:20:34 +0000
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

Jangan Abai Hak Rasulullah

SUDAH menjadi agenda terpenting dalam setiap majlis Maulid Nabi SAW, ucapan selawat dan memuji Baginda dialunkan dan dikumandangkan. Selain mendapatkan pahala dan keberkatan, majlis ini juga berperanan mendekatkan umat Islam kepada nabi mereka dalam rangka mengingatkan umat Islam tentang ketinggian dan keluhuran agama Islam yang dibawa Baginda SAW.

Namun, dalam kerancakan penganjuran maulid, dalam keindahan suasana keistimewaan dan ketinggian Rasulullah SAW dihayati dan dimartabatkan, ada terdengar suara-suara sumbang yang menempelak majlis seperti ini kerana dikatakan mengandungi unsur ghuluw (pelampauan) dalam memuji Baginda SAW.

Setakat manakah kebenaran dakwaan mereka ini? Jika memuji Nabi SAW dikatakan boleh membawa kepada perbuatan menyamatarafkan kedudukan Baginda SAW dengan Allah SWT, bagaimanakah pula dengan pujian dan sanjungan tinggi menjulang yang diberikan kepada manusia-manusia lain yang jauh lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Muhammad?

Pada minggu lepas, kita telah membicarakan bahawa Baginda SAW juga adalah seorang insan ciptaan Allah, tetapi berbeza daripada manusia lain dengan dikurniakan pelbagai keistimewaan tertentu oleh Allah.

Justeru, memandang Baginda sebagai seorang manusia semestinya disertai dengan pandangan istimewa sesuai dengan kedudukan Baginda yang telah dimartabat dan dijulang oleh Allah dan bukannya menurut pandangan mereka yang terkesan dengan fahaman Jahiliah.

Jika kita tidak menyingkap ayat-ayat al-Quran dan hadis yang sarat membicarakan perkara ini pun, akal yang sejahtera sudah boleh menerima dan mudah untuk memahaminya.

Seseorang yang ditugaskan membawa suatu risalah yang agung daripada Tuhan Yang Maha Agung sudah tentu mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus bagi memastikan risalah agung itu dapat disampaikan dengan sempurna.
Salah faham makna ta’zhim dan ibadah

Masalah ini hanya terjadi apabila seseorang itu tidak dapat memahami dengan jelas tentang hakikat ta’zhim (mengagungkan atau membesarkan) dan hakikat ibadah (penyembahan).

Mereka juga tidak dapat membezakan antara dua kedudukan iaitu kedudukan Allah dan makhluk di mana setiap kedudukan mempunyai hak-haknya yang khusus.

Oleh itu, mereka mencampuradukkan di antara kedua-duanya dan menganggap apa jua bentuk ta’zhim yang dilakukan merupakan suatu penyembahan kepada yang diagungkan. Rentetan itu, perbuatan berdiri bagi menghormati orang yang mulia, mencium tangan, membesarkan Nabi Muhammad SAW dengan menyematkan gelaran Sayyid dan Maulana, berdiri di hadapan Nabi SAW ketika menziarahinya dengan adab-adab yang baik, penuh hormat dan merendah diri; semuanya dianggap ghuluw (berlebih-lebihan dan melampau) di sisi mereka, hingga membawa kepada penyembahan kepada selain Allah SWT.

Hakikatnya, anggapan seperti ini merupakan suatu kejahilan dan kesilapan, bahkan Allah dan Rasul-Nya tidak reda terhadapnya dan ia tidak sejalan dengan roh syariat Islam.

Sujud para malaikat kepada Nabi Adam

Kita sedia maklum, Nabi Adam as merupakan insan dan hamba Allah yang soleh dan pertama daripada jenis manusia. Allah SWT telah memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadanya sebagai memuliakan dan membesarkan ilmunya dan sebagai pemberitahuan kepada mereka, bahawa Allah telah memilih Adam as menjadi Nabi daripada sekalian makhluk-Nya. Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 61 hingga 62. Begitu juga dalam surah (Saad ayat 76 dan surah al-Hijr ayat 30 hingga 31.

Dari ayat-ayat ini kita melihat, para malaikat turut mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT, cuma Iblis bersikap takbur dan enggan sujud kepada makhluk yang diciptakan daripada tanah. Alasan yang dikemukakan, ia diciptakan daripada api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, sehingga ia enggan memuliakan Adam a.s dan tidak mahu sujud kepadanya.

Iblis adalah makhluk pertama yang bersikap takbur dan tidak mahu mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah SWT. Lantaran itu, ia diusir dan dihalau jauh daripada rahmat Allah kerana sikap sombong dan takbur terhadap hamba yang soleh.

Pada hakikatnya, sikap takbur iblis itu merupakan suatu kesombongan terhadap Allah kerana sujud itu sebenarnya kepada Allah; sebagai menurut perintah-Nya. Ini menjelaskan kepada kita perintah sujud tersebut adalah sebagai suatu penghormatan kepada Nabi Adam dan bukannya suatu penyembahan.

Hak-hak Rasulullah

Adapun hak Nabi SAW supaya diagungkan dan dimuliakan adalah sebagaimana perintah Allah SWT dalam al-Quran:

Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya kamu kuatkan agamanya dan memuliakannya. (al Fath: 8-9)

Dalam ayat lain, disebutkan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya. (al-Hujurat: 1)

Allah juga berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakap Nabi SAW. (al Hujurat: 2)

Dalam ayat yang lain pula disebut:

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur: 63)

Umat Islam dilarang mendahului Nabi Muhammad SAW dalam berkata-kata ketika berada di hadapan Baginda. Bahkan, mendahului percakapan Nabi SAW dianggap sebagai akhlak atau adab yang buruk.

Kita juga dilarang mendahului Baginda atau tergesa-gesa menghukum suatu perkara sebelum Baginda menentukan hukumannya, ataupun berfatwa tentang apa sahaja perkara; baik berkaitan dengan peperangan, mahupun hal-hal lain yang berkaitan dengan urusan agama kecuali dengan perintahnya. Kemudian Allah menasihatkan dan memperingatkan umat Islam agar tidak menyalahi perintah tersebut, sebagaimana menurut surah al-Hujurat ayat 1 tadi.

Al Sulami ra. berkata tentang maksud ayat ini, “Maksudnya adalah bertakwalah kamu kepada Allah dengan tidak meremehkan atau mengabaikan hak-hak Nabi Muhammad SAW dan mensia-siakan kehormatannya, kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala perkataan kamu dan Maha Mengetahui segala perbuatan kamu”.

Dalam ayat seterusnya, Allah SWT melarang umat Islam daripada meninggikan suara melebihi suara Nabi SAW dan mengeraskan suara kepada Baginda SAW seperti percakapan sesama rakan biasa. Menurut pendapat yang lain, maksudnya Allah SWT melarang umat Islam memanggil Baginda SAW seperti panggilan sesama mereka dengan menyebut namanya sahaja. Tetapi hendaklah mengagungkan, menghormati dan memanggil Baginda SAW dengan semulia-mulia panggilan; yang disukainya, seperti panggilan, “Wahai Rasulullah!” dan “Wahai Nabi Allah!”

Allah juga memperingatkan orang yang bersikap biadap terhadap Rasulullah SAW dengan ancaman akan dihapuskan amalan mereka jika mereka melakukan perbuatan yang tidak sopan terhadap Rasulullah SAW. Bahkan, Allah mencela mereka dengan menganggap mereka sebagai orang yang bodoh dan menyifatkan mereka sebagai orang yang tidak berakal.

Perintah dan peringatan Allah di atas ini jelas menunjukkan ketinggian Baginda SAW di sisi-Nya yang wajib kita muliakan dan besarkan sepanjang masa.

Tidak timbul dalam menyempurnakan hak dan adab terhadap Baginda SAW, soal penyembahan Nabi Muhammad SAW selagi seseorang itu mengetahui yang mana menjadi hak Allah dan yang mana menjadi hak Rasulullah SAW. Perbincangan selanjutnya akan menyusul minggu hadapan.

Posted: Mon, 15 Mar 2010 11:26:24 +0000
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

11 Jun 2010

Saat Rasulullah Sakaratulmaut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.



Written by PKPI Web Admin

10 Jun 2010

Dalil Jampi

1) Rasulullah s.a.w dirawat secara ruqyah oleh Jibril AS yang diutuskan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri RA:

حدثنا بشر بن هلال الصواف حدثنا عبدالوارث حدثنا عبدالعزيز بن صهيب عن أبي نضرة عن أبي سعيد أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيك ؟ فقال نعم قال باسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك باسم الله أرقيك.

Maksudnya:
Bahawa Jibril AS datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: “wahai Muhammad, adakah engkau sakit?. Jawab Nabi s.a.w: “ya”. Jibril mengucapkan (menjampi dengan ruqyah) dengan:
“Dengan nama Allah aku menjampi kamu daripada segala sesuatu yang menyakiti kamu, dari kejahatn setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku menjampi kamu.”(riwayat muslim)



2) Rasulullah s.a.w menentukan ruqyah yang dibenarkan dan memberi kebenaran kepada para sahabat yang berkemampuan untuk merawat. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Jabir RA:

حدثنا أبو كريب حدثنا أبو معاوية حدثنا الأعمش عن أبي سفيان عن جابر قال نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرقى فجاء آل عمرو بن حزم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا يا رسول الله إنه كانت عندنا رقية نرقي بها من العقرب وإنك نهيت عن الرقى قال فعرضوها عليه فقال ما أرى بأسا من استطاع منكم أن ينفع أخاه فلينفعه.

Maksudnya:
Rasulullah s.a.w melarang dari jampi menjampi. Maka datanglah keluarga Amr bin Hazm menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: “wahai Rasulullah di sisi kami mempunyai jampi yang boleh menjampi sengatan kala jengking, sedangkan engkau melarang kami daripada jampi menjampi.” Lalu mereka membacakan jampi tersebut kepada Nabi s.a.w (bagi mendapat kepastian). Maka sabda Nabi s.a.w: “aku lihat ia tidak mengapa. Sesiapa di antara kalian yang mampu untuk membantu saudaranya, maka hendaklah ia lakukan.(riwayat muslim)


3) Rasulullah s.a.w merestui pengubatan dengan ruqyah “al-fatihah” ke atas orang yang disengat kala jengking. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri RA:

حدثنا يحيى بن يحيى التميمي أخبرنا هشيم عن أبي بشر عن أبي المتوكل عن أبي سعيد الخدري أن ناسا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم كانوا في سفر فمروا بحي من أحياء العرب فاستضافوهم فلم يضيفوهم فقالوا لهم هل فيكم راق ؟ فإن سيد الحي لديغ أو مصاب فقال رجل منهم نعم فأتاه فرقاه بفاتحة الكتاب فبرأ الرجل فأعطي قطيعا من غنم فأبى أن يقبلها وقال حتى أذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فأتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له فقال يا رسول الله والله ما رقيت إلا بفاتحة الكتاب فتبسم وقال وما أدراك أنها رقية ؟ ثم قال خذوا منهم واضربوا لي بسهم معكم.

Maksudnya:
Sesungguhnya beberapa orang di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w sedang berjalan di dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku dapat satu bahagian bersama kamu.”(riwayat muslim)


Dalil ‘Ain
4) Rasulullah s.a.w memberi panduan dalam merawat pesakit yang terkena al-‘Ain menggunakan lebihan wuduk atau basuhan orang yang menjadi punca penyakit tersebut. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA:

وحدثنا عبدالله بن عبدالرحمن الدارمي وحجاج بن الشاعر وأحمد بن خراش ( قال عبدالله أخبرنا وقال الآخران حدثنا ) مسلم بن إبراهيم وقال حدثنا وهيب عن ابن طاوس عن أبيه عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال العين حق ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين وإذا استغسلتم فاغسلوا.

Maksudnya:
Penyakit ‘Ain (disebabkan pandangan mata dengan niat jahat dan penuh hasad) itu adalah benar, jika seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir maka nescaya penyakit angkara ‘Ain ini yang mendahuluinya, jika kamu (orang yang menjadi punca penyakit) diminta untuk mandi (bertujuan untuk merawat pesakit yang terkena al-‘Ain), maka segeralah mandi.(riwayat muslim)

Doakan kejayaan kita bersama...Semoga Allah permudahkan urusan kita,,Amin

Monday, April 12, 2010 at 8:36pm

Ingatlah kamu Akan Mati

Jibril pernah mengingatkan Nabi SAW dgn wasiatnya yang bermaksud:

"Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki..
TETAPI ingatlah kamu akan MATI..

Dan CINTAIlah sesiapa yang engkau kehendaki..
Tpi ingat engkau akan berpisah degannya..

Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki..
tpi AWAS kamu akan dibalas atas apa yang dibuat itu..

Dan ketahuilah bahwasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiayamulainya
Dan kehebatanya bila dia tidak bergantung pada orang lain...

(hadis riwyaat al-Hakim dan Abu Naim)

Sebar2kan....Selamat beramal...

Tuesday, May 18, 2010 at 12:58am

Keunggulan Rasulullah S.A.W.

1.Rasulullah tidak mempunyai bayang2. Ia menunjukkan, tiada sesiapa yg boleh menyerupai Rasulullah, atau menyamai Rasulullah, kerana RASULULLAH HANYA SATU SAHAJA ATAS DUNIA INI,

2.Rasulullah, yg air kencingnya tidak pernah ZAHIR atas muka bumi ini. Apoabila nabi membuang air kecil, air kecil tadi hilang dari pandangan mata.

3. Rasulullah, tidak pernah dihinggapi LALAT ke atas batang tubuhnya. Lalat tidak pernah menyentuh tubuh nabi, atau berkeliaran kawasan sekitar nabi..

4. Tidak pernah bermimpi, sehinggakan keluar air mani. Rasulullah tidak bermimpi benda2 yg kotor, atau keji, Hanya bermimpi yg baik2, dan mimpi petunjuk dari Allah.

5.Tidak pernah menguap seumur hidup.. nabi tidak pernah mengantuk, kalau nabi nak tidur , dia akan tidur, tapi mengantuk tidak sama sekali...

6. Haiwan dan binatang tidak pernah lari dari Rasulullah, termasuk binatang buas, bahkan
memuliakannya.

7.Rasulullah lahir dalam keadaan sudah siap berkhitan.. seci daripada kekotoran..

8.Rasulullah, pada zahirnya, tidur pada matanya, tapi Hatinya tidak pernah tidur.. hati Rasulullah ketika tidur, bersama dgn allah, dan sentiasa mengingati Allah.

9. Rasulullah boleh melihat dari belakang sepereti mana dia melihat dihadapan. Pernah seorang sahabat, hendak memberi salam kepada nabi, dari arah belakang dgn tujuan nak dapat manfaat pahala memberi salam, akan tetapi Rasulullah terlebih dahulu memberi salam kpd sahabat nya.

10. Rasulullah, apabila duduk bersama sahabat2nya, 2 bahu nabi, lebih tinggi daripada mereka... menunjukkan ketinggian dan kemuliaan nabi diantara manusia lain.

by Haikalsr Azlan (notes) Sunday, May 30, 2010 at 4:35pm

6 Jun 2010

Jangan Hanya Bisa Menuntut

"Ingatlah wahai istriku, surgamu berada di bawah telapak kakiku….!!, kamu harus taat kepadaku…!!!"

Demikianlah ucapan yang mungkin terlontarkan dari mulut seorang suami yang menuntut istrinya agar menjadi seorang istri yang sholehah dan selalu nurut kepadanya. Ucapan yang dilontarkan suami tersebut adalah perkataan yang benar. Bukankah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

“Kalau seandainya aku (boleh) memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain maka akan aku perintahkan seorang wanita untuk sujud kepada suaminya” (HR AT-Thirmidzi no 1159, Ibnu Majah no 1853 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (Lihat As-Shahihah no 3366))

Pernah ada seorang wanita yang datang menemui Nabi karena ada suatu keperluan, lantas Nabi berkata kepada wanita tersebut,

 هذه أذات بعل ؟
"Apakah engkau bersuami?",

Wanita itu menjawab, "Iya".

Lantas Nabi bertanya lagi,

 كيف أنت له ؟
"Bagaimana sikap engkau terhadap suamimu?,

Wanita itu berkata, ما آلوه إلا ما عجزت عنه

"Aku berusaha keras untuk melayani dan taat kepadanya, kecuali pada perkara yang tidak aku mampui".

Nabi berkata, فانظري أين أنت منه ؟ فإنما هو جنتك ونارك

"Lihatlah bagaimana engkau di sisinya, sesungguhnya suamimu itu surgamu dan nerakamu"

(Hadits ini dishahihkan oleh Al-Hakim dan Al-Albani)

baca selengkapnya di http://www.firanda.com/index.php/artikel/26-keluarga/18-jangan-hanya-bisa-menunutut

Kisah Rasulullah S.A.W.

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
    perlu menyuruh isterinya.. Beliau juga memerah susu
    kambing untuk keperluan
    keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
    tiada makanan yang sudah siap
    di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
    menyinsing lengan bajunya
    untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
    'Aisyah menceritakan 'Kalau
    Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
    urusan rumahtangga.
 
 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
     berangkat ke masjid, dan
     cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..
    Tentulah baginda teramat lapar
    waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
    ada untuk sarapan. Yang
    mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
    belum ke pasar.
    Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
    Khumaira?' (Khumaira adalah
    panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
    bererti 'Wahai yang
    kemerah-merahan' )
    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
    ada apa-apa wahai
    Rasulullah.'
    Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
    saja hari
    ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
    melihat seorang suami sedang
    memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
    engkau memukul isterimu?'
    Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
    'Isteriku sangat keras
    kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
    aku pukul lah dia.'
    'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
    'Aku menanyakan mengapa
    engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
    anak-anakmu? '

6)Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
   adalah yang paling baik,kasih
   dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
   sabar dan tawadhuknya
   baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
   tidak sedikitpun menjejaskan
   kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7)Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
   Dilihat oleh para
   sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
   satu rukun yang lain amat
   sukar sekali.
   Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
   sendi-sendi
   pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
   satu sama lain. Sayidina
   Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
   langsung bertanya setelah
   selesai bersembahyang,

   'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
  menanggung penderitaan yang
  amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
  'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

  'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
  menggerakkan tubuh, kami
  mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
  tuan? Kami yakin engkau
  sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
  sahabat amat terkejut. Perut
  baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
  kain yang berisi batu
  kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
  Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
  bunyi-bunyi halus setiap kali
  bergeraknya tubuh baginda.

  'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
  dan tidak punya makanan
  kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
  Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
  sahabatku Aku tahu, apa
  pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
  apakah akan aku jawab di
  hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
  menjadi beban kepada
  umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
  sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
  tidak ada yang kelaparan di
  dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
  Akhirat kelak.'

8)Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
   makan di sebelah seorang
   tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9)Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
   direntap dengan kasar oleh
   seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
   lehernya. Dan dengan penuh rasa
   kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
   si Badwi di dalam masjid
   sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

 10)Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
      dan rasa kehambaan yang
      sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
      sama sekali rasa ke tuanan.

 11)Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
      langsung tidak dijadikan
      sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
      di depan ramai mahupun
      dalam keseorangan.

 12)Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
       untuk baginda, baginda
       masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
       terus-menerus beribadah
       hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
       sudah bengkak-bengkak.

 13)Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
       kemahuan jiwanya yang
       tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
       Rasulullah, bukankah
       engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
       bersusah payah begini?'
       Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
       aku ini hanyalah seorang
       hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
       yang bersyukur.'


 Rasulullah s. a. w. bersabda,
'SAMPAIKAN LAH PESANKU
 WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Kenali Rasulullah S.A.W.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
  Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
  Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
  perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
  Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

  USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
  untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

  USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
  (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

  USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

  USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
  perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
  (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
  pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
  itu.

  USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
   jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
   14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
   berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

  USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
  binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
  meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

  USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
  Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
  batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
  akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
  Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
  Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda)..

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
   terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah..
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
   marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
  di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
   pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
   bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
  dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
   lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
   dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
   putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
   sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
   baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

26 Mei 2010

Rasulullah Menangis Mengenang Kaum Yang Disiksa

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama-sama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah, maka kami temui Nabi sedang menangis. Kami bertanya kepada Nabi s.a.w.:
Ertinya,“Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab: “Pada malam aku diisrakkan ke langit, aku melihat orang-orang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”. Saya bertanya lagi: “Wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?” Nabi bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dengan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dilepas dari punggungnya, sedangkan aspal mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawahnya nampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita-wanita yang memotang badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai), yang mendapat berjuta macam seksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kalajengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan Malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.”
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata:”Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu?”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai Fatima, adapun tentang:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak menjaga rambutnya(tidak ditutup) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya,kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.
Kemudian Nasi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanitapun yang medan semua manusia.” *
Diriwayatkan pula bahawa Utsman r.a. berkata: ”Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya,”Tidak seorang wanita pun yang mengatakan pada suaminya: “Saya belum pernah melihat kebaikanmu”, kecuali Allah akan menghapuskan amal kebaikannya , selama tujuh puluh tahun, sekalipun dia berpuasa disiang hari dan mengerjakan solat dimalam hari.”(Al Hadith)
____________
*) Al Hadith. Disahihkan oleh para perawi hadith kecuali oleh Bukhari dan Muslim.
3. Adapun wanita yang digantung dengan payudaranya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu,kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajibdari haid dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita-wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perjisannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kalajengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun yang kepalanya seperti kapala babi dan badannya seperti keldai (himar), kerana dia suka mengadu domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


sumber: Duratun Nasihin-Mutiara Mubaligh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...