Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

2 Mei 2011

Kedudukan Sewaktu Sujud Dalam Solat

Assalamualaikum WBT tuan/puan

Tiga bulan lepas saya mendengar Radio FM Alor Setar waktu petang Kedah FM selalu panggil ustaz ceramah bab agama...Ustaz tu kata Wajib bila sujud perut jari kaki kena sentuh lantai kesemuanya...Dalam pada tu ada call tanya ustaz...'Kalau imam sujud perut kaki tak sentuh lantai camna?' Ustaz jawab kita kena mufarakah...

Saya balik saya cuba sujud macam tu...sukar juga nak sentuh semua perut jari kaki...

Saya pon pergi surau ramai org sembahyang sujud perut kaki tak sentuh lantai, kat Masjid waktu sembahyang tarawikh pon ramai, sukar untuk saya bagi tau...ada juga kadang2 naik jadi imam...mufarakahlah saya.....

Jadi saya search kat web tanya ustaz Google..ada org cakap tak perlu perut kaki sentuh semua memadai yang termampu contohnya Ibu jari kaki, kaki kedua selepas ibu jari dan kaki ketiga....sunat sentuh semua. Mana satu yang betul Wajib atau Sunat sentuh semua

Saya ingin syer dengan tuan puan...maaf kalu tuan puan dah maklum... Kalu ada dalil dan komen sila hebah disini

Elok copy dan print poster sujud tu...lekatkan kat masjid dan surau



salam ustaz,

ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

sekian wassalam

***************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].

Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

لَوْ أَخَلَّ بِعُضْوٍ مِنْهَا لَمْ تَصِحّ صَلاته

"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"

Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-

واشترط الشافعية أن يكون السجود على بطون الكفين وبطون أصابع القدمين، أي أنه يكفي وضع جزء من كل واحد من هذه الأعضاء السبعة كاجبهة، والعبرة في اليدين ببطن الكف، سواء الأصابع والراحة، وفي رجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف.

"Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA.

Sekian, wassalam
__________________

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang

1-Solat ikut-ikutan.Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh Allah SWT di Akhirat kelak.

2-Solat ikut mood.Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang solat sebegini, merka solat mereka buat dosa, mereka solat mereka buka aurat dan berpakaian seksi, mereka solat mereka turut berzina dan minum arak serta berzina, mereka solat mereka juga pakai gelang kaki, mereka solat mereka juga hisap dadah. Bagi mereka solat perkara biasa dan buat maksiat juga perkara biasa, mereka tidak jadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagi panduan tetapi mereka jadikan Allah SWT sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka, mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja dinataranya " Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan " Allah SWT tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik " oleh yang demikian pada anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik pada hal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat sebenarnya mereka telah melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.

3-Solat orang yang lalai.
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang Allah SWT turunkan dalam Al-Quran Al-Karim adalah Istilah-Istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut sedang mengungkap Bahasa Allah SWT bukan Bahasa arab.
Orang yang memahami Bahasa Allah SWT akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan berintreraksi dengan Allah SWT semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada Allah SWT yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.

4- Solat Awam.Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka tidak akan solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka akan mempertikaikan janji Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar daripada Allah SWT dan mampu mendakwa dan memerintah Allah SWT untuk melaksanakan segala janji-janji Allah SWT kepada mereka.

5-Solat orang yang kurang khusyuk.
Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.
Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan Mujahadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

6- Solat Orang Soleh.Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah Allah SWT. Malah Pangkat dan Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Hati dan lidahnya sentiasa memuji Kebesaran Allah SWT sehingga Allah SWT menggelarkan mereka dengan gelaran " Al-Abrar atau Ashabul Yamin ".

7-Solat Golongan Al-Muqarrabin.Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.
Solat adalah peluang terbaik untuk mereka memuja Allah SWT, mereka hanya memuja Allah SWT. Mereka tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti selaras dengan kehendak Allah SWT. Tiada politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan Allah SWT sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada Allah SWT dam mesti dikembalikan kepada Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah tidak layak memiliki sesuatu kerana segala-galanya adalah milik allah SWT.
Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat " Al-Muqarrabin ".

8-Solat Golongan As-Siddiq.Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka. Semua kandungan hikmah didalam solat dizahirkan kealam fana. Unsur puasa didalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan sebaginya dilahirkan atau dizahirkan didalam kehidupan seharian.
Akhlak semasa solat adalah sama Akhlaknya diluar solat. Hati mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang apabila dia mengadap Allah SWT atau semasa solat.
Segala ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan Allah SWT dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan Akhirat.
Mereka adalah Golongan yandaripada Allah SWT dengan gelaran " As-Siddiq ".

Rujukan:
Berdialog Dengan Allah SWT , m/s : 55-59.     

24 Januari 2011

Kelebihan Solat Berjamaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
 
Source:الشيخ محمد شكري الحافظ ‏

25 Ogos 2010

Dosa Abaikan Solat

Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..


Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

24 Ogos 2010

Lima Perkara dari Lima Waktu


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3: Kesihatan yang baik
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barang siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
 
 
sumber:Yusri BenDahl

19 Ogos 2010

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as - solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah - indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al - kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL - MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji - panji nabi kita di dalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orangYahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Solat Itu Buang Masa ?

22 Januari 2010 pada 10:55 am (Zikir & Fikir)
Tags: bukan islam, jepun, pembangunan manusia, solat
Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi Telagabiru.net


SOLAT ITU BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut?
Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini
ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di
Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar
Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia
yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di
Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak
sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam.
Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia
dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama
sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang
terlalu mencabar.

“ Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam.
Mungkin terus berfikir.
 “Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien.
Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian
secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka
membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di baha gian atas syiling
kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita
luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa.
Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu
timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di
Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar
secara spontan. Saya senyum, sam bil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang
masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka
melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai
berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun
tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak
penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka
tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya
timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“ Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima
jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”
“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada
hamba itu sendiri,” jawab saya.

“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau
kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya
seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan
berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi
kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya?
Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu
menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta
api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim
dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan
tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera
teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.

“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa
selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak
selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?
“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami
“maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan
alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu
sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri
pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati,
menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam
solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan
kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang
mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada
Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya
terkawal,” sam puk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun
masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”

“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang
beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting
sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah
orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun
dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”

“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib ingatkan.
Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

Mengapa?”

“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”
“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga
dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu
mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita
berniaga…”

“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran
datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya
perlahan.
“Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu
domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang
melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit
menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi
dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan
untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah
kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam
apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus baha gian sumber manusia itu
masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan
dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan
orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah
laku dalam syarikatnya.

“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang
yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri.
Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”
“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula,
sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi
kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.

“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh
kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk
manusia jadi baik.”
Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak
tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu
kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran
profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan
secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah
seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“ Kos … kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” bala snya.

Kali ini saya pula terdiam.
"Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa
untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan
bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan
kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah
tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan
lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.
“Baik tu baik. Tetapi…”

“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya
khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang
tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik.
Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti
dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran
berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit!
Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.
Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata,
“insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah,
kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa
pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang
paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam….
tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Mala ys ia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan.
Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk
dakwah sentiasa terbuka!

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya.....

Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Solat Tiang Agama

Pada hari Sabtu beberapa tahun yang lepas (26/07/03) saya telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yg sukar saya lupakan dlm hidup saya! Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina. Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat utk menunaikan solat Zohor. Saya sampai di masjid tersebut ketika azan sedang berkumandang. Saya terus ke paip air utk mengambil wudhuk.

Sedang saya mengambil wudhuk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut! Untuk perhatian anda jalan yg sedia ada utk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok. Tetapi hamba Allah ini menggagahi diri utk datang ke masjid utk solat berjemaah.Yang membuatkan saya terharu ialah, hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti kita!!!

Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Bayangkan betapa susahnya untuk kita membayangkan keadaan beliau yang begitu pilu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke mesjid untuk merebut saf pertama.

Bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf). Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yg hadir walaupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, adakah kita akan berkelakuan seperti beliau apabila kita berada dlm situasi beliau? Bagi saya sendiri, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. Inikan pula dlm keadaan beliau. Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yg "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yg dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yg di kurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...

APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN!

APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!

BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...

Semoga Allah merahmati kita bersama....

17 Julai 2010

DOSA yang lebih besar daripada BERZINA


DOSA yang lebih besar daripada BERZINA !!
Assalamualaikum..

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam..

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.



Maka perempuan itupun terpatah bercerita,

"Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,

"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,"

ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...

teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?"

tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa

“sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya”.

Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalam

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)

27 Jun 2010

Bolehkah Sholat di Akhir Malam Jika Sebelum Tidur Sudah Sholat Witir?

Tanya:
Apakah sah shalat sunnah yang dikerjakan di seperti malam terakhir, namun sebelum tidur telah shalat witir?

Jawab:

Shalat malam itu lebih utama dikerjakan di sepertiga malam terakhir karena sepertiga malam terakhir adalah waktu nuzul ilahi (Allah turun ke langit dunia). Sebagaimana hal ini terdapat dalam hadits yang shahih, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kita turun ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman (yang artinya): 'Adakah seorang yang meminta? Pasti Aku akan memberinya. Adakah seorang yang berdoa? Pasti Aku akan mengabulkannya. Dan adakah seorang yang memohon ampunan? Pasti Aku akan mengampuninya’. Hal ini berlangsung hingga tiba waktu fajar.” (HR. Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah). Hadits ini menunjukkan bahwa shalat di sepertiga malam terakir adalah sebaik-baiknya amalan. Oleh karena itu, lebih utama jika shalat malam itu dikerjakan di sepertiga malam terakhir. Begitu pula untuk shalat witir lebih utama untuk dijadikan sebagai akhir amalan di malam hari. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya, “Jadikanlah akhir shalatmu di malam hari adalah shalat witir ” (HR. Bukhari, dari Abdullah bin ‘Umar). Jadi, jika seseorang telah mengerjakan witir di awal malam, lalu ia bangun di akhir malam, maka tidak mengapa jika ia mengerjakan shalat sunnah di sepertiga malam terakhir. Ketika itu ia cukup dengan amalan shalat witir yang dikerjakan di awal malam karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mengerjakan dua witir dalam satu malam.

[Syaikh Sholih Al Fauzan hafizhohullah, Al Muntaqo min Fatawa Al Fauzan no. 41, 65/19]

Artikel www.rumaysho.com

Shalatnya Arab Badui

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa kabar temen-temen? Semoga kita semua selalu dalam limpahan berkah dan rahmat-Nya. Salam serta shalawat semoga tetap atas junjungan Nabi Besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam besarta keluarga dan sahabatnya.

Kali ini kami menyapa temen-temen sekalian dengan sebuah kisah tentang;

Shalatnya Arab Badui.

Suatu hari ada seorang Arab Badui masuk masjid lantas menjalankan shalat. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengamati secara seksama tatacara Arab Badui tadi menjalankan shalatnya. Sama sekali, dia tidak memperlihatkan shalatnya secara sempurna. Ruku’nya tidak tuma’ninah. I’tidalnya tidak tuma’ninah. Sujudnya tidak tuma’ninah. Semua serba terburu-buru. Seusai Badui menyelesaikan shalat, segera saja dia dipanggilnya. Lantas Nabi bertanya kepada sahabat yang sedang khalaqah, “Tahukah kalian, siapa seburuk-buruk pencuri di hadapan Allah?”

Para sahabat menjawab, “Kami tidak tahu wahai Rasulullah. Engkau tentu lebih tahu dari pada kami. Oleh karena itu terangkanlah.”

Nabi lantas menjelaskan, “Seburuk-buruk pencuri di hadapan Allah adalah orang yang mencuri shalatnya. Yakni orang yang tidak tuma’ninah dalam ruku’nya, dalam I’tidal dan dalam sujudnya. Shalat yang dilakukannya persis seperti ayam mematuk makanannya.”

Beberapa tahun kemudian pada masa amirul mu’minin Ali Karromallahu wajhahu, kembali terjadi seorang Arab Badui masuk masjid lantas menjalankan shalat. Sayyidina Ali memperhatikan dengan seksama tata cara badui tadi menjalankan shalat, menyembah Ilahi. Karena prosesi shalatnya banyak yang tak sempurna akibat ketergesaan, maka seusai Badui itu melakukan shalat Ali radhiyallahu ‘anhu mendekatinya dengan memegang cambuk. “Hai Fulan, kamu ulangi shalatmu. Kamu shalat sama sekali tidak khusyu’ apalagi tuma’ninah, yang oleh Nabi disebut sebagai seburuk-buruknya pencuri.”

Orang Badui itu pun mengulangi shalat, memperbagus prosesinya dengan khusyu’, kesempurnaan dan tuma’ninah. Seusai shalat, lantas Sayyidina Ali mendatangi lagi, dan bertanya, “Shalat mana yang menurutmu baik. Shalat yang pertama ataukah yang kedua?”

Namanya orang badui, tentunya menjawab polos, “tentu saja shalatku yang pertama wahai Amirul mu’minin. Sebab, pada shalatku yang pertama kulakukan karena Ilahi sedang shalatku yang kedua kulakukan karena aku takut terkena cambukanmu.”

Hikmah,

Shalat – dan ibadah apapun – yang dilakukan dengan berdasar riya’ (pamer) atau pun karena takut, sungkan, kepada orang lain nilainya sama dengan nol. Dalam konteks ini Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengingatkan bahwa riya’ yang melandasi perbuatan baik apapun dapat memusnahkan nilai kebajikan yang terkandung di dalamnya, persis seperti api menghabiskan kayu bakar. Ketika orang beramal karena ingin dipuji orang, dia tak dapat pahala apapun, kecuali hanya pujian dari orang dengan disebut pemurah. Adalah sungguh indah ungkapan dari seorang sufi yang bertindak apapun ditempatkan dalam kerangka Ilahi. Yaa Rabbii, anta maksuudi, wa ridhaaka matluubi, Wahai Rabb-ku hanya Engkau yang aku tuju dan hanya redha-Mu yang aku cari.


Wallahu a’alam,
Semoga bisa diambil hikmahnya.

^^Bersihkan hati menuju ridha Ilahi^^


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diposting juga ke:
http://debyanhajiprastyo.blogspot.com/

Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?

'Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfarid-atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bilamana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.

Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).

Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!

Solat itu tiang agama,
Wajiblah kita menunaikannya,
Saat disoal di akhirat sana,
Solat itu yang utama.

Teruskan usaha mengenal pencipta,
Kemanisan iman nikmat tak terhingga,
Moga istiqamah setiap masa,
Kelak Allah beri balasannya

20 Jun 2010

Rahsia Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah
satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak
bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang
tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, 'Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan
sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka
Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan
dosanya seperti bayi yang
baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,
maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan
sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena
nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang
Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT
dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa
30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang
dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT
mewajibkan ke atas keturunan
Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam
itu adalah sebagai kurnia Allah SWT
kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah
SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari
badannya (daging yang tumbuh daripada makanan
yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat
mengerikan).

f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat
untuk menyeberang Titian Sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'



Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat
saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'



Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang
yang sabar." (Surah Al-Baqarah:
ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan)
yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)

Lantaran Satu Alif Sahaja


Seperti telah sama-sama kita ma'lumi bahawa Imam Nawawi rah.a. adalah
seorang tokoh yg terkemuka dalam kelompok Mazhab Syaafi'ii.
Di sini dipetik sedikit keterangan atau kenyataan beliau rah.a. tentang
solat tentang sah-batalnya solat. Semoga dgn penjelasan beliau ini
semangat dan usha kita untuk terus memperbaiki mutu solat kita (menerusi
ta'liim dan muzaakarah mithalnya) meningkat.

Berikut adalah kenyataan beliau rah.a. di dalam kitabnya AL-AZKAAR,
Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448 , Damsyiq..iaitu pada halaman 74:

Mafhumnya : Barangsiapa (di dalam solatnya) bertakbiir (iaitu membaca
ALLAAHU AKBAR) dengan lafaz ALLAAHU AKBAAR maka TELAH TIDAK SAHLAH
solatnya iaitu batallah solatnya).] Begitulah penerangan beliau rah.a.
Iaitu orang yg bersolat/bertakbiir itu telah menambah satu huruf ALIF
di antara huruf BA' dan huruf RA' sehinggalah bertukarlah ALLAAHU AKBAR
menjadi ALLAAHU AKBAAR !! Iaitu BAR menjadi BAAR !! Dari segi ma'na pun
telah berubah: ALAAHU AKBAR maknanya kira-kira ALLAAH MAHA BESAR dan
ALAAHU AKBAAR maknanya kira-kira ALLAAH ITU GENDANG BESAR.


Kalau dengan sengaja kita mengatakan (sama ada di dalam sembahyang atau
di luar sembahyang) ALAAHU AKBAAR nescaya kita jatuh syirik. Kalau tanpa
sengaja kita mengatakannya di dalam solat kerana tidak belajar (atau
tidak bermuzaakarah) tidak sahlah solat kita itu !!

Betapa sempurna pun qiyaam/berdiri seseorang di dalam solat, betapa
sempurna pun rukuu' seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun
i'tidaal seseorang di dalam solat, .begitu pun betapa sempurnanya
bahagian-bahagian lain di dalam solat tetapi kalau bertakbiir dgn lafaz
ALAAHU AKBAAR maka tidak sahlah solatnya, maka batallah solatnya itu.

HANYA LANTARAN DITAMBAH SATU ALIF SAHAJA di dalam lafaz takbiir maka
tidak sahlah solatnya itu !!! Bayangkan andaikata si yg bersolat itu
telah bersolat dgn takbiir yg sedemikian rupa selama 60 tahun atau 40
tahun yg lalu!! ALANGKAH MALANGNYA SI FULAN ITU... ..!! Begitulah
perlunya kita setiap masa dan ketika BERMUZAAKARAH mengenai
perkara-perkara yg meyempurnakan solat kita, perkara-perkara yg
membatalkan solat kita dsbnya... ... ... ..

Kalau solat kita adalah seperti kain buruk yg dilemparkan ke muka kita
sendiri, alangkah tersangat ruginya hidup kita ini... !! Ma'af jua
dipinta. Semoga peringatan yg sedikit ini menyentuh perasaan kita ke
arah memperkemaskan mutu solat kita. Semoga kita sama2 mengambil
i'tibaar... . Wallaahu a'lam.

Makna Bacaan Dlm Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

17 Jun 2010

Istilah SEMBAHYANG Kepada SOLAT

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
by: La Tahzan...

Dan Apabila..


Apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,
banyakkanlah olehmu SELAWAT..

Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang, banyakkanlah olehmu SOLAT DHUHA..

Apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,
banyakkanlah olehmu TAHAJUD..

Dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'..

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah...
Tika bahu tidak berkuasa memikul amanah, Maka bersujudlah...

Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t....

Agar TUNDUK disaat yang lain ANGKUH...
Agar TEGUH disaat yang lain RUNTUH...
Agar TEGAR disaat yang lain TERLEMPAR...

Yakinlah Allah s.w.t sentiasa akan bersama2 dgn kita..

bersatu,beriman,beramal dan bertaqwalah kita bersama2..

insyaAllah..

Wallahu'alam...

sumber: fb akhi hanif

6 Jun 2010

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh,
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu..

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s..w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Air Tangan Orang Tak solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak 'kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.



~Janganlah memilih kelalaian sehingga hari tuamu.
Baki kehidupanmu sedikit pun tidak dipercayai.
Suatu hari kamu akan merasai kematian.
Akhirnya mati.
Lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan.
Akhirnya mati.~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...