16 Ogos 2010

Ibu Kita

1.Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Jadi anak-anak jangan lah bagi ibu jatuh air matanya.

2.Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

3.Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

  a.Melihat kaabah sehingga menitis air mata

  b.Membaca quran sehingga menitis air mata

  c.Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata

4.3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!

  a.Anak

  b.Ibu

  c.Suami

5.Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah selalu

6.Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

7.Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

8.Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana.

9.Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

10.Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
 
Source: Ir suy

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...