21 Ogos 2010

Solehah


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu
Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab
mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum
orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya
dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah
akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang
dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit
baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000
orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak
berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul
Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu
masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan
menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya
ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga
harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai
ialah wanita solehah.

sumber:UkHty Aleya Muslimah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...