27 April 2011

Kelebihan Hajarul Aswad



1. Asalnya dari syurga yang mulia

   Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: " Hajarul Aswad dan maqam Inrahim merupakan dua ketul batu daripada batu syurga. Allah s.w.t. telah menghilangkan cahaya kepada kedua-duanya. Jika tidak, pasti akan cerah menerangi segenap pelosok timur dan barat."(Sunan al-Tirmizi no. 877, Sahih Ibn Hibban, al-Ihsan 9/24, Sahih Ibn Khuzaimah 4/219, Al-Nawawi dalam al-Majmu'8/36, Sahih Jami' al-Saghir no. 1633)

2. Kelebihan dan ketinggian khusus Hajarul Aswad yang tiada pada batu-batu lain

   Antaranya ialah kedudukannya yang berada di penjuru rumah Allah. Pernah dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul sebelumnya. Tempat pertemuan bibir orang soleh dan para jemaah haji dan umrah sepanjang umur sejarah. Tempat mula dan akhir tawaf serta antara tempat yang dimakbulkan doa.

3. Hajarul Aswad jadi saksi sesiapa yang mengucupnya

   Hajar al-Aswad akan menjadi saksi sesiapa yang pernah menyalaminya (istilam) dan mengucupnya dengan iman dan kebenaran pada hari kiamat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
   "Demi Allah, Allah Taala akan membangkitkannya pada hari kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya dan baginya lidah yang mampu berkata-kata menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran."(Sunan al-Tirmizi no. 961, Sahih al-Jami'e no. 2180)

4. Mengucup Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapuskan dosa kecil

   Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Mengusap Rukun Yamani dan mengucup Hajarul Aswad dapat menghapuskan kesalahan (dosa)." (Musnad Imam Ahmad 9/442, no. 5621, al-Fakhi, Akhbar Makkah 1/126, no.122)

10 April 2011

Adab Mendengar Azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang .

Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan
mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa
nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.

Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia
akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa
Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan
Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan
ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh,
Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan
ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .
Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia
adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam
selepas Azan dila ungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran
di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam
jangka masa ini, Azan akan berkumandang
diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad
adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah,
Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dila ungkan di
Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai
Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!),
akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...

Sungai Di Bawah Lautan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...