Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

16 Oktober 2010

Janji Allah

" يَوْمَئِذٍ ءَامِنُونَ مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ خَيْرٌۭ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍۢ

 Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia
memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu
adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat
pada hari itu." (QS. AN NAML:89)

Tatkala dunia memberi seribu alasan untuk kita menangis...,
tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk tersenyum ...,
ketika dunia memberi 1000 alasan untuk kita mengeluh...,
tunjukkanlah bahwa kita punya 1 juta alasan untuk brsyukur...,...
ketika dunia memberi seribu alasan untuk kita menyerah...,
tunjukkanlah 1 juta janji Allah bahwa kita akan berjaya....
ikhwah fillah..!

Dunia ini terlalu hina untuk membuat kita menangis...,
terlalu murah untuk membuat kita bersedih...,
terlalu lemah untuk membuat prajurit Allah putus asa....

Memang Allah tdk menjanjikan Langit slalu Biru...,
Bunga slalu mekar....
tp janji Alloh pada mukmin itu tetap.
jannahNya..


Ahmad Tukiran Maulana Full October 10 at 9:50am

25 Ogos 2010

KITA UMPAMA PINGGAN.................


Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

Semoga bermanfaat...
 
by Aziran Mat Nor

7 petanda kebahagiaan dunia....

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin

soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

24 Ogos 2010

Lima Perkara dari Lima Waktu


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barang siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
 
 
sumber:Yusri BenDahl

19 Ogos 2010

Buat Saudara Seislamku

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini,

di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”
”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."
"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak

karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam

tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...


Wallahu wa'lam...

7 Julai 2010

Wanita Penghuni Neraka

Tazkirah untuk para ISTERI......


Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika israk mikraj SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)


Renungkanlah wahai para isteri...

Terima kaseh.

dari artikal Syaheedullah Yahya

2 Julai 2010

Ruang-Ruang Syaitan


Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu),
(6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan di manakah ruang-ruang yang syaitan boleh masuk pada diri setiap insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.


1. SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”

-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-



2. SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

-Hadis sahih Bukhari dan Muslim-



3. SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP

“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”

-Hadis sahih Muslim-



4. SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”

-Hadis riwayat Ahmad-



5. MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

-Hadis sahih Bukhari-

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki atau menghina walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang.



6. SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”

-Hadis sahih Muslim-

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan untuk membaca surah al-Baqarah beramai2.



7. SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada konco2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”

-Hadis Muslim-



8. MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

“ Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”

-Hadis Muslim-



9. SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”

-Hadis Muslim-



10. MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN


Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:

“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

Dia menjawab “Tidak”

Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”

Hadis Ahmad


11. SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud

Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai Tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hamba-Mu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”

Hadis riwayat Ahmad

30 Jun 2010

Roh Yang Hidup



Seseorang hamba Allah yg beriman juga dia akan bertanggungjawab dgn ilmunya. Ia bukan sekadar mempelajari dan memahami ilmu tersebut,malah di amalkan. Tidak dijadikan ilmunya sebagai 'pekasam' yg akhirnya akan mereputkan seluruh tulang-belulang dan seterusnya menjadi busuk. Ia tidak menunggu ilmunya sehingga digelar profesor atau tuan guru. Walaupun ilmu itu, sekadar sebaris ayat Al-Quran atau sepotong hadis ringkas, diamalkannya. Hati insan begini,sentiasa hidup. Hati yg ikhlas dan hidup tidak akan nyenyak tidur, tidak akan berselera utk makan dan tidak akan ceria di kelilingi anak isteri. Hati itu, akan sentiasa memikirkan ttg amanah Allah. Amanah dlm menentukan hukum dan syariat Allah mengatasi segala2nya di atas muka bumi ini. Di anggap ini sebagai tanggungjawabnya. Hati ini akan takut dan bimbang, bimbang kalau2 malaikat maut lebih awal menjemputnya ke alam barzakh.

Setelah itu, akan menemui Allah di Padang Mahsyar. Mungkin dia akan lulus segala pertanyaan dari Allah. Tetapi, dia sendiri masih mencari2 jawapan. Apakah jawapannya kelak, sekiranya Allah bertanya ttg tanggungjawabnya terhadap amanah yg diberikan selama hidupnya di dunia dahulu. Apakah yg telah dilakukan utk memastikan hukum dan syariat Allah itu, tertegak di bumi yg dipijak. Apakah jawapannya kelak,andainya Allah bertanyakan ttg fenomena yg dibentangkan di hadapan matanya. Fenomena yg menghina dan mencabar maruah umat Islam di mana2 sahaja. Apakah yg telah dia lakukan utk menyelamatkan gadis atau ibu2 muda Islam yg diperkosa oleh tentera kuffar di Bosnia, Kosovo, di Acheh, di Kashmir, di Ambon, di Mesir, di Algeria, di Turki, di India, di kemboja dan sebagainya. Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan ribuan gadis Islam yg di lacurkan utk kepuasan nafsu Barat. Apakah yg telah dilakukan utk mengisi perut2 umat Islam yg kebuluran di Libya, di Iraq, di Sudan, di Pakistan, di Afghanistan, di Indonesia dan seumpamanya, semata2 di khianati oleh Barat yg di dalangi Amerika.

Apakah yg telah dibuat utk membebaskan Masjidil Aqsa dari kekuasaan Yahudi Laknatullah di Palestine. Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan Masjid Babri di India.Apakah yg telah dilakukan utk menyelamatkan aqidah umat Islam seperti Kartina di Perak dan Aisyah dari johor. Haruskah dia menjawab kpd segala persoalan itu, bahawa dia telah berusaha dgn menyertai parti, pertubuhan, gerakan, badan kebajikan, badan sosial yg diterajui oleh umat Islam. Cukupkah dgn jawapannya bahawa dia berada di dalam sebuah negara yg masyarakatnya berbagai kaum, masyarakat majmuk. Sukar utk melaksanakan tuntutan Allah, kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan. Hati mereka perlu dijaga, agar mereka tidak pandang serong pada Islam. Mereka perlu difahamkan dalam waktu yg lama. Perancangan utk menerangkan pada mereka sedang disusun.

Apakah kelak dia akan berkata pada Allah, bahawa dia telah merancang satu program yg panjang utk memahami seluruh ummah. Memahamkan seluruh kaum yg bukan Islam, setelah itu, baru hukum dan syariat Allah akan dilaksanakan. Dia buat begitu,kerana ingin menjaga keamanan, dia tidak mahu wujudkan ketegangan sesama ummah, sesama kaum lain. Biarlah dia bertolak ansur terlebih dahulu. Pada dia, seruan dan tindakan begitu lebih hikmah, kerana tidak berlaku perpecahan, tidak berlaku pertumpahan darah. Lagipun, Islam tidak menggalakkan perpecahan, Islam tidak galakkan peperangan. Maka, dia pilih jalan sekarang, jalan mencari kemenangan melalui perjuangan yg lebih berhikmah, lebih bijaksana. Kemenangan Islam itu, makan masa yg panjang.

Apakah perlu dia berkata pada Allah, selama ini dia telah lama merancang. Membuat berbagai program dan agenda aktiviti bagi mencapai kemenangan Islam. Tetapi hasratnya tidak sampai, kerana Allah lebih awal menjemputnya ke alam barzakh. Patutkah kelak dia berkata kpd Allah, bahawa Allah telah berlaku zalim padanya, kerana lebih awal mematikan jasadnya, sebelum dia meneruskan perancangan ke arah mewujudkan syariat Allah di muka bumi ini. Munasabahkah dia menyalahkan Allah dalam hal ini. Allah berlaku adil padanya, kerana tidak memberi masa yg panjang utknya melaksanakan tugas sewaktu dia hidup dahulu. Apakah Allah akan redha dgn segala alasan dari jawapannya kelak.



by:Kekanda Qazwin

27 Jun 2010

Enam Perkara Yang Merusak

Dzun Nun Al-Mishri berfatwa, "Kerusakan masuk pada makhluk melalui Enam perkara.

Pertama: lemahnya niat untuk berbuat amal akherat.

Kedua : badan yang dijadikan jaminan untuk nafsunya.

Ketiga : angan-angan yang panjang yang menguasai dirinya, padahal ajal sangat dekat.

Keempat: lebih mengutamakan keridhoan makhluk daripada keridhoan Allah.

Kelima : mengikuti kemauan hawa nafsu dan meninggalkan sunah Nabinya dengan
diletakan di belakang punggunya.

Keenam : menjadikan ketergelinciran lidah sebagai argumen membela dirinya dan pada
sisi lain mengubur sebagian besar perilakunya".

Jangan Jadikan Ianya Sia-Sia

Ketika Facebook telah marak ditengah masyarakat, dimana media ini banyak sekali digunakan untuk hal-hal yang sia-sia, termasuk dalam memposting status, jarang sekali ada status yang benar-benar penting sehingga bisa bernilai ilmu dan ibadah, tetapi yang lebih banyak dijumpai adalah posting status yang omong kosong tiada gunanya, misal; gosip, sekedar bergurau, dsb, sungguh sangat memprihatinkan dikalangan para pemuda hampir setiap harinya menghabiskan waktunya hanya untuk bersenda gurau dan bermain-main belaka di media ini.

 Bahkan yang lebih gilanya lagi adalah adanya status yang isinya malah hanya sekedar keluh kesah,, dan yang lebih herannya, banyak dijumpai status yang menimbulkan datangnya komen-komen nakal. Mau jadi apa para penerus perjuangan Rosul SAW ini, jika hanya duduk manis didepan media syaithon yang seakan-akan menghipnotis mereka dengan berbagai kecanggihannya yang ada pada masa kini.

Seperti inikah para generasi muda yang mendambakan surga….??

Sungguh waktu luang mereka telah banyak terbuang sia-sia, waktu dimana seharusnya mereka bisa gunakan untuk berdakwah, memberikan inspirasi, dan menghasilkan berbagai karya untuk merubah peradaban dunia, tetapi malah justru habis hanya untuk sesuatu perbuatan yang kosong nilainya…,,,
Kemanakah jati diri mereka sebagai seorang muslim sejati pejuang dan penegak Syariat Alloh…??

Rosul SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang kebanyakan orang terlupa darinya yaitu kesehatan dan waktu luang”. (HR. Al Bukhori)

Ini adalah peringatan Rosul bagi siapa saja yang suka menyia-nyiakan waktu, mau jawab apa kita ini nanti jika maut telah datang menjemput, tapi kita dalam keadaan sedang melalaikan perintah Alloh SWT. Bagaimana wajah kita nanti diakhirat…..??
Sesungguhnya telah ada keterangan nyata bagi anda….

Alloh SWT berfirman;

“Dan orang-orang yang membangkang kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(QS. Al Mulk:6)

“Apabila mereka dilemparkan kedalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara.”
(QS. Al Mulk:7)

“Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah, setiap kali dilemparkan kedalamnya sekumpulan(orang-orang yang membangkang), penjaga-penjaga(neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kalian (didunia) seorang pemberi peringatan…??”
(QS. Al Mulk:8)

“Mereka menjawab: “benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, tetapi kami mendustakan(nya), dan kami katakan: “Alloh tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah didalam kesesatan yang besar.”
(QS. Al Mulk: 9)

“Dan mereka(orang-orang yang membangkang) berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu) niscaya kami tidaklah termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 10)

“Mereka mengakui dosa mereka, maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 11)

Semoga ini bisa menjadi bahan renungan bagi diri kita masing-masing……….!!!

tolong disebarkan jika ingin pahala yang berlipat.....’(^_^)’

Wallohu a’lam bi asshowab….

-GRI (Gerakan Remaja Islam)- Hafinas Adamtiara June 23 at 6:28pm  Reply Assalamualaikum wr. wb

24 Jun 2010

No body's Perfect

SHARING IS LOVING - "No body's Perfect!"

PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI KHUSUSNYA DAN AMNYA PADA KAWAN2 YANG DISAYANGI SEMUA...MARILAH KITA BACA DAN CUMA BAIKI DIRI YA KAWAN2..AMIN

Jangan mensia-siakan siapapun yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang ada sekarang.


Kalau kita mau mencari kesempurnaan,cermin dahulu diri kita, apakah sudah sempurna di mata orang lain?.


Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan cuba jinakkan wanita dengan harta,karena nanti mereka semakin liar.

Jangan menghibur wanita dengan kecantikan mereka,karena nantinya mereka yang semakin menderita tetapi Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal…karena di situlah puncak kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya,tebalkan ia dengan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat
.
Hati wanita serapuh kaca,kuatkanlah dengan iman.

Wanita berasal dari tulang rusuk yang bengkok, tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan bisa lurus.
Bila wanita durhaka,dunia lelaki akan huru-hara.

Lelaki pula janganlah terlalu mengharapkan ketaatan…tetapi binalah kepemimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri sendiri kepada-Nya.

Jinakkan diri kepada Allah,niscaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya.
wassalam....

Adakah Aku termasuk Dlm Golongan Perencat Kemenangan Islam

ADAKAH AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN PERENCAT KEMENANGAN ISLAM?

Setelah aku sampai ke rumah, bagi menghilangkan kepenatan baru pulang dari sekolah lamaku, mataku memandang sebuah buku‘ 50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh & Cerita Disebaliknya’ karangan Ustaz Mohd Dzuklhairi, Mantan Presiden GAMIS. Lalu aku membuka setiap helaian kertas bagi mengingati fakta-fakta penting. Lalu hatiku berbicara & mindaku berfikir tatkala aku membaca bab Menakluk Iwan Khusraw:

“Tentera dibawah pimpinan Amru Al-As mengambil masa agak lama untuk menawan Mesir disebabkan kesalahan kecil tidak membetulkan saff dalam solat dengan sempurna”

“ Sultan Muhammad Al-Fateh mengalami kesukaran menawan Kota Konstantinople dek tentera Islam yang baru memeluk Islam meminum arak tetapi sudah dimaafkan”

Aku terus menyoal diriku:
”Kalaulah perkara sekecil membetulkan saff memberi impak yang besar dalam memenangkan Islam, bagaimana dosaku dan kemaksiatan yang aku lakukan sehari-hari mampu memberi kemenangan kepada Islam?

“ Hubungan aku dengan Allah amat jauh, anggotaku tidak ku jaga, hatiku yang lalai, sifat mazmumah manjadi amalanku, memang betul Islam tak akan menang kalu ada orang macam aku”

Aku berfikir sejenak merenung ke dalam diri dan aku bertanya:

“Adakah aku termasuk dalam golongan perencat kepada kemenangan Islam & tersebarnya dakwah Nabi Muhammad? Adakah aku menjadi hijab turunnya pertolongan Allah?”

“ Ya Allah, hinanya diri hamba ini, mengaku beriman kepada Mu namun amalanku sungguh jauh menyeleweng, aku ditipu dengan janjiku padaMu, aku rasakan aku dah terselamat tatkala mewaqafkan diri di jalanMu namun aku sedar bahawa diriku masih jauh dariMu”


MAKSIAT ITU HIJAB

Islam terhijab dengan sikap Muslim, Kemenangan Islam juga terhijab dengan kemaksiatan Muslim. Kebenaran Islam diselubungi dengan kekotoran penganutnya sendiri. Lahirnya golongan Muslim dalam konteks buih di lautan mencemarkan nama baik Islam.

Islam bukan agama spiritual semata-mata tapi merangkumi segala aspek kehidupan. Seorang Muslim bertindak zalim mengambil Islam separuh dan meninggalkan selebihnya. Kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam sendiri memberi impak yang besar kepada golongan Non-Muslim. Pada pandangan mereka, Muslim itulah gambaran sebenar Islam.

Dalam jalan dakwah, seorang Da’I merupakan ikon dan qudwah mencerminkan Islam. Keikhlasan dan ketinggian akhlak para daie menambat hati mad’u. Lisanul Hal Afsahu Min Lisan Maqal (Qudwah yang terpuji lebih berkesan daripada kata-kata yang baik ).

Saidina Umar Al-Khattab (RA) berkata:

“ Sesungguhnya orang-orang Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini, nescaya orang-orang Islam tidak akan mempunyai kekuatan kerana bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama sahaja dengan musuh Islam dari segi melakukan maksiat, musuh Islam mempunyai kekuatan yang lebih ke atas orang Islam”

Kekuatan iman sumber kekuatan bagi umat Islam. Abbas As-Saisi, anak didik As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut dalam bukunya “Jalan Menuju Hati”: Ruh ibadat medium penting dalam menambat hati mad’u. HablumminaAllah mampu menambat kasih sayang sesama manusia. Rabiatul Adawiah mampu menggetarkan dan menakutkan hati perompak dengan kekuatan hubungannya dengan Allah.

Mujahidah Zainab Al-Ghazali dalam Penjara Rejim Mesir berkata kepada Shams Badran:

“ Kemenangan kamu kerana pukulan tongkat-tongkat dan pelbagai penyeksaan kamu terhadap kami. Tetapi itu hanyalah sangkaaan kamu belaka. Kamu sebenarnya takut kepada kami. Kenapa? Kerana sesungguhnya kami daripada golongan yang diredhai Allah s.w.t. Kami menang dan mengalahkan kamu kerana kami sentiasa kaya dengan pertolongan Allah, kuat dengan bantuan Allah, bertawakal kepadaNya, berjuang, berperang dan berjihad. Kami akan kalah kalau kami tinggalkan akidah kami dan kewajipan berjihad untuk mengibarkan bendera Tauhid dan meninggikan kalimah Allah”


SIAPAKAH GOLONGAN YANG MENANG ?

Mereka ialah orang-orang mukmin. Surah At-Taubah ayat 112 menjelaskan ciri-ciri mereka yang beriman.

“(Mereka itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan, serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang beriman (yang bersifat demikian)”

Orang beriman ialah orang sentiasa charge imannya dan bertaubat kepada Allah. Mereka menyesali dosa dan merasakan berat dalam melakukan kemaksiatan. Hatinya sentiasa diliputi perasaan kegerunan dan merasai bernajis yang melekat di diri mereka.

Hidup orang mukmin juga sentiasa beribadat dan menghambakan diri kepada Allah. Mereka merasai sifat kehambaan dikala senang maupun susah. ‘Rasa bertuhan’ meresapi jiwa dalam setiap gerak geri. Bagi mereka, setiap saat dalam menghambakan diri kepadaNya.

Zikrullah dilafaz sebagai muhasabah diri, Al-Quran dibaca buat pengubat jiwa, Tasbih membilang rindu kepada Ilahi, Sejadah medan mendekati diri. Hidup orang mukmin sentiasa memuji kebesaran Allah s.w.t.

Hidup orang mukmin sentiasa mengembara untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam. Mereka mengerti erti kata Imam As-Syafie: “Apabila anak muda menjadi pemimpin, maka akan kontang dan keringlah ilmu”. Mengembara mencari ilmu bererti mengembara mencari jalan ke syurga. Mereka bukan sekadar faqih dalam ilmu bahkan seorang murabbi dan da’i dalam menyebarkan Islam. Mereka melihat, merenung dan mentafsir kejadian alam semesta dalam mencari ibrah tersirat buat pedoman umat manusia.

Orang mukmin sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran. Ruku’ dan sujud sebagai satu riadhah rutin hariaan. Solat-solat sunat sebagai pencantik ibadat fardhu. Aduh! Betapa indahnya hidup dalam manisnya beribadah.

Tugas dakwah tugas orang beriman. Menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kemungkaran sentiasa menjadi prinsip hidup. Hati mereka tidak senang melihat kemungkaran didepan mata. Macamana dengan diri kita?



Salam muhasabah. Wallahua’alam.

________________________________
Dipetik Dari:
ADAKAH AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN PERENCAT KEMENANGAN ISLAM?
http://mujahidmuda90.blogspot.com/2010/05/adakah-aku-termasuk-dalam-golongan.html

23 Jun 2010

Teguran Buat Wanita

"Wanita. Cuba anda fikirkan semula. Anda selalu katakan diri anda tidak dihargai. Anda sering menyalahkan kaum Adam (lelaki) jika terjadi sesuatu yang buruk pada anda, seperti dirogol, dicabul, ditinggalkan, dianiaya. Cuba anda fikirkan sejenak. Kenapa anda perlu menyalahkan mereka 100%. Cuba anda tengok pakaian apa yang anda pakai?. Cuba anda tengok, seberapa kuatnya minyak wangi yang anda pakai?. Cuba anda tengok, seberapa pekatnya mackup anda?."

"Wanita. Tidakkah Al-Quran dan As-Sunnah telah meletakkan garis panduan dan undang-undang terhadapmu?. Antara undang-undangnya ialah melabuhkan pakaian menutupi badan, Haram bercouple (berpasangan) dan lain-lain. Tetapi anda yang ENGGAN dan MALAS melaksanakannya. Jadi. Salahkan diri anda!. Jangan lekas menuding pada pihak lain!. Maaf sangat-sangat bagi mereka yang terasa. Tetapi inilah hakikatnya. Inilah realitinya. Anda perbodohkan diri anda. Saya jamin sejuta peratus bahawa anda akan terpelihara dan dihormati sekiranya anda melaksanakan SEMUA HUKUM ALLAH dan TETAP ISTIQOMAH!. Wallahualam..."

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

-Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

-Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

-Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

-Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi
KUFUR .

-Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan
SEDEKAH .

-Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa
keperluan DUNIA .

-Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan
SEMASA .

-Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

-Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa
BERIBADAH

-Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

-Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

-Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA
KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

• Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
• Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya...

22 Jun 2010

Pesanan Utk Lelaki & Peringatan Utk Wanita

Maasyiral Muslimin wa zumratal mukminin rahimakumullah

Assalammualaikum wrm wbt.
Pesanan Untuk Lelaki dan Peringatan Untuk Wanita

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

p/s: Semoga Lelaki dijauhi daripada golongan wanita di atas, dan Wanita pula dapat menjadikan pengajaran supaya tidak termasuk dalam golongan yang di atas. Wallahua'lam.

21 Jun 2010

15 Bala Akhir Zaman



عن علي بن أبي طالب كرم الله وجهة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء : قيل و ما هن يا رسول الله : قال إذا كان :

المَغنمُ دوَلاً , و الأمانةُ مَغنماً , والزكاةُ مَغرماً , و أطاعَ الرجُلُ زوجتَهُ , و عَقَّ أُمَّهُ , و بَرَّ صديقَه , و جَفا أباه , و ارتفعتْ الأصواتُ في المساجد , و كان زعيمُ القومِ اَرْذَلَهُمْ , و أُكرمَ الرَجُلُ مخافةَ شَرّه , وشربت الخمور , و لبس الحرير , و اتخذت القينات , و المعازف , و لعن آخر هذه الأمة أولَها فليرتقبوا عندك ذلك ريحا حمراء أو خسْفاً أو مسْخاً .
رواه إمام الترمذي

Dari Saidina A’li bin Abi Talib Karramallahuwajhah : Rasulullah saw telah bersabda :
Apabila ummatku melakukan 15 perkara ini maka layaklah ke atasnya bala bencana ( musibah ).

Lalu sahabat bertanya: Apakah 15 perkara itu ya Rasulullah?
Rasulullah saw. menjawab: Apabila berlaku.

01) Harta khazanah kekayaan negara hanya berlegar dikalangan orang- orang tertentu.
02) Amanah menjadi batu loncatan untuk mengumpul kekayaan.
03) Zakat dianggap sebagai hutang yang menyusahkan mereka.
04) Lelaki tunduk kepada isterinya.
05) Derhaka kepada ibunya.
06) Sedang ia terlalu menurut kemahuan kawannya.
07) Sering menjauhi bapanya.
08) Meninggikan suara ( bising ) di dalam Masjid.
09) Pemimpin yang dilantik adalah yang paling hina ( jahat ) dikalangan mereka.
10) Dimuliakan seseorang ( bukan kerana mulia tetapi ) kerana takut akan
      kejahatannya.
11) Meminum Khamar ( arak ).
12) ( Lelaki ) memakai sutera.
13) Menyanjung para artis ( penyanyi ).
14) ( Menyanjung para artis ) pemuzik.
15) Dan mengutuk golongan ( ummat/ulama’ )terdahulu.

Maka layaklah mereka ditimpa Angin Ahmar ( yang melumpuhkan ) atau gempa bumi ( yang menghancurkan ) atau mereka ditukar wajah menjadi makhluk lain ( beruk atau lainnya ).

ٍSunan at - Tarmizi .
Jilid 4 / Muka surat 494 . Cetakan Dar Ihya at Turath Beirut

4 Perkara Tersirat



****************************

Yang Tersirat di Sebalik 4

 4 alamat orang cerdik
  1. Berani menempuh bahaya
  2. Pandai bermanis muka dengan musuh
  3. Pandai melihat kesempatan
  4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
  1. Meninggalkan maki
  2. Menjauhi menyakiti hati orang
  3. Lekas memberi ampun
  4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
  1. Cinta pada ilmu
  2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
  3. Bagus jawabnya
  4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
  1. Membuka rahsia
  2. Pendendam
  3. Penggunjing
  4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
  1. Muka jernih
  2. Sudi menolong
  3. Sudi menghindarkan selisih
  4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
  1. Benar perbicaraannya
  2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
  3. Baik budinya
  4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
  1. Ilmu dengan larangan
  2. Agama dengan taqwa
  3. Amal dengan niat
  4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
  1. Teguh menjaga kehormatan
  2. Redha menerima sedikit
  3. Berbuat kebaikan setiap hari
  4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
  1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
  2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
  3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
  4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

 "REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

 * WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
 * WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
 * WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
 * WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
 * WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

6 Perkara Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang
lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua
hari

20 Jun 2010

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia


*-*-*-*-*-*

Assalamualaikum...

Bukan sekadar renungan...

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah
amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,
Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat
jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah... Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu..

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam. com
oleh: aisyahhumaira
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...