Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan

27 Jun 2010

Perkataan Emas 4 Imam madzhab

Kiranya sangat bermanfaat untuk disajikan di sini sedikit atau sebagian perkataan mereka, dengan harapan, semoga di dalamnya terdapat pelajaran dan peringatan bagi orang yang mengikuti mereka, bahkan bagi orang yang mengikuti selain mereka yang lebih rendah derajatnya dari taqlid buta, dan bagi orang yang berpegang teguh kepada madzab-madzab dan perkataan-perkataan mereka, sebagaimana kalau madzab-madzab dan perkataan-perkataan itu turun dari langit. Allah Subhanahu Wa Taala, berfirman: "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya)". (QS. Al-Araf :3)

I. ABU HANIFAH
Yang pertama-tama diantara mereka adalah Imam Abu Hanifah An-Numan bin Tsabit. Para sahabatnya telah meriwayatkan banyak perkataan dan ungkapan darinya, yang semuanya melahirkan satu kesimpulan, yaitu kewajiban untuk berpegang teguh kepada hadits dan meninggalkan pendapat para imam yang bertentangan dengannya.

1. "Apabila hadits itu shahih, maka hidits itu adalah madzhabku." (Ibnu Abidin di
dalam Al-Hasyiyah 1/63)
2. "Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia
tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-
Intiqau fi Fadha ilits Tsalatsatil Aimmatil FuqahaI, hal. 145)
3. Dalam sebuah riwayat dikatakan: "Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui
alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku".
4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: "sesungguhnya kami adalah manusia yang
mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari".
5. "Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan
kabar Rasulullah salallahu alaihi Wa Sallam, maka tinggalkanlah perkataanku".
(Al-Fulani di dalam Al-Iqazh, hal. 50)

II. MALIK BIN ANAS
Imam Malik berkata:
1. "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka
perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah,
ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan sunnah, tinggalkanlah".
(Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami, 2/32)

2. "Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, kecuali dari
perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu
Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

3. Ibnu Wahab berkata, "Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi
jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, "tidak ada hal itu pada manusia. Dia
berkata. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata
kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata:
Apakah itu? Aku berkata: Al-Laits bin Saad dan Ibnu Lahiah dan Amr bin Al-Harits
dari Yazid bin Amr Al-Maafiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin
Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, ia berkata, "Aku melihat
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya
apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya. Maka dia berkata, "sesungguhnya
hadist ini adalah Hasan, Aku mendengarnya hanya satu jam. Kemudian aku
mendengarnya, setelah itu ditanya, lalu ia memerintahkan untuk menyelang-nyelangi
jari-jari. (Mukaddimah Al-Jarhu wat Tadil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

III. ASY-SYAFII
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafii di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. "Tidak ada seorangpun, kecuali dia harus bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan
menyendiri dengannya. Walaupun aku mengucapkan satu ucapan dan mengasalkan kepada
suatu asal di dalamnya dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam yang
bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi
wa Sallam. Inilah ucapanku." (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir, 15/1/3)

2. "Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam, maka tidak halal baginya untuk
meninggalkannya karena untuk mengikuti perkataan seseorang."(Ibnul Qayyim, 2/361,
dan Al-Fulani, hal. 68)

3. "Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka berkatalah dengan sunnah rasulullah
Salallahu alaihi Wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan." Al-Harawi di
dalam Dzammul Kalam, 3/47/1)

4. "Apabila Hadist itu Shahih, maka dia adalah madzhabku." (An-Nawawi di dalam Al-
Majmu, Asy-Syarani, 10/57)

5. "kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist dan orang-orangnya
(Rijalu l-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun
ia adanya, baik ia dari kufah, Bashrah maupun dari Syam, sehingga apabila ia
shahih, akan bermadzhab dengannya." ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-SyafiI,
8/1)

6. "Setiap masalah yang didalamnya kabar dari Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam
adalah shahih bagi ahli naqli dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka
aku meralatnya di dalam hidupku dan setelah aku mati." (Al-Harawi, 47/1)

7. "Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang
bertentangan dengannya shahih, maka ketahuilah, sesungguhnya akalku telah
bermadzhab dengannya." (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Muaddab)

8. Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari nabi salallahu alaihi wa sallam
terdapat hadist shahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadits nabi
adalah lebih utama. Olah karena itu, janganlah kamu mengikutiku." (Aibnu Asakir,
15/9/2)

IV. AHMAD BIN HAMBAL
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga ia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu) dan pendapat Oleh karena itu ia berkata:

1. "Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafii,
Auzai dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil." (Al- Fulani, 113 dan
Ibnul Qayyim di dalam Al-Ilam, 2/302)

2. "Pendapat AuzaI, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah
pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam
atsar-atsar." (Ibnul Abdl Barr di dalam Al-Jami, 2/149)

3. "Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah Salallahu alaihi wasallam, maka
sesungguhnya ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzi, 182).

Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata: "Adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang yang telah sampai kepadanya perintah Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam dan mengetahuinya untuk menerangkannya kepada umat, menasehati mereka dan memerintahkan kepada mereka untuk mengikuti perintahnya. Dan apabila hal itu bertentangan dengan pendapat orang besar diantara umat, maka sesungguhnya perintah Rasulullah salallahu alaihi wa Sallam itu lebih berhak untuk disebarkan dan diikuti dibanding pendapat orang besar manapun yang telah bertentangan dengan perintahnya di dalam sebagian perkara secara salah.

Fathi Yakan: Daie Yang Digeruni Zionis

Hafinas Adamtiara June 20 at 7:16pm Replyبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (al-Ahzab:23)



Sudah setahun kita kehilangan seorang daie yg cukup dikenali di serata dunia kerana membuka mata dlm kegiatan dakwah Islamiyah di seluruh dunia. Beliaulah yg tlh mencetuskan fenomena baru dalam menyedarkan manusia agar bersatu dlm ikatan persaudaraan Islam yg sejati. Beliau adalah DR. FATHI YAKAN R.A.H.

BIODATA

Nama: Fathi Muhammad Inayah
Nama Samaran: Fathi Yakan
Asal: Tripoli, Lubnan
Tarikh Lahir: 9 Februari 1933
Meninggal Dunia: 13 Jun 2009
Isteri: Mona Haddad
Anak: 5 (4 perempuan dan seorang lelaki)
Kelulusan: Master dlm bidang Kejuruteraan, Ph.D dlm Pengajian Islam dan Arab

AWAL KEHIDUPAN

Dr. Fathi Yakan dilahirkan dgn nama Fathi Muhammad Inayah pd 9 Februari 1933 di Tripoli. Beliau dipercayai berketurunan Turki.

MENYERTAI GERAKAN ISLAM

Di dalam usia yg sangat muda, Dr. Yakan menyertai Gerakan Islam di Lubnan pd 1950-an. Beliau juga merupakan antara pengasas Jamaah Islamiyah, sebuah gerakan dan parti politik Islam yg berasaskan kpd Ikhwanul Muslimun di Mesir.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Jamaah Islamiyah dr tahun 1962-1992, apabila beliau memenangi pilihan raya Parlimen di Lubnan. Perkembangan politik beliau menjadi semakin terkenal slps Pilihan Raya Umum Lubnan 1996.

Ketika berlaku pencerobohan sebulan Israel ke atas Lubnan pd 2006 (turut digelar Perang Tamouz), Dr. Yakan bertekak dgn PM Lubnan ketika itu, Fuad Siniora kerana menjadi dalang dlm perang yg mengorbankan beribu2 rakyat yg tidak berdosa. Beliau juga adalah orang yg penting dlm kejayaan menghalau Yahudi Zionis keluar dr Lubnan pd 2006, selain Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah. Beliau juga pernah "mediator" antara Ikhwanul Muslimun dgn Kerajaan Syria yg diperintah Basyar al-Assad, selain pernah memegang tugas yg sama dlm rundingan damai Syria-Turki pd 1998-1999.

Dr. Yakan juga dianggap simbol penyatuan umat Islam, tanpa mengira Sunnah dan Syiah. Beliau mengaggap, dalang di sebalik pergaduhan Syiah dan Sunnah di Iraq ialah disebabkan hasutan dr dunia Barat, yg diketuai Amerika Syarikat. Bahkan, beliau pernah mengimamkan solat Jumaat di Beirut pd 8 Disember 2006 yg disertai golongan berlainan pendapat itu, serta berkhutbah meminta umat Islam bersatu mengusir Zionis. Beliau juga bersahabat baik dgn Sayyid Nasrullah, serta menyokong gerakan Hizbullah yg terus menerus membela umat Islam serta berjuang menentang Israel.

Beliau bersama isterinya, Mona Haddad menubuhkan Universiti Jinnan, sebuah universiti swasta yg berteraskan Islam.

PERJUANGAN MENEGAKKAN AL-HAQ



Spt pemimpin gerakan2 Islam yg lain, kehidupan beliau tidaklah manis seperti yg disangka. Beliau pernah dipenjarakan pihak Israel laknatullah kerana menyebarkan dakwah dan jihad dlm kalangan umat Islam. Dan kerana menegakkan kebenaran jugalah beliau dipenjara kerajaan Lubnan kerana dituduh melancarkan rampasan kuasa. Namun, beliau adalah antara orang2 yg bersabar dlm menjalankan dakwah.

Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata masyarakat. Bahkan di awal 1990-an, beliau pernah menjadi komander tertinggi Pertahanan al-Fajr, syp pertahanan Jamaah Islamiyah, dlm memerangi Zionis Israel laknatullah.

Beliau juga menyokong gerakan2 pembelaan Islam yg sentiasa berjuang menegakkan Islam sebagai cara hidup, selain menghapuskan anasir2 Yahudi dan Barat yg menjahanamkan kehidupan umat Islam, baik jasmani mahupun rohani. Beliaulah yg lantang bersuara dlm menggerakkan jihad dan pembelaan ke atas umat Islam di Lubnan, Palestin, Iraq dan wilayah2 yg ditindas.

Suatu ketika dahulu, Dr. Fathi Yakan pernah menolak pilihan raya kerana ia baginya tidak wujud di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun, beliau akhirnya akur bahawa dgn pilihan raya yg sahih dan halal, sebuah negara Islam yg berdaulat dapat muncul. Beliau juga berpendapat golongan daie perlu berada dlm kalangan masyarakat agar dakwah Islamiyah dpt berkembang.

Beliau juga pernah menulis pelbagai buku yg menjadi rujukan setiap jiwa Muslimin. Kebanyakan karyanya ditujukan kpd para syabab (remaja) dan gerakan2 Islam. Antara yg terkenal ialah buku "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam" yg menceritakan peranan gerakan Islam dlm menjalankan dakwah, buku "Aids Haraki" yg menceritakan keburukan gerakan2 Islam yg melebihkan politik berbanding menegakkan syiar Islam, serta buku "Fiqah Politik Islam" yg mengupas perjalanan Dr. Yakan ke seluruh dunia dlm mendekati pertubuhan2 Islam yg terkemuka.

AKHIR HAYATNYA

Di masa2 akhir hidupnya sebagai daie, beliau lebih menumpukan dakwah, jihad dan karya yg menghidupkan ruh Islamiyah di klgn umat Islam sedunia. Pd tahun 2005, Dr. Yakan menubuhkan Gerakan Amal Islami, sebuah pertubuhan dakwah Islamiyah dan gerakan Jihad. Gerakan tersebut pernah menyertai Perang Tamouz pd 2006.

Namun, tatkala umat Islam yg semakin lemah masih memerlukan beliau, Dr. Fathi Yakan akhirnya menamatkan tugasnya sbg daie di abad-21, seorang yg amat digeruni Zionis kerana melancarkan kebangkitan Islam, apabila beliau menghadap Ilahi Azzawajalla akibat serangan jantung yd dialami beliau di Hospital Hotel Dieu pd tengah hari Sabtu 13 Jun 2009.

Benarlah kata seorang pujangga Islam termasyhur, Hassan al-Basri r.h.a:
"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya."

Gerakan Amal Islami mengisytiharkan kematiannya kpd media. Keesokan harinya, jenazah Dr. Fathi Yakan dibawa ke bandar kelahirannya, Tripoli dgn ambulans, dan disembahyangkan di perkarangan Masjid Tinal.

Sheikh Malik asy-Syiar yg bertanggungjawab mengimamkan solat jenazah ke atas Dr. Yakan berucap:
"Sesungguhnya Tripoli adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ribuan umat Islam berkabung atas kematiannya. Antara yg hadir ialah Setiausaha Agung Jamaah Islamiyah, Ibrahim al Misry, pemimpin Gerakan Pembelaan Islam di Palestin (HAMAS), Sami Khatir yg mewakili ketua biro politik HAMAS, Khalid Mesha'al, pemimpin Gerakan Jihad Islami Palestin (PIJ) di Lubnan, Abu Imad ar-Rifaie, Speaker Dewan Rakyat Lubnan, Nabih Barri dan Naib S/U Agung Hizbullah Lubnan, Sheikh Naim Qassim.

SEMOGA ALLAH S.W.T YG AMAT PEMURAH, MELETAKKAN ROH SHEIKH AL-MUJAHID DR.FATHI YAKAN DI KALANGAN ORANG2 YG SOLEHIN DAN SYUHADA'. SEMOGA JASA2 BELIAU DLM DAKWAH ISLAMIYAH DIBALAS DGN NIKMAT SYURGA YF TIADA TANDINGANNYA...

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

TERBITAN PEMBELAAN ISLAM DI MALAYSIA.

26 Jun 2010

Tokoh Pejuang Agama - Zainab Al Ghazali

TOKOH PEJUANG AGAMA - ZAINAB AL-GHAZALI

Zainab al-Ghazali adalah wanita yang memperjuangkan hak-hak Islam. Beliau dilahirkan pada 1917 di Buhaira, Mesir. Beliau adalah keturunan Khalifah Umar al-Khattab dan al-Hassan bin Ali bin Abi Talib. Bapanya seorang guru agama dan peniaga kapas. Bapanya juga seorang pelajar lulusan Universiti al-Azhar.

Zainab adalah wanita kental dan berani dalan memperjuangkan agama Islam. Semasa beliau masih remaja iaitu pada tahun 1936, beliau menyertai Kesatuan Waniat Mesir. Namun, beliau keluar daripada kesatuan itu dan menubuhkan Jamaah Wanita Muslimah. Penubuhan Jamaah Wanita Muslimah adalah bagi mengurus segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

* Aktif dalam Pertubuhan Wanita

Pada tahun 1928, Hassan al-Banna bertemu Zainab untuk menjadi penggerak kepada sayap wanita bagi pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Imam Hassan al-Banna mahu supaya Jamaah Wanita Muslimah bergabung dengan Ikhwanul Muslimin. Namun, Zainab menolak pelawaan itu tetapi bersetuju memberi kerjasama apabila diperlukan.

Kemudian Zainab berbaiah dengan Imam Hassan al-Banna pada tahun 1948. Pada tahun 1949, Zainab menyokong dan memperjuangkan agama Islam bersama Imam Hassan al-Banna. Pada 12 Februari 1949, Imam Hassan al-Banna ditembak dan mati syahid.

Peristiwa kematian Imam Hassan al-Banna tidak mematahkan semangat Zainab dalam memperjuangkan daulah Islam. Bersama pengganti pemimpin Ikhwanul Muslimin yang baru iaitu Hassan al-Hudhaibi, Zainab menunaikan baiahnya yang pernah dibuat semasa Imam Hassan al-Banna masih hidup. Namun, perjuangannya bersama Ikhwanul Muslimin ditentang oleh pemerintah iaitu Jamal Abdul Nasser. Kisah penderitaan hidupnya semasa pemerintahan Jamal Abdul Nasser ada tertulis dalam kitab Hari-hari Dalam Hidupku.

* Zainab al-Ghazali Dipenjara

Zainab ditangkap dan dipenjara pada tahun 1965 apabila pihak kerajaan Mesir berasa curiga pada pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Jamaah Wanita Muslimah dibubarkan. Pada tahun 1966, Zainab dibicarakan dan dihukum penjara seumur hidup dengan melakukan kerja-kerja berat.

Pada tahun 1967, kerajaan Mesir di bawah pimpinan Jamal Abdul Nasser mengalami kekalahan kepada Israel dan sekutunya dalam perang tiga serangkai. Pada tahun 1971, hukuman pada Zainab dibatalkan dan beliau dibebaskan dari penjara apabila Jamal Abdul Nasser meninggal dunia. Beliau dibebaskan oleh pemerintah Mesir yang baru iaiu Anwar Sadat.

* Karyanya yang Terkenal

Zainab seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan. Beliau banyak menulis di dalam majalah al-Da’wa. Beliau adalah editor bagi sebuah ruangan dalam majalah al-Da’wa bagi pembangunan rumah tangga Muslim yang sejati. Kata-kata yang beliau berikan juga bernas dan berlandaskan agama Islam. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan dalam satu temu ramah di rumahnya pada tahun 1981.

Beliau berkata,”Islam menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya iaitu kebebasan, hak dalam ekonomi, politik, sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam memberikan hak-hak wanita dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata perihal kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata perihal kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka lebih tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka.“

Selain itu, antara karya beliau yang terkenal adalah sebuah buku yang bertajuk Return of The Pharaoh. Buku itu diharamkan oleh pihak kerajaan Mesir kerana isi kandungannya khas ditujukan kepada Presiden Mesir pada masa itu.

Zainab al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 semasa umurnya 88 tahun.

Tokoh Pejuang Agama - Sayyed Hassan Nasrallah

TOKOH PEJUANG AGAMA - SAYYED HASSAN NASRALLAH

Hassan Nasrallah dilahirkan pada 31 Ogos 1960 di Beirut Timur, Lubnan. Beliau anak sulung daripada sembilan adik beradik. Ayahnya, Abdul Karim seorang penjual sayur. Beliau berkahwin dengan Fatimah Yassin dan dikurniakan lima orang anak.

* Pedidikan Awal

Nasrallah mendapat pendidikan awal di Sekolah Al-Najah dan kemudian di sebuah sekolah awam di Sin el-Fil, Beirut. Semasa perang saudara meletus di Lubnan pada tahun 1975, keluarganya berpindah ke kampong Bassouriyeh, Lubnan Selatan. Selepas menamatkan persekolahan menengahnya di Tyre, beliau menyambung belajar di sebuah kolej di Najaf, Iraq selama tiga tahun. Semasa menuntut di Iraq, beliau mengenali Sayyed Abbas Musawi dan seorang lagi pemimpin Hizbullah, Sayyed Mohammad Hussein Fadlallah.

Pada tahun 1978, beliau terpaksa kembali ke Lubnan selepas kerajaan Iraq menghalau keluar pelajar-pelajar Lubnan dari Negara itu. Sekembalinya ke Lubnan, beliau mengajar di sebuah sekolah agama milik Sayyed Abbas Musawi.

* Terlibat dengan Hizbullah

Nasrallah menyertai gerakan Hizbullah pada tahun 1982 bagi menentang pencerobohan Zionis Yahudi ke atas Lubnan. Beliau semakin dikenali ramai semasa memimpin gerakan gerila menentang Zionis. Pidato-pidato beliau menarik minat ramai penyokong, terutamanya golongan muda,

Antara tahun 1987 hingga 1989, beliau menyambung pelajaran agamanya di Qom, Iran. Namun, beliau kembali ke Lubnan semula bagi menghalang kemaraan tentera Israel. Sejak 1992, beliau dipilih memimpin Hizbullah sebagai Setiausaha Agong. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Sayyed Abbas Musawi yang terbunuh semasa serangan helikopter tentera Israel.

* Ikon Politik Lubnan

Nasrallah adalah pemimpin yang berkarisma dan bijaksana. Beliau memperoleh sokongan hasil jaringan sosial beliau di kawasan majoriti Syiah di Lubnan. Kempen ketenteraan beliau mendapat kejayaan demi kejayaan dan memaksa tentera Israel berundur dari Lubnan pada tahun 2000 selepas 18 tahun mencerobohi Lubnan. Pengunduran ini menaikkan lagi nama beliau di Lubnan dan rantau Timur Tengah.

Hasil rundingan pertukaran tahanan perang yang diusahakan beliau pada 2004 dengan pihak Israel membolehkan lebih 400 orang yang dipenjarakan oleh Israel dibebaskan. Kejayaan-kejayaan ini memberkan Hizbullah pengaruh politik yang besar dalam kerajaan Lubnan.

Beliau juga antara individu yang mendorong gerakan Hizbullah memasuki kencah politik. Pada pilihan raya 2005, calon-calon Hizbullah menang lebih banyak kerusi di Parlimen berbanding pilihan raya sebelumnya. Walaupun beliau sendiri tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet Lubnan, beliau dianggap sebagai ikon dalam politik Lubnan.

Pada tahun 2006, Nasrallah dan Hizbullah berjaya mengekang tentera Israel daripada mencerboh Lubnan sekali lagi. Malah, beliau dan Hizbullah membantu membangunkan semula penempatan di Selatan Lubnan selepas perang itu. Pada tahun itu juga percubaan membunuh beliau oleh tentera Israel gagal walaupun rumahnya musnah dibedil kapal terbang pejuang Israel.

sumber: Nur Jahadah's Photos - Tokoh Islam

25 Jun 2010

Tokoh Pejuang Agama - Abdullah Yusuf Azzam

TOKOH PEJUANG AGAMA - ABDULLAH YUSUF AZZAM

Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di perkampungan As-ba’ah Al-Hartiyeh, daerah Tebing Barat, Palestin. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarganya, tetapi yang paling bijak antara adik beradiknya. Sejak kecil beliau dianggap seorang yang alim. Semasa di bangku sekolah, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik lebih menonjol.

* Sarjana yang Beramal

Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Khadorri, Tulkarm dalam bidang pertanian. Selepas menamatkan kolej, beliau mengajar di sebuah perkampungan di Selatan Jordan. Beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Damascus pada tahun 1966 dalam jurusan syariah, Selepas perang enam hari antara tentera Israel dan Negara-negara Arab, Azzam berpindah dari Tebing Barat ke Jordan. Di sana, beliau menyertai gerakan Ikhwan Palestin.

Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam pengajian sarjana bidang syariah. Beliau sempat mengajar sebentar di Universiti Jordan sebelum mendapat tawaran biasiswa ke peringkat ijazah doktor falsafah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1973, beliau berjaya mendapat ijazah kedoktoran dalam jurusan Usul Fiqh. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi pensyarah di Universiti Amman, Jordan sebelum bertukar ke Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi.

* Menyahut Seruan Jihad

Berdasarkan pengalaman peribadi dalam gerakan pembebasan Palestin, beliau berpegang kepada prinsip perjuangan ummah hanya boleh mencapai kemenangan melalui senjata, bukan melalui rundingan dan seminar. Beliau mengotakan kata-katanya dengan menjadi salah seorang yang mula-mula menyahut seruan jihad di Afghanistan ketika USSR (Rusia) menakluki Afghanistan.

Pada tahun 1979, beliau memohon mengajar di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad, Pakistan. Pada masa yang sama, beliau berusaha mendekati pimpinan jihad dari Afghanistan di sempadan Pakistan. Tidak lama selepas itu, beliau mengerahkan sepenuh tenaga dan masanya dengan gerakan jihad di Afghanistan.

Beliau mengasaskan Baitul-Ansar atau Biro Khidmat Mujahideen yang membantu pihak Mujahideen Afghanistan. Biro itu turut berperanan melatih para sukarelawan yang mahu berjihad di Afghanistan. Peranan Azzam bukan sahaja melatih para sukarelawan, malah beliau juga menyeru sekalian umat supaya membantu perjuangan jihad di Afghanistan melalui ceramah dan tulisan-tulisan beliau.

Usaha beliau berjaya dan para sukarelawan dari seluruh pelosok dunia menyambut seruan beliau. Tidak kurang daripada 20,000 orang dari seluruh pelosok dunia datang ke Afghanistan bersama-sama mempertahankan maruah umat Islam. Dengan itu, beliau membina kem latihan khas bagi melatih mereka taktik peperangan bersenjata.

Beliau sendiri tidak ketinggalan berjuang bersama para Mujahideen di serata Afghanistan walaupun sudah berusia 40-an. Beliau juga berperanan menyatupadukan pemimpin-pemimpin Mujahidin yang tidak sehaluan dalam usaha membebaskan Afghanistan daripada cengkaman penjajah.

Sebagai mujahidin, beliau sentiasa berpuasa selang sehari sebagaimana Rasulullah dan beliau menggalakkan para mujahidin lain juga berpuasa. Beliau pernah berkata, “Aku rasa seperti baru berusia sembilan tahun. Tujuh setengah tahun berjihad di Afghanistan, satu setengah tahun berjihad di Palestin. Selebihnya tiada nilai bagiku.” Majalah Time menganggap Azzam sebagai pembaharu jihad dalam abad ke-20.

* Cubaan Membunuh

Pada tahun 1989, pihak musuh cuba membunuh beliau dengan menggunakan bahan letupan yang dipasang pada tempat beliau berkhutbah pada setiap Jumaat. Namun, cubaan untuk membunuh beliau gagal apabila bom tidak meletup dengan izin Allah. Namun ajal beliau tiba pada 24 November pada tahun yang sama semasa dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat.

Sebanyak 20 kilogram bahan letupan TNT yang dipasang pada jalan meletupkan kenderaan mereka dan membunuh Azzam dan dua orang anaknya. Walau bagaimanapun, jasadnya tidak hancur sebaliknya hanya sedikit darah keluar dari mulutnya. Jasad as-syahid dikebumikan di Peshawar.


“Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah….jasadnya tidak hancur walau terkena bahan letupan…tanda kekuasaan Allah…sungguhnya beliau adalah as-syahid….Subhanallah…”

24 Jun 2010

Cinta Di Rumah As Syahid Al Banna

“Wahai Ummu Wafa’, Istana Kita Menanti di Syurga”


Thana’ bercerita lagi, “Subhanallah, setelah saya kini berkeluarga, maka ayahlah yang menjadi contoh sangat baik dalam hal pengorbanan. Oleh itu, saya sangat yakin dengan dakwah yang disampaikan ayah. Ayah tidak perlu banyak mengatakan apa pun, tetapi kecintaan saya kepada dakwahnya begitu kuat sehingga setelah kematiannya, para ikhwan yang dibebaskan dari penjara datang kepada keluarga kami dan mengucapkan salam. Umumnya mereka datang kepada keluarga kami dengan membawa makanan. Bahkan meskipun makanan itu makanan yang mentah seperti daging mentah, itu sudah cukup membahagiakan ibu.”

Thana’ menyambung lagi, “Ketika menjejakkan kaki ke Kaherah, mereka menyewa sebuah pejabat untuk digunakan sebagai ibu pejabat. Ketika itu, ibu mengambil hampir semua perabot rumah untuk digunakan di ibu pejabat. Ketika ayah menubuhkan sekretariat Ikhwanul Muslimun, ibu malah meminta ayah membawa sebahagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih hidup. Ayah pun memindahkan permaidani, langsir, meja-meja dan masih banyak lagi perabot lain ke sekretariat dan ibu justeru itu sangat senang hati.

Di rumah kami sendiri, tidak ada wang kecuali sangat sedikit, termasuk sejadah dan langsir yang sebenarnya dijahit sendiri oleh ibu. Kami menggunakan sedikit langsir yang hanya cukup untuk menutup kamar, kami menggunakan apa sahaja bahan yang boleh digunakan. Dengan pengorbanan itu, ibu kelihatan tidak merasakan apa-apa dan seolah-olah tidak memberikan apa-apa pun untuk dakwah ini.”


Kepercayaan yang Sangat Besar

Thana’ mengatakan, “Kepercayaaan ibu kepada ayah sangat besar. Para akhawat datang dan duduk bersama-sama ayah kadang-kadang membincangkan banyak masalah dakwah tentu sahaja secara terbuka. Tetapi ibu tidak pernah merasakan kesempitan dengan hal itu dan tidak pernah bertanya apa yang dilakukan oleh para akhawat itu, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan isteri.

Kepercayaannya kepada ayah sangat besar dan sukar digambarkan. Sehingga disuatu ketika rumah kami termasuk dalam rumah yang akan dihancurkan, ibuku meminta ayah membelikan rumah kecil untuk kami. Tetapi ayah ketika itu mengatakan dengan keimanan yang mendalam, ‘Wahai Ummu Wafa’ istana kita menanti kita di syurga. Allah tidak akan mensia-siakan kita di dunia ini.’ Perkataan itu meresap dalam hati ibuku dengan penuh cinta dan bersikap lapang ...”


____________

(1) Judul Asal: Cinta di Rumah Hassan Al-Banna
Penerbit: Pustaka Da'watuna Jakarta
Penulis: Muhammad Lili Nur Aulia
Penterjemah / Editor: Rohayah Ishak
RM 13.00

(2) Mari kita lihat terlebih dahulu komposisi keluarga Imam al-Banna, beliau dikurniakan enam orang anak, terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan, mereka ialah:

a) Wafa, anak perempuan sulung merupakan isteri kepada seorang da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah. Ketika al-Banna meninggal dunia, dia sudah berusia 17 tahun.

b) Ahmad Saiful Islam: Seorang peguam sekaligus Setiausaha Agung Majlis Peguam Mesir dan bekas ahli parlimen Mesir. Lahir pada 22 November 1934. Berjaya memperolehi gelaran Sarjana di bidang HAM tahun 1956 dan Dar al-Ulum 1957. Usianya baru 14 tahun 2 bulan ketika al-Banna meninggal dunia.

c) Dr. Thana’: Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga. Dia baru berusia 11 tahun ketika ayahandanya meninggal dunia.

d) Ir. Raja’: Ketika al-Banna meninggal, usianya sekitar lima setengah tahun.

e) Dr. Halah: Pensyarah kedoktoran di Univ. Al-Azhar.

f) Dr. Istisyhad: Pensyarah ekonomi Islam. Dia masih dalam kandungan ibunya ketika al-Banna menghembuskan nafas terakhir. Jika diimbas semula, mengikut analisis doktor, dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang ditanggung serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si sibu . Para pengamal perubatan menetapkan pada 12 Februari bertepatan dengan hari kematian Al-Banna. Tetapi Allah SWT berkehendak sesuatu yang lain, Istisyhad lahir dengan sihat, kerana rangkaian peristiwa itulah beliau dinamakan Istisyhad.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9359.0

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9359.0

Tokoh Pejuang Agama - Sayyid Qutb

Sayyid Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906. nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali. Beliau berasal dari perkampungan Musha yang terletak di Selatan Mesir. Ayah beliau bernama Haji Qutb Ibrahim, manalak ibunya bernama Fatimah Binti Husain Uthman. Beliau mempunyai empat orang adik beradik.

Ayah beliau seorang yang berada dan terhormat di kawasan tempat tinggalnya. Malah ayahnya adalah pemimpin masyarakat dan mempunyai perniagaan di ladangnya sendiri. Ayahnya juga kuat berpegang kepada afama dan memiliki sifat-sigat yang mulia.

Ibu beliau pula berasal daripada keluarga yang baik dan mulia. Keluarga ibunya terdiri daripada golongan yang kaya dan disegani dalam masyarakatnya. Sayyid Qutb mendapat pendidikan awal agama daripada kedua-dua ibu bapanya. Malah ibunya juga mengajar mengaji kepada jiran-jirannya.

* Pendidikan

Sayyid Qutb mendapat pendidikan rasmi di sekolah rendah yang terletak di kampungnya bermula tahun 1912. kerana kepandaian Sayyid Qutb dalam pelajaran, tempoh pendidikan Sayyid Qutb dipendekkan daripada lima tahun kepada empat tahun. Guru-gurunya juga mengakui pencapaian beliau. Ini terbukti apabila Sayyid Qutb berjaya menghafal keseluruhan Quran dalam tempoh dua tahun. Pada masa itu beliau baru berusia 10 tahun.

Peringkat sekolah menengah beliau bermula di Kaherah di Sekolah Latihan Perguruan Rendah Abd Aziz. Selepas tamat pengajian, Sayyid Qutb menjadi guru sekolah rendah bagi menyara keluarganya. Pada tahun 1929, Sayyid Qutb melanjutkan pelajaran di Kolej Dar al-Ulum.

Beliau berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan pada tahun 1933. pada waktu itu beliau berusia 27 tahun. Kemudian, beliau ditawarkan menjadi guru di Klej Dar al-Ulum. Beliau mengajar selama enam tahun. Beliau juga pernah bertugas di Bani Suif, Dimyat, Kaherah dan Helwan.

Pada tahun 1948, heliau dihantar ke Amerika Syarikat oleh Kementerian Pendidikan Mesir bagi mengkaji sistem pendidikan Barat. Di sana, beliau mendapat ijazah sarjana bagi Universiti Northern Colorado dalam bidang pendidikan.

* Alam Penulisan

Sejarah penglibatannya dalam bidang penulisan berkait rapat dengan situasi kehidupan Sayyid Qutb di Kaherah pada masa itu. Beliau menghadapi kesempitan hidup dan bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya. Pada mulanya belia hanya menulis di surat khabar dan majalah. Lama kelamaan beliau berjinak-jinak dalam penulisan apabila pasaran akhbar mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Beliau berkenalan dengan Abbas Mahmud ‘Aqqad sejak beliau tinggal dengan bapa saudaranya. Perkenalan itu menarik masuk Sayyid Qutb menyertai parti al-Wafd. Bakat penulisan beliau dihargai oleh ‘Aqqad yang cenderung kepada pemikiran sosialis apabila beliau ditawar menulis dalam satu ruangan akhbar al-Balaq terbitan parti al-Wafd. Beliau mula menulis pelbagai jenis karya di dalam akhbar itu bermula pada tahun 1921.

Pada tahun 1940-an, beliau meletak jawatan sebagai guru apabila menerima tawaran jawatan pegawai di Kementerian Pelajaran. Jawatan yang dipegang olehnya sebagai Penyelia Umum di Bahagian Kebudayaan. Beliau bertanggungjawab sebagai pengarang bagi penerbitan bahasa Arab. Kemudiannya beliau ditukar ke Bahagian Penterjemahan sebelum dilantik menjadi Nazir Seklah-sekolah Rendah.

Semasa beliau berkhidmat dengan pihak kerajaan, segala idea dan pandangan dalam tulisannya ditolak 100 peratus oleh mereka. Segala hasil kajian yang dibuat olehnya tidak diterima oleh pihak kerajaan. Hal ini menyebabkan Sayyid Qutb membuat keputusan bagi meletakkan jawatan dalam sector kerajaan dan mula bergiat aktif sepenuhnya dalam bidang penulisan pada tahun 1951.
Rencana bertajuk al-Taswir al-Fanni fi al-Quran yang diterbitkan dalam al-Muqtatif adalah batu loncatan baginya kembali kepada pemikiran Islam. Akhirnya pada tahun 1945, rencana itu dibukukan. Kemudian menyusul pula buku seterusnya yang bertajuk Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran. Pada tahun 1948, semasa beliau di Amerika Syarikat, terbit pula buku beliau yang bertajuk al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam (Keadilan sosial dalam Islam).

Beliau menyatakan keadilan yang diimpikan oleh manusia hanya tercapai melalui pemerintahan Islam. Beliau juga menulis dalam bukunya yang bertajuk al-Tifl min al-Qaryah yang memperjuangkan nasib kaum tani. Penulisannya itu akhirnya menimbulkan kemarahan golongan aristokrat.

* Bersama Ikhwanul Muslimin

Sayyid Qutb kembali dari Amerika Syarikat pada tahun 1950. Antara tahun 1951 hingga 1966, Sayyid Qutb terlibat dengan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna. Malah, beliau menjadi tunggak pergerakan Ikhwan selepas pembunuhan Imam Hassan al-Banna. Beliau dianggap sebagai orang yang paling berpengaruh dalam kriktikannya pada Barat.

Sejak tahun 1951, Qutb menajdi penulis dalam akhbar Ikhwanul Muslimin, al-Da’wah. Beliau juga menjadi ketua editor akhbar Al-Ikhwanul al-Muslimin. Komitmen Qutb menyebarkan perjuangan Islam membolehkannya dilantik menjadi ahli jawatankuasa kerja gerakan Ikhwan. Pada tahun 1954, Qutb ditangkap sebanyak dua kali oleh pemerintahan Jamal Abdul Nasser atas tuduhan berkonspirasi menentang kerajaan.

Pada tahun 1955, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Jarah, Mesir. Semasa di penjara, Qutb bersama ribuan lagi ahli Ikhwan diseksa oleh rejim pemerintah. Beliau juga menyiapkan dua buah buku di dalam penjara iaitu Hadha al-Din (Inilah Islam) dan Al-Mustaqbal li-Hadha al-Din (Masa Depan Kepunyaan Agama Ini). Selepas 10 tahun menjalani hukuman, beliau dibebaskan kerana campur tangan Presiden Iraq, Abdul Salam Arif kerana keadaan kesihatan beliau yang tenat.

Selepas pembebasannya, beliau menulis bukunya yang terkenal, Maalim fi al-Tariq (Petunjuk Sepanjang Zaman) dan sebuah tafsir Quran, Fi Zilalil Quran (Di Bawah Naungan Quran). Lapan bulan kemudian, beliau ditangkap kembali bersama adik beradik dan ribuan lagi ahli Ikhwan lain.Qutb bersama dua orang ahli Ikhwan yang lain dijatuhkan hukuman gantung yang dijalankan pada 20 Ogos 1966. Beliau meninggalkan di belakangnya 24 buah buku sebagai sumbangannya dalam bidang dakwah. Selepas peninggalan Sayyid Qutb, adiknya Muhammad Qutb menyambung kerja-kerja dakwah Sayyid Qutb.
In this photo: Najihah Aulia' (photos), Qassem Selamat CheNot (photos | remove tag request), MNour BenDahlan (photos | remove tag request)

Tokoh Pejuang Agama - Izzuddin Al Qassam

Izzudin al-Qassam dilahirkan di Syria pada tahun 1882 di Jabalah, Utara Syria dalam keluarga sufi. Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin bin Abdul al-Qadir bin Mustapha bin Yusuf bin Muhammad al-Qassam. Bapa beliau seorang guru Quran di kampung.

* Anak Didik Sheikh Muhammad Abduh

Beliau mendapat ijazah pertama di Universiti al-Azhar pada tahun 1906. Di al-Azhar, beliau sempat menuntut dari seorang tokoh reformis, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa menuntut di sana, beliau menunjukkan kecenderungan berdakwah. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi guru dan imam. Sebagai pendidik dan pendakwah, beliau sering memberi penerangan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa daripada sudut pandangan Islam. Usaha dakwah beliau ini bejaya mengubah pemikiran supaya cenderung kepada kebangkitan Islam.

Selepas Itali menceroboh Libya pada tahun 1911, beliau mengisytiharkan jihad pada Itali. Beliau bertindak mengumpulkan sukarelawan untuk berangkat ke Libya bagi berjihad. Semasa Perang Dunia Pertama, beliau menyertai pasukan tentera Empayar Uthmaniyah dan ditempatkan di Demascus.

Pada tahun 1920, berlaku Revolusi Syria yang mencetuskan perang Melson. Izzuddin mengumpulkan sepasukan sukarelawan bagi berperang dengan pihak Perancis. Pada tahun 1921, beliau adalah individu penting dalam penentangan terhadap Perancis di Syria. Namun, serangan demi serangan tentera Perancis memaksa beliau dan pengikutnya berundur ke Haifa, Palestin. Di sini, beliau membuka sebuah sekolah bagi mengajar golongan bawahan.

* Tokoh Gerakan ‘Black Hand’

Izzuddin dianggap sebagai mujahid kerana dia memahami perancangan Zionis yang mahu mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin. Beliau juga tahu terdapat pakatan sulit antara Zionis dan Amerika Syarikat serta British khususnya. Beliau sering memberi ucapan-ucapan di Masjid An-Nasr dan Masjid Istiqlal bagi memberi kesedaran dan membangkitkan semangat para pengikutnya.

Pada tahun 1927, beliau memimpin Jam’iyah Asy-Syubban A-Muslimin (Persatuan Pemuda Muslim) yang beribu pejabat di Kota Haifa. Selama bertahun-tahun, beliau berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat Arab Palestin mengenai rancangan jahat Zionis dan mempersiapkan mereka bagi menghadapi jihad dengan rejim Zionis. Usaha beliau juga banyak tertumpu kepada menyatukan penduduk Palestin.

Pada tahun 1929, beliau dilantik menjadi Kadi Nikah di Mahkamah Syariah di Haifa. Melalui jawatan ini, beliau sering turun ke utara Haifa di mana pelarian Palestin yang hidup serta daif berkampung. Di sana, beliau mengumpulkan pasukan-pasukan gerila bagi bertempur dengan pihak British dan Yahudi.

Lambat laun, beliau menjadi terkenal dalam kalangan golongan bawahan. Selepas pembunuhan beramai-ramai di Hebron pada tahun 1929, beliau menubuhkan kumpulan “Black Hand”, sebuah gerakan bersenjata anti-British yang berjaya merekrut hingga 800 ahli.

* Syahid di Jalan Allah

Pada tahun 1930-an, usaha beliau mendapat sokongan daripada Parti Istiqlal. Pada tahun 1931, pasukan bersenjata yang dibentuk beliau menyerang sebuah perkampungan Yahudi di Yagur. Bertitik dari Yagur, pasukan Izzuddin meneruskan serangan hingga tersebar ke seluruh wilayah pergunungan pada tahun 1935.

Pada 20 November 1935, unit beliau seramai enam orang bertempur dengan tentera British berhampiran Ya’bad. Pihak British turut dibantu oleh pesawat tempur. Dalam pertempuran berani mati, beliau dan dua orang pengikutnya terkorban. Pemergian Izzuddin membangkitkan penentangan yang lebih hebat pada penjajah Zionis.

Hari ini nama beliau sinonim dengan pasukan berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam, sebuah sayap bersenjata Hamas sebagai tanda mengingati perjuangan Izzuddin memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Tokoh Pejuang Agama - Umar Al Mukhtar

Umar al-Mukhtar lahir pada tahun 1862 di sebuah perkampungan Janzur di Timur Libya. Nama penuh beliau adalah Umar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi, daripada keturunan Farhat yang beraliran sufi al-Sanusiyah. Ayah dan ibu Umar meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun. Beliau kemudiannya dipelihara oleh seorang guru yang alim di kampungnya. Beliau membesar alam suasana didikan agama.

* Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian menengah di Bandar al-Jaghbub, kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli. Selama lapan tahun, beliau berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Imam Sayyid al-Mahdi as-Sanusi. Beliau belajar ilmu-ilmu agama, bahasa Arab serta menghafaz Quran. Beliau seorang pelajar yang pintar dan berdisiplin.

Umar menghafaz Quran sejak kecil dan sering mengkhatamkannya secara berulang kali setiap minggu. Menjelang umur 20-an, beliau dikenali sebagai seorang yang berani, petah dan bijaksana. Pendapat dan nasihat beliau menjadi rujukan penduduk setempat. Beliau juga turut berjaya menyatupadukan puak-puak yang bertelagah.

* Menentang Penjajahan

Ketika Barat sedang rancak menjajah tanah empayar Uthmaniah pada tahun 1899, Umar berjaya menyatukan rakyat Libya dan menubuhkan pasukan Banu Sanus ( Sanusi ) bagi menentang penjajah Perancis di sempadan Sudan. Pada masa itu, beliau baru berusia sekitar 30-an. Apabila Itali memasuki Libya pada tahun 1921, Umar sekali lagi emngumpulkan pejuang-pejuang muda bagi menghadapi penjajah itu.

Ramai di kalangan pemimpin negara dan ulama lari ataupun berpaling tadah menjadi boneka penjajah. Namun, tawaran harta dan pangkat oleh penjajah Itali tidak langsung menggugat azam beliau bagi membebaskan negaranya. Bahkan, pada tahun 1915, tentera Itali malu besar apabila ribuan tenteranya berjaya dibunuh dalam peperangan di al-Gherthabiya berhampiran Sirt. Kebolehan Umar dalam mengatur strategi perang di padang pasir dikagumi hingga diberi jolokan ”Singa Padang Pasir“.

Akhirnya, tentera Itali cuba mengusir beliau ke daerah lain. Namun, usaha ini juga gagal. Beliau meneruskan penentangan walaupun usia beliau menjangkau 70-an. Sepanjang lebih 20 tahun hidupnya menentang penjajahan, beliau mengikuti hamper 1000 pertempuran dengan tentera penjajah. Pada tahun 1922, Itali mengambil pendekatan melumpuhkan tentera Islam dengan menyekat bekalan dan bantuan ketenteraan dari luar dengan merentang kawat berduri sejauh 300 kilometer setinggi dua meter. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan.

Oleh kerana kekurangan bekalan, bilangan pejuang Islam semakin berkurangan dan terpaksa bertahan di kawasan pergunungan. Namun, walaupun tentera Islam jauh kurang berbanding tentera Itali yang lengkap bersenjata moden, Umar tetap meneruskan perjuangannya dalam usia mencecah 80-an. Selepas melalui beberapa siri peperangan, akhirnya beliau berjaya ditawan oleh tentera Itali dan dibawa ke kubu musuh di banadar Suluq.

Semasa disoal siasat, pegawai tentera terpegun dengan keberanian Umar berhadapan dengannya walaupun dirantai dan cedera parah. Beliau tidak sedikit pun gentar menjawab setiap pertanyaan pegawai itu, malah sebaliknya pegawai itu yang gementar berhadapan dengan Umar.

* Syahid di Tali Gantung

Umar dihukum gantung oleh mahkamah tentera Itali pada September 1931 di Kota Solouq. Hingga ke akhir hayat, beliau tidak mahu tunduk kepada penjajah. Apabila panglima tentera Itali menawarkan mahu membebaskan beliau dengan syarat beliau mematuhi segala arahannya, beliau berkata, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, hingga kamu meninggalkan tanah airku, ataupun hingga aku mati. Aku bersumpah kepada Allah yang Maha Mengetahui sesuatu dalam hati manusia, sekiranya bukan kerana tanganku diikat sebegini, pasti aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”

Beliau turut menyeru kepada rakyat Libya yang hadir di situ, “Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukan penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapai peperangan demi peperangan, sekiranya kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu.”

Pembunuhannya di tali gantung menyemarakkan semangat rakyat Libya dan pemberontakan terus tercetus di Afrika Utara.

"Subhanallah..Allahu Akbar...Allahu Akbar..Allahu Akbar..bisakah kita menyemai benih semangat perjuangan yang begini dalam diri kita demi menegakkan Islam...? Allahu Akbar..Syahid..."

Tokoh Pejuang Agama - Sheikh Ahmad Yassin

Sheikh Ahmad Yassin atau nama sebenar beliau Ahmad Ismail Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura, Majdal, Palestin. Keluarga beliau berpindah ke Semenanjung Gaza selepas kampungnya musnah dalam peperangan Arab-Israel pada tahun 1948.

Semasa berumur 12 tahun, beliau terlibat dengan kemalangan sukan. Tangan dan kakinya lumpuh akibat kemalangan itu dan semenjak itu beliau terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayatnya.

* Pendidikan

Walaupun lumpuh, beliau berupaya menyambung belajar ke universiti di Mesir pada tahun 1959. Namun, akibat kekurangan wang, beliau tidak menghabiskan pelajaran beliau dan kembali ke Gaza. Semasa di Mesir, beliau menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau menjadi guru pendidikan Islam dan bahasa Arab. Beliau menjadi khatib di Masjid Gaza dan sering menaikkan semangat penduduk Palestin dalam khutbah-khutbah beliau.

* Dipenjara kerana Berjuang

Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan terlibat dengan operasi bawah tanah menentang penjajah Israel. Mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara ke atasnya. Selepas 11 bulan dipenjara, beliau dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tawanan.

Semasa kebangkitan intifadah pertama pada tahun 1987, Yassin menubuhkan Pergerakan Kebangkitan Islam atau ’Hamas’ bersama rakannya, Abdul Aziz Al-Rantissi. Beliau menjadi pemimpin spiritual Hamas sejak penubuhannya. Pada bulan Mei 1989, beliau ditangkap bersama ratusan pendokong Hamas sebagai usaha mengekang kebangkitan bersenjata dalam kalangan rakyat Palestin.

Pada Oktober 1991, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun oleh mahkamah tentera Israel atas tuduhan menubuhkan pasukan bersenjata menentang Israel dan menggalakkan keganasan. Semasa dalam tahanan, beliau dipukul yang menyebabkan kedua-dua mata dan telinganya hampir hilang fungsi. Pada tahun 1997, beliau dibebaskan dari penjara Israel sebagai timbal balik ke atas pembebasan ejen Mossad Israel yang ditawan oleh kerajaan Jordan.

Semasa kebangkitan intifadah kedua pada tahun 2000, Yassin berkeras supaya rakyat Palestin berhak menentang penjajahan ke atas Palestin. Ini menyebabkan beliau menjadi sasaran pembunuhan oleh Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon.

* Syahidnya Seorang Pejuang

Pada September 2003, kapal terbang pejuang udara Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah sebuah bangunan di Bandar Gaza dalam cubaan membunuh Yassin, namun, beliau terselamat. Walaupun beliau menjadi sasaran pembunuhan, beliau tidak pernah mengambil langkah menghadapi kemungkinan diserang lagi. Ini sesuai dengan pendiriannya yang tidak takut mati dalam perjuangan sebagai syahid. Kata beliau, ”Sekiranya saya mati, akan bangkit 1000 lagi orang seperti saya.“

Pada 22 Mac 2004, Yassin disorong dengan kerusi roda bagi menunaikan solat Subuh seperti biasa. Pagi itu tidak sama seperti hari-hari sebelumnya kerana beberapa peluru Hellfire dilepaskan oleh helikopter tempur milik Israel lalu membunuh beliau. Seluruh dunia mengutuk serangan itu. Kira-kira 200,000 rakyat Palestin berarak pada hari pengkebumian beliau.


”Subhanallah...begitu semangat juangnya yang tidak gentar akan mati...tidak gentar pada musuh demi Islam...kekurangan yang ada tidak melunturkan semangat juangnya demi Islam...Ya Allah...Kau tiupkanlah sedikit dari semangat juangnya ke dalam diri kami semua..Amiin...“

Tokoh Pejuang Agama - Hassan Al Banna

Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di perkampungan al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Bapanya bernama Syeikh Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-Banna. Bapanya adalah ulama, guru, imam, dan penulis beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam. Bapa beliau seorang yang terpelajar dan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir.

Bagi menyara kehidupan keluarga, bapanya bekerja sebagai tukang pembaik jam di tempat tinggalnya itu. Dalam kalangan penduduk kampung, bapanya dihormati kerana dia seorang yang bersopan santun, merendah diri, pemurah dan berperibadi tinggi. Bapanya juga mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk setempat yang berminat. Kehidupan mereka sekeluarga sederhana.

Hassan al-Banna adalah anak sulung daripada lima orang adik beradik. Beliau sering mengikut bapanya membuat perbincangan mengenai hal-hal agama bersama-sama rakan-rakannya di kedai dan di rumah. Hal ini menyebabkan Hassan al-Banna terikut-ikut dan mewarisi pemikiran dan perwatakan bapanya itu.

* Pendidikan

Sejak di bangku sekolah rendah, Hassan al-Banna sudah menunjukkan sifat kepimpinannya. Beliau dilantik menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolahnya. Beliau banyak menghadiri majlis-majlis zikir yang dianjurkan oleh al-Ikhwan al-Hasafiyah.

Bapanya juga mendidik beliau dan adik beradiknya dengan ajaran Islam. Tidak hairan pada usia muda beliau sudah boleh menghafaz Quran dan seterusnya memasuki Pusat Latihan Perguruan. Beliau adalah pelajar yang pintar kerana sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaaan.

Kepintarannya itu menyebabkan Hassan al-Banna dapat melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum di Kaherah pada umur 17 tahun. Pada masa itu, keadaan politik di Kaherah sedang berglak. Fahaman sekular yang disebarkan oleh Kamal Atartuk menentang aliran Islam di sana. Kebanyakan kegiatan yang berfahaman sekular berleluasa di sana pada masa itu. Mereka berbuat demikian bagi melemahkan pengaruh Islam di Kaherah.

Keadaan ini menarik minat Hassan al-Banna terlibat dengan pertubuhan Jamaiatul Makram al-Akhlaq. Pertubuhan ini giat mengadakan ceramah-ceramah Islam bagi menghapuskan fahaman sekular yang mula menyusup masuk dalam fikiran umat Islam pada waktu itu.

* Kerjaya

Semasa beliau berumur 23 tahun, beliau bekerja sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah selama 19 tahun. Pada tahun 1946, beliau meletakkan jawatan sebagai guru dan mula bergiat sepenuh masa dalam dakwah. Beliau berdakwah melalui gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkannya bersama rakan-rakan yang lain.

* Ikhwanul Muslimin

Ikhwanul Muslimin disebarkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama melalui ceramah dan aktivit kebajikan yang digunakan bagi memperkenalkan Ikhwanul Muslimin. Peringkat kedua pula menumpukan kepada ahli-ahli anggota dibentuk supaya mempunyai keperibadian diri yang tinggi bagi menghadapi cabaran jihad. Peringkat ketiga adalah dengan melaksanakan cita-cita perjuangan mereka.

Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan Ikhwanul Muslimin bertanding dalam pilihan raya di Mesir. Pada tahun 1934, sebanyak 50 buah cawangan Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Mesir. Kegiatan mereka begitu aktif hingga dapat menawan pelajar-pelajar sekolah, qariah masjid dan pekerja-pekerja kilang. Ada sumber yang mengatakan, sekitar penghujung Perang Dunia Kedua, penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin mencecah hampir setengah juta orang dan beroperasi sebanyak tiga ribu buah cawangan di Mesir dan lima buah cawangan di Sudan.
Kerja kebajikan yang dilakukan oleh Hassan al-Banna mendapat sanjungan daripada kerajaan British. Kerajaan British memuji segala kebaikan yang dilakukan oleh Hassan al-Banna. Namun, pengaruh yang besar pada Ikhwanul Muslimin merunsingkan kerajaan Mesir. Pada masa itu, kerajaan Mesir berada di bawah kuasa Noqrashi Pasha daripada Parti al-Saidi. Pada tahun 1948, Noqrashi Pasha membuat tuduhan dengan mengatakan Ikhwanul Muslimin mempunyai rancangan mahu menjatuhkan kerajaan Mesir.

Peristiwa itu berlanjutan hingga semua cawangan Ikhwanul Muslimin disuruh tutup dan dihapuskan. Semua penyokong dan anggota Ikhwanul Muslimin diseksa, dibunuh dan dipenjarakan. Kemuncak peristiwa itu berlakunya pembunuhan ke atas Perdana Menteri Mesir. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dituduh dan dipersalahkan membunuh Perdana Menteri Mesir. Segala harta benda Ikhwan Muslimin dirampas dan pengikut-pengikutnya ditahan di dalam penjara.

Pada 12 Februari 1949, jam lima petang, pihak kerajaan Mesir menjemput Hassan al-Banna dengan tujuan mahu berbincang perihal krisis yang mereka hadapi itu. Hassan al-Banna dijemput datang ke Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Hassan al-Banna datang bersama-sama iparnya, Abdul Karim Mansur.

Jemputan itu sebenarnya adalah taktik kotor yang digunakan oleh pihak kerajaan Mesir. Menteri Zaki Ali Basya yang sepatutnya hadir bagi berbincang dengan Hassan al-Banna tidak muncul-muncul. Mereka sebenarnya merancang mahu membunuh Hassan al-Banna. Hassan al-Banna dan iparnya ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali semasa beliau mahu menaiki teksi untuk pulang selepas lama menunggu di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.

Akhirnya Hassan al-Banna menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12.50 malam selepas mengalami pendarahan yang banyak. Namun, perjuangan beliau tetap berkembang hingga ke hari ini ke seluruh pelosok dunia.

“Subhanallah...inilah dia pejuang agama...Allahu Akbar..”

20 Jun 2010

Kisah Syeikh Hassan Al Basri & Khalifah Harun Ar Rashid

kisah antara Sheikh Hassan Al Basri dan Khalifah Harun Al Rashid.!!!

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah..

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya..

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

10 Jun 2010

Rabi'ah Al Adawiyah ~ Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...